Showing posts with label Cabut gigi. Show all posts
Showing posts with label Cabut gigi. Show all posts

Monday, May 04, 2009

Tak Sakit Gigi Lagi...!

*jangan kau baca post ini tatkala kau sedang mengunyah sesuatu di dalam mulut kau

Sapok Biki, kau tak perlu tumbuk aku lagi. Gigi aku tak sakit lagi, kerna Dr Norlela sudah pun mencabut gigi yang buruk itu.


p/s: Kalau anak kau liat untuk memberus gigi dan gemar memakan makanan manis, kau harus tunjukkan gambar dalam post ini kepada beliau.

Tuesday, April 21, 2009

Sapok Biki, Tumbuklah Gigi Gerahamku...

Gigi aku sakit. Tak boleh buat kerja. Jiwa kacau. Tu yang lama tak kemaskini blog ini. Owh! Sungguh pengalaman yang tidak indah. Jika Sapok Biki ada di sebelah aku, sudah pasti akan aku suruh beliau menumbuk gigi geraham aku yang berlubang ini.
Jika tumbukan pemenang pingat emas tinju lightweight Sukan Komenwel 1998 itu tidak berkesan juga, akan ku pinta Mike Tyson pula yang menumbuk gigi geraham aku.

Tetapi adalah diharapkan supaya Mike Tyson tidak menggigit telinga aku.

Sebenarnya, gigi ini lama dah berlubang. Di kesan lama dulu, setahun nan lampau. Tetapi kerana sikap bermalas-malasan aku, diabaikan sahaja gigi yang berlubang itu. Akhirnya, aku betul-betul tak tahan pada jam 10.00 malam. Terus aku memandu dengan gaya Alex Young menuju ke klinik pergigian Norlela.


Doktor tu dah nak nak tutup klinik,
Aku: Doktor! Tolong! Gigi saya sakit!
Doktor: Saya nak tutup dah ni...
Aku: Tolonglah doktor, sakit sangat ni, tak boleh buat kerja, rasa nak lompat bintang 1500 kali je.
Doktor: Ok la...nga nga sikit.
Aku: Aaaaa
Doktor: Geraham bongsu.... bengkak teruk tu. Sakit ke?
Aku: Kalau tak sakit, saya tak ke sini.
Doktor: Jap ye,
(Beliau menyediakan ubat-ubatan aku)

Doktor: Ni ada 4 jenis ubat, yang ni makan 3 kali sehari...bla...bla...bla...bla...
Aku: Ni berapa hari boleh baik ni.
Doktor: 3 hari je, sebab saya bagi awak ubat banyak ni.
Aku: Oooo..ok, berapa hengget ni?
Doktor: 25 hengget.

Aku pulang, nak makan ubat yang aku beli. Setengah jam juga aku baca arahan pada sampul ubat tu. Tu la, doktor cakap kau berangan!!! Lalu, aku dengan nekadnya makan ubat-ubatan tersebut...


Tiba-tiba aku rasa mengantuk dan khayal. Agaknya ni rasa makan pil kuda. Terus aku tertidur....zzzzzzzzzz

Tuesday, April 29, 2008

Pop Kuiz!!!

Masih ingat lagi rancangan Pop Kuiz? (Dengan nada seorang kaki gosip a.k.a mengumpat) Ala...yang pengacara dia Aznil Nawawi dan Rina Khan. Rancangan TV3. Dalam tahun 90-an rasanya rancangan itu.

Tapi tulisan kali ini tiada kaitan dengan pop kuiz itu. Huhuhuhuhu. Memandangkan gusi aku masih berdarah dan luka lagi, jadi, aku rasa kurang selesa untuk bercakap dan mengajar. Tapi, pada masa yang sama, aku perlu meneruskan tugas aku untuk mengajar kelas DAD5-S1 subjek Kaji Daya Bahan di Politeknik Dungun. Erm....

