Showing posts with label bukit besar. Show all posts
Showing posts with label bukit besar. Show all posts

Wednesday, May 18, 2011

Bukit Bauk

Kalau kau di Dungun, untuk bersenam, aku cadangkan kau panjat sahaja Bukit Bauk. Bukit Bauk terletak kira-kira 1km dari Politeknik Dungun.

Kalau kau sukar untuk membayangkan bagaimana rupa paras Bukit Bauk itu, kau boleh imbas kembali post aku mengenai Bukit Besar di Kuala Terengganu. Ataupun lebih mudah kau boleh tengok gambar di bawah.












Jujurnya, aku tidaklah sekerap mana mendaki Bukit Bauk. Jika kebun belakang rumah dah bersih, daun luruh di depan rumah dah tiada, kereta sudah berkilat atau jamban rumah aku sudah bersih, aku akan mendaki Bukit Bauk. Pada waktu petang selepas kerja.

Jujurnya juga, aku hanya sekali sampai ke puncak Bukit Bauk. Itu pun sudah lama dahulu, tahun 2008 aku kira.

Mendengar ayat di atas, pasti ada pertanyaan yang klise. "Apa barang naik Bukit Bauk tak sampai puncak".

Jujurnya, aku memang tak mampu untuk mendaki ke puncak Bukit Bauk. Dengan berat lebih 100kg, kemampuan aku amat berbeza dengan orang yang berat 65kg. Hahahahaha.

Tapi, aku memang ada target untuk tiba ke puncak Bukit Bauk dalam tempoh setengah jam. Sebab, mendaki pada waktu petang, aku dihambat oleh masa. Biasanya, aku akan mula mendaki Bukit Bauk pada jam 5.45 petang. Kira-kira setengah jam selepas itu aku akan turun, tidak kira aku berada di mana. Biasanya aku akan turun dengan mengambil masa kira-kira 20-30 minit. Jadi, 6.45petang biasanya aku sudah berada di bawah Bukit Bauk dan biarkan tenang kira-kira 10minit. Jam 7.10 biasanya aku akan sampai di rumah.

Juga, aku tak larat untuk jogging tatkala mendaki Bukit Bauk. Hanya berjalan sahaja boleh melelahkan aku. Huhuhuhuhuhuhu.

Tapi, awas ye. Pernah aku terjumpa ular dan lipan tatkala mendaki. Ada juga pengunjung yang mendakwa terjumpa kala jengking sebesar tapak tangan lelaki dewasa di Bukit Bauk!

Wednesday, August 18, 2010

Papan Tanda Menyembah Bumi


Kasihan papan tanda itu. Roboh menyembah longkang. Kalau ia adalah bayi, pasti menjadi tajuk muka hadapan akhbar arus perdana.

Sebenarnya, papan tanda itu merupakan papan tanda untuk terowong pejalan kaki antara Mydin Mall dengan taman rekreasi yang berhadapan dengan Bukit Besar.


Kalau diteliti, pembinaan terowong itu sangat tidak kemas. Barangkali kontraktor kurang berpengalaman tetapi mempunyai 'kabel' yang besar.

Juga, terowong itu agak sunyi juga sebenarnya. Adalah dicadangkan dipasang lampu sepanjang terowong itu.


Juga, amat dikesali sikap segelintir pengguna terowong yang sesuka hati membuang sampah. Hey, Terengganu negeri pelancongan. Pasti memalukan bila pelancong melihat keadaan kotor di situ.

Sesuatu perlu dilakukan terhadap torowong itu...

Wednesday, July 15, 2009

Bukit Besar

Aktiviti aku pada Jumaat pertama menjadi suami adalah mendaki Bukit Besar. Dengan berat 100kg, aku khuatir ia akan bertambah beberapa tahun selepas berkahwin. Jadi, aku mengambil inisiatif awal untuk menguruskan badan.

Juga, aku tercabar dengan Pn. Nurul yang mengatakan aku pasti tidak akan dapat menawan Bukit Besar. Aku sahut cabaran beliau dengan jiwa yang berkobar-kobar dan bersemangat gagah.

Akhirnya, dengan mudah aku dapat menawan Bukit Besar itu hanya dalam tempoh 35minit. Cis, tak la tinggi mana Bukit Besar itu. Huhuhuhuhu

Owh, lupa hendak memberitahu kau semua, Bukit Besar terletak di Kuala Terengganu. Amat hampir dengan Mydin Mall dan Giant. Kiranya kau boleh terus membeli air tin teh bunga di Mydin selepas kau turun dari Bukit Besar. Kalau kau dari arah Kelantan melalui Jambatan Sultan Mahmud kau boleh nampak dari kejauhan Bukit Besar itu yaang terpampang tulisan "Allah Selamatkan Terengganu".


Tetapi, mengah juga sebenarnya aku tatkala mendaki bukit itu. Jadi, untuk melepaskan lelah, sempat aku mengambil beberapa gambar untuk tatapan kau semua.