Monday, September 15, 2008

Buffet Ramadhan

Menjelang ramadhan ni, banyak pihak di tempat keje aku menganjurkan majlis berbuka puasa di resort2 yang bersepah kat Dungun ni. Rabu lepas, aku pergi majlis berbuka puasa secara buffet di Residence Inn, Paka. Ada beberpa benda aku perhatikan dan aku terfikir...

1. Aku bayo rm15 untuk buffet tersebut dan rm15 lagi disumbangkan oleh bos aku. Jumlah rm30. Ramai ke orang yang boleh makan dengan nilai rm30 tuh? Aku yang berat badan 95kg ni pun rasa mengah je nak makan dengan nilai rm30. Kesimpulannya, bisnes buffet memang boleh untung.

2. Cite rm30 lagi. Katakan la aku pergi bazar ramadhan. Lalu aku beli nasi minyak rm5, air soya rm 2, kuih-muih rm3. Jumlah rm10 dan aku boleh kenyang. rm20 lagi tu mungkin aku boleh buat iftar, sedekah kepada orang2 yang memerlukan.

3. Aku perhatikan ramai yang ambil banyak giler makanan. Tapi, makan cuit sikit je, tak habis. Barangkali mereka berfikir "Eh, aku dah bayo rm30 kan, suka hati aku la nak makan ke, atau nak buang je ke makanan tu". Erm...barangkali mereka terlupa bahawa "membazir itu amalan syaitan".

4. Suasana yang kusut dan serabut. Orang ramai. Hingar-bingar. Aku lebih suka buka puasa kat rumah. Relek, tenang bersama kawan-kawan atau keluarga.

Apa yang ada di atas adalah pandangan peribadi aku. Dan bertujuan juga untuk mengingatkan diri aku sendiri....

5 comments:

Nawang said...

haha...aku baru ingat nk gie makan buffet ...baca je post ko terus kancel..huhu..

anyway..thanks

Anonymous said...

aku muak makan buffet kat hotel2. rasanya tak sesedap mana tapi harganya sangat mahal.

aku lebih suka makan di rumah berlaukkan masakan air tangan mak aku. lagi sedap...

ps: org kita makan kat hotel macam org jakun... pelik aku...

roshaizul said...

nawang,
kalau ko kuat makan, berbalaoi ah makan bufet

sham,
"org kita makan kat hotel macam org jakun"

aku setuju!!

en_me said...

95 kilo.. ko biar betoiii..

roshaizul said...

betul la incek me.

tu dah kira slim dah.

penah dulu samapai 120kg

huhuhu