Mulanya aku sedikit menggelupur kerana sudah lama kiranya aku meninggalkan alam perkalkulatoran. Walaupun aku mengajar subjek yang memerlukan analisis pengiraan mendalam, tetapi hanya fungsi asas, trigonometri dan sedikit pembezaan sahaja yang digunakan. Juga, aku masih selesa menggunakan kalkulator jenis lama yang tidak boleh digunakan untuk mengira permasalahan matrik dan persamaan serentak serta mempunyai pelbagai lagi limitasi. Tapi syukur kepada Allah kerana memberikan aku otak sehebat ini! Huhuhuhu
Mengujakan, peserta kursus ini adalah sukarela untuk menyertainya. Pastinya aku tidak menghadapi masalah untuk menjadi fasilitator mereka.
Paling mengujakan, hampir 80 peratus peserta adalah perempuan. Ternyata mereka ada kesungguhan yang tinggi untuk belajar. Dan, aku ditugaskan untuk menjadi fasilitator kepada satu kumpulan yang semuanya perempuan! Huhuhuhuhu.
Itu merupakan satu pengalaman baru juga kepada aku. Memandangkan aku mengajar kejuruteraan mekanikal, amatlah sukar sebenarnya untuk menemukan semua pelajar kelas adalah perempuan. Juga, biasanya aku akan mengajar kelas Diploma Automotif yang pastinya 99% adalah lelaki.
Mulanya agak gugup juga, namun setelah 5 minit keadaan menjadi seperti biasa.
Gambar sengaja dikaburkan. Mereka kata, malu rasanya apabila wajah terpampang di weblog yang suam-suam kuku ini.
p/s: Aku pasti Cik Nurul akan menelifon selepas membaca post ini. Huhuhuhuhuhu
10 comments:
siak ar!!aku nak join jugak!haha~~
ko dah tua, tak leh join
1st time aku tgk ko ni agak gatal...hehhehhe
barangkali waktunya hampir tiba
ko la tua siak...hee~~nanti aku sumpit kang haaaa....
seronok ek jadi pengajar ni.boleh tengok macam2 ragam budak2 skang.
halena,
aku muda lagi
zairi,
ada best, kadang2 tak best
bukan ke ko ke lect mekanikal yang ada anak lima tu???hahaha....
anak lima? aku bujang 4 lagi tau!!!
eh xngaku pulak eaa??
Post a Comment