Wednesday, July 15, 2009

Bukit Besar

Aktiviti aku pada Jumaat pertama menjadi suami adalah mendaki Bukit Besar. Dengan berat 100kg, aku khuatir ia akan bertambah beberapa tahun selepas berkahwin. Jadi, aku mengambil inisiatif awal untuk menguruskan badan.

Juga, aku tercabar dengan Pn. Nurul yang mengatakan aku pasti tidak akan dapat menawan Bukit Besar. Aku sahut cabaran beliau dengan jiwa yang berkobar-kobar dan bersemangat gagah.

Akhirnya, dengan mudah aku dapat menawan Bukit Besar itu hanya dalam tempoh 35minit. Cis, tak la tinggi mana Bukit Besar itu. Huhuhuhuhu

Owh, lupa hendak memberitahu kau semua, Bukit Besar terletak di Kuala Terengganu. Amat hampir dengan Mydin Mall dan Giant. Kiranya kau boleh terus membeli air tin teh bunga di Mydin selepas kau turun dari Bukit Besar. Kalau kau dari arah Kelantan melalui Jambatan Sultan Mahmud kau boleh nampak dari kejauhan Bukit Besar itu yaang terpampang tulisan "Allah Selamatkan Terengganu".


Tetapi, mengah juga sebenarnya aku tatkala mendaki bukit itu. Jadi, untuk melepaskan lelah, sempat aku mengambil beberapa gambar untuk tatapan kau semua.







8 comments:

en_me said...

tahniahnyerr abang jam tewww..

adanz said...

gambo ni kau amik kat billboard ALLAH SELAMATKAN TERENGGANU tu ke jam? elok kau tkyah turun, kau akan femes kalau kau duduk di situ seperti tugu kerana sesiapa sahaj dari kelantan akan melihat ke situ!

Anonymous said...

cet.. aku igt ko gi daki bukit besar kat felda bukit besar depan felda bukit ramun tu... he3
tapi tahniah lah bro bb berjaya menyahut cabaran isteri terchenta itu.. bila ko nak travel balik jhr nie?

oranglidi said...

Ahhaha! macamna lu bisa berada di kuala terengganu sedangkan rumah lu jauh di dungun?

roshaizul gagah said...

en_me,
trima kasih! :-)

adanz,
bagus idea kau itu

liza,
huhuhuhuhu,bukit besar tu nak panjat watpe

org lidi,
aku lepak umah mak metua aku kat k.trg

lemon said...

aku mendaki bukit larut sama gunung hijau sehinggakan pencawang telekom..ok jer!!huhu..
sila laa sahut cabaran ku!lalala

roshaizul said...

kat mana gunung larut dan gunung hijau tuh?

lemon said...

bukit larut & gunung hijau tu kat taiping perak...aku dah merasai keindahannyeeee...sila laaa ke sanaaaaa bersama cik nurul yer..conpirm bahagieeeeeeaaaa