Showing posts with label amerika. Show all posts
Showing posts with label amerika. Show all posts

Tuesday, May 28, 2013

Wow! Rosmah Mansur Emel Aku!!!

Sebelum ni, seringkali aku menerima emel dari Negeria, Uganda, Sweden, United Kingdom, Amerika Syarikat, Mali, Brazil, dan sekian banyak lagi negara yang aku lupa. Maklum sajalah, emel itu telah aku guna semenjak tahun 1998, pada zaman Dr. Mahathir memerintah.

Emel-emel yang aku terima itu kebanyakkan isinya klise. Orang kaya - banyak duit - ada orang nak ambil duit dia - dia nak simpan ke luar negara - melalui akaun aku - nanti dia beri komisyen. Dan, kebanyakan emel itu aku balas dengan program-program skim cepat kaya seperti Empay, ABFund atau SwishCash. Dan terkadang aku mengajak mereka menyertai sayarikat MLM seperti CNI dan Cosway.

Barangkali idea menghantar emel secara rawak, blasting dan berbentuk spam telah dicedok oleh sekian ramai ahli politik. Samada daripada Barisan Pembangkang atau Kerajaan Pakatan. Tapi, kerana gaya bahasa yang menarik dan menggunakan teknik persuasif, aku tidak mengganggapnya seperti spam. Seterusnya, ahli politik ini berkembang dan mula menggunakan SMS marketing menggantikan emel marketing dalam kempen politik mereka.

Lama kiranya aku tidak menerima emel kempen politik. Tapi, sejurus sebelum pilihanraya, Anwar Ibrahim, de facto Parti Keadilan Rakyat ada mengemel aku meminta sumbangan pilihanraya.

Itu aku tidak berapa hairan. Selepas pilihanraya, Rosmah Mansur menghantar emel peribadi kepada aku. Wow! Rosmah Mansur tu! First Lady of Malaysia. Aku amat terharu! Hahahaha.

Menurut emel yang aku terima, Rosmah Mansur mempunyai masalah dengan duitnya yang banyak di Switzerland sana. Dan secar eksklusif, Rosmah Mansur meminta aku seorang sahaja untuk membantu beliau. Apa macam? Hebat tak aku?




p/s: Spammer ni tengah gian daun ketum agaknya masa tulis emel tu. Agak-agak la nak menyamar. Hahahaha.

Monday, October 13, 2008

Permintaan Melebihi Penawaran

Mengikut teori ekonomi, apabila permintaan melebihi penawaran, harga barangan akan naik. Namun, apabila penawaran melebihi permintaan, harga barangan akan turun.

Tetapi, dalam perusahaan kerepek yang aku jalankan, harga kerepek aku tidak langsung dipengaruhi oleh permintaan atau penawaran. Harga kerepek aku juga tidak dipengaruhi secara langsung oleh harga minyak dunia mahupun krisis sub-prima di Amerika (barangkali ada kesan domino di situ --->>> yeke?). Harga kerepek aku hanya dipengaruhi oleh harga yang ditawarkan oleh pembekal.

Walaupun permintaan dan penawaran tidak mempengaruhi harga kerepek aku, tetapi ia telah mempengaruhi masa aku. Ia menyebabkan aku terlalu sibuk dan lalai dari mengupdate blog ini selama 2 minggu lamanya.

Kesibukan aku dapat dihuraikan dengan gambar di bawah tatkala aku sedang pening-pening kambing untuk mengaudit tempahan yang akan dihantar.



p/s: Gambar diambil oleh rakan kongsi aku.