Pages

Tuesday, January 20, 2009

Kursus Pengurusan Kewangan Peribadi 2

Sebelum ni, aku ada menulis mengenai kursus pengurusan kewangan peribadi. Bagi pengetahuan warga Dungun dan pantai timur, kursus ni akan diadakan lagi pada 13/3/2009 di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun.

Sebenarnya, kursus ni sudah kali ke-3 diadakan di Dungun, dan aku adalah antara peserta pada kursus pertama. Barangkali akan ada yang kehairanan, "eh, buat apa nak pergi kursus, gaji aku cukup beb!". Ye, itu tanggapan aku yang pertama bila mendengar mengenai kursus ni.

Dulu sebelum aku pergi kursus ni, gaji aku memang cukup. Cukup untuk makan, bayar sewa rumah, bayar kereta dan belanja awek. Lepas tu dapat lah saving RM100 atau RM200 sebulan. Ok la tu kan, korang ingat gaji pensyarah politeknik ni beso sangat ke? Huhuhuhuhuhuhu.

Tapi, lepas pergi kursus ni, banyak perkara yang aku tau mengenai bank dan hal-hal kewangan. Dan kini dengan gaji yang ada, aku dapat saving 10kali ganda dari yang dulu dengan perbelanjaan yang masih sama seperti dulu. Menarik tak? Huhuhuhuhuh

Tapi, kisah aku ni biasa-biasa je. Ada kisah yang lebih menarik di sini.

Jadi, kalau korang tertarik nak pergi kursus ni, boleh saja korang contact aku, roshaizul (019-722 3166) atau en.roswady (013-922 3252).

Yuran kursus RM100. Walaupun agak mahal bagi sesetengah orang, tetapi, percayalah, memang berbaloi! Lagipun ni bukan MLM, bukan sikim cepat kaya, bukan forex atau bukan pelaburan internet dan perkara-perkara yang seangkatan dengannya. Ini mengenai bagaimana korang mengurus duit korang dengan jayanya...

11 comments:

ijamidayu said...

Wah!! Betol la bro.. Apa pun semoga anda terus success dlm kerjaya anda dan anda lakukan..

en_me said...

10kali RM200 = dua hibu hinggit ko leh saving.. very great abang jam

ROSHAIZUL said...

ijamidayu,
welcome. er, ijam tu panggilan manja aku, idayu tu nama adik aku. huhuhuhu.

en_me,
bole la sikit2 bro...

en_me said...

mesti gaji ko lima hibu hinggit sebulan.. kannns

roshaizul said...

eh, tak sampai 5ribu. dalam dua lebih je

zairi said...

ape kata kau ambik note,ko buat e-book pasal kursus ko ni.bleh gak buat duit tu.kompom aku beli punya.

roshaizul said...

hohoohohoh.

ilmu aku belum cukup di dada. nanti dah cukup aku tulis la. aku bagi free kat ko, buat testimoni

wanhamery said...

blehla wat kenduri kesyukuran...bile tu....?ko kan dah kayo...

roshaizul said...

aku belum kaya lagi....

en_me said...

abang jam.. kalo gaji dua hibu lebih jakkks, tolak saving dua hibu, tinggal beberapa hatus hinggit jakkks.. vollee makan ker abang jam.. uhuhu, me keliru one uoolsss.. tp me rasa tidak mustahill kannns abang jamm

roshaizul said...

nampak macam mustahil. tapi bole berlaku dengan menggunakan produk2 bank yang bersesuaian

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin