Lama sungguh aku tak mengemaskini blog ini. Fikiran, jiwa, minda dan fizikal aku benar-benar kusut beberapa minggu yang sudah. Alhamdullilah hari ini sedikit lega dan menyegarkan (seperti haruman fabreeze barangkali, huhuhuhuhuh)
Kekusutan yang melanda adalah kerana beberapa faktor,
1) Sekarang ini hujung semester. Lalu, pelbagai perkara "hujung semester" perlu dilakukan. Antara yang paling menguji fizikal dan kesabaran adalah tatkala menanda kertas peperiksaan akhir.
2) Persiapan perkahwinan. Kau jangan tak tahu aku hendak berkahwin dengan Cik Nurul tak lama lagi. Jadi selepas ini tak perlulah aku cover line gila babi tatkala sedang berdating. Juga, beberapa minggu sudah aku kalut menguruskan hal borang kahwin dan kad kahwin. Bagi pengetahuan kau semua, aku membuat sendiri kad kahwin bagi menimatkan kos.


3) Membantu rakan-rakan dan juga bos. Beberapa rakan aku dan beberapa bos aku meminta tolong aku membuat beberapa kerja/tugasan/esei untuk mereka. Aku bersetuju kerana mereka bersetuju untuk membayar khidmat aku. Huhuhuhuhuhu
4) Perniagaan kerepek yang secara tiba-tiba menggila. Tak tahu kenapa. Barangkali kerana kesedapan
kerepeksedap.com yang begitu menggoda. Oleh sebab itu juga aku masih tidak sempat menghantar
kerepek percuma kepada mereka-mereka yang telah aku janjikan. Maaf.
5) Projek gelap aku. Projek ini betul-betul gelap. Kau semua tak tahu. Kawan-kawan aku tak tahu. Mak bapak aku tak tahu. Malah Cik Nurul sendiri pun tak tahu. Huhuhuhuhuh
6) Kesihatan aku tergangu. Betul-betul tergangu. Hingga aku harus mengambil dadah di klinik kesihatan Kuala Abang.