Jadi, penyelesaiannya, aku buat kuiz untuk pelajar DAD5-S1 ini. Kalau anda rasa hebat, bolehlah mencuba soalan kuiz di bawah. (Dengan nada seorang chef yang lembut) Selamat mencuba ye puan-puan sekalian....Huhuhuuhuhuh


Thursday, April 24, 2008

Cabut Gigi

Aku: Argh!!! Gigi aku berlubang!!!
Stim: Gi la cabut, bongok!
Aku: Sakit ke Stim?
Stim: (Dengan nada menakutkan) Pergh!!! Sakit giler siut!
Aku: (Dengan nada cuak) Ye ke?
Stim: Betul beb. Paling sakit masa dia taruk bius
Aku: Rasa camna?
Stim: Tak terbayang beb! Dia akan cucuk jarum kat gusi ko. Dalam giler. Pastu...
Aku: Pastu apa?
Stim: Kebas beb, rasa bengkak je mulut ko.
Aku: Then?
Stim: Doktor akan suruh relek 5 minit jap. Pastu baru dia cabut
Aku: Sakit ke?
Stim: Tak, sebab dah bius kan. Tapi 5 minit lepas gigi ko kena cubut, bius hilang, masa tu....pergh! Tak terbayang sakitnya...
Aku: Gulp!!!

Malam selepas perbualan tersebut, aku terus pergi ke Klinik Pergigian Norlela. Klinik tersebut di Jalan Bunga Raya, dekat dengan Jalan Melati, Dungun




Orang tak lah begitu ramai. Sambil menunggu giliran, aku tengok TV dan baca majalah Mingguan Wanita (sedap juga majalah ni). Tiba-tiba (jeng jeng jeng)

Nurse: Roshaizul Nizam
Aku: Ye, saya lah orangnya
Nurse: Jemput masuk

Aku pun masuk bilik "pembedahan". Huhuhhuhu

Doktor Norlela: Sakit gigi ke?
Aku: Sakit. Tapi tak la sakit sangat. Denyut sikit-sikit je. Rasa-rasa dah berlubang dah gigi saya ni
Doktor Norlela: Kat mana tu?
Aku: Gigi geraham, belakang bawah kiri.
Doktor Norlela: Meh saya tengok

Doktor pun membelek-belek gigi aku

Doktor Norlela: Oooo...dua batang ni yang rosak. Yang belakang sekali dan yang depan dia.
Aku: Jadi, nak buat macam mana?
Doktor Norlela: Cabut yang depan dulu la.
Aku: Bereh

Doktor pun membius mulut dan gusi aku. Tak lah sakit sangat (haram jadah ko stim!!!). Kemudian, doktor suruh aku lepak luar lima minit. Lepas lima minit, doktor panggil aku masuk. Terus dia cabut gigi aku, memang tak rasa sakit, sebab mulut aku kebas.

Doktor Norlela: Ok, siap!
Aku: Sebatang je?
Doktor Norlela: Eh, satu-satu la. Bahaya cabut dua gigi sekaligus
Aku: Heheheheh. Ok. Err...boleh saya ambil gambar gigi berlubang saya tu?
Doktor Norlela: Ala...boleh bawa balik ni.


Pandangan hadapan




Pandangan isometrik


Pandangan atas


Aku pun bawa balik gigi aku. Nurse bagi aku ubat. Rm41 aku kena bayar. Ok la kan...

Sampai rumah aku tak rasa sakit lagi. Sampai bius habis pun tak rasa sakit sangat pun. Nampak sangat Stim pondan. Sakit sikit dah tak tahan...

p/s: Harap-harap tulisan ini boleh jadi panduan kepada siapa-siapa yang nak cabut gigi di Dungun. Klinik Pergigian Norlela buka setiap hari kecuali Jumaat dari jam 9.00 pagi-1.00 tengahari, 2.oo petang - 4.30 petang, 8.00malam-9.30malam (kalau tak silap aku la). Kalau hendak kepastian, telefonlah klinik tu, 09-8481476

p/s/s: Cabut gigi tak sakit!!!