Tuesday, December 15, 2009

bengong mu... benda ni pun mu nok masuk dlm mudah...

Aku penjual yang aktif di mudah.my. Macam-macam aku jual, tapi, taklah ampai aku menjual daun ketum!

Sepanjang aku berniaga secara maya, ada macam-macam ragam pembeli yang aku jumpa.

Ada yang cuba menipu dengan memberi aku slip bank yang palsu.
Ada yang sangat ramah hinggakan hampir lima ringgit aku gunakan untuk ber"sms" dengan beliau.
Ada juga yang ragu-ragu dengan aku.
Ada juga yang membatalkan tempahan di saat-saat akhir.
Ada juga yang enggan membayar setelah kredit diberikan.

Tapi, ini kes yang unik aku jumpai. Ada yang memaki aku! Huhuhuhuhu. Aku tidak terkesan pun dengan makian dan kutukan beliau. Barangkali beliau cemburu. Huhuhuhuuhuu



Kalau kau ingin berniaga, sama ada online atau offline, ini antara yang kau akan hadapi. Tapi, kes-kes sebegini amatlah terpencil.

p/s: Kau boleh tengok dan beli barang di "store" aku di mudah.my >>>  http://www.mudah.my/odasaje

Pembeli Kenderaan Amfibia Yang Berpotensi

Kenderaan Amfibia aku telah ada pembeli yang berpotensi. Beliau berkata bahawa kenderaan amfibia itu amat murah harganya jika dibandingkan dengan kenderaan yang sehubungan sejenis dengannya.

Akan tetapi, beliau masih kekurangan dana. Ialah, nak cari RM100,000 tunai.

Oleh itu, jika kau bersimpati dengan beliau kau boleh membeli produk beliau. Melalui keuntungan perniagaan beliau, bolehlah beliau membeli kenderaan amfibia yang amat beliau idamkan.


"Beliau" yang dimaksudkan bersama kenderaan amfibia yang ingin dijual.
p/s: Eh, kau jangan peluk lebih-lebih

Tuesday, December 08, 2009

Kalau Macam Ni La, Pizza Hut Boleh Lingkup!!!

Pn. Nurul kebosanan. Beliau mengajak aku pergi bandar Dungun membeli tepung, yis segera, keju, frankfurter, cendawan, cili, dan segala macam rencah untuk membuat pizza. Ya pizza!!!








Uli tepung. Macam nak buat donut, yis bagi lebih, bagi kembung baik punya.


Tampal adunan pada dulang bakar



Sapu tomato puri


Kemudian kasi tabur segala macam benda.


Kemudian kasi tabur keju.


Kemudian kasi bakar sama dia. Hahahahahah


Siap bakar kasi potong wayar pizza itu.


Letak dengan sempurna pada pinggan


Makan pizza itu




Makan bagi habis!!!

Ternyata pizza itu lebih sedap dari Pizza Hut mahupun Domino Pizza. Ternyata ia hasil yang hebat bagi seseorang yang pertama kali membuat pizza. Akan tetapi, pizza ini sedikit keras, kerana doh kurang menjadi. Kiranya kambing boleh mati kalau kena lempar dengan pizza ini. Huhuhuhuhu

Selamat membaling kambing menjamu selera ye puan-puan....

Sunday, December 06, 2009

Penilaian Berterusan Mekanik Bendalir (J3008) DEM3-S2 Sesi Julai 2009

Berikut adalah penilaian berterusan bagi subjek J3008 Mekanik Bendalir bagi kelas Diploma Mekatronik Semester 3 Seksyen 2 di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun.

Penilaian Berterusan Kaji Daya Bahan 1 (J3009) DAD5-S1 Sesi Julai 2009

Berikut adalah penilaian berturusan bagi subjek J3009 Kaji Daya Bahan 1 bagi kelas Diploma Automotif Deisel Semester 5 Seksyen 1 di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun.

Wednesday, December 02, 2009

Kesalahan Meninggalkan Sembahyang Jumaat Dengan Sengaja

Aku terjumpa satu notis di sebuah masjid di Kuantan tatkala pulang ke Johor untuk yang kesekian kalinya. Notis itu memberi peringatan tentang hukuman dunia dan akhirat kepada sesiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat dengan sengaja.


Yang membuatkan aku merasa hairan, kenapa notis tersebut di letakkan di papan kenyataan masjid? Kenapa tidak disebarkan secara umum dan meluas supaya khalayak yang alpa untuk sembahyang Jumaat akan insaf...

Tuesday, December 01, 2009

Manusia Punya Asa, Allah Punya Kuasa

Aku mempunyai satu hobi baru. Bercucuk tanam. Walaupun tanah di sekeliling rumah sewa aku di Dungun ini hanya beberapa kangkang aku sahaja, ia tidak menghalang aku menyahut kempen bulan bumi hijau anjuran parti pemerintah.

Sebagai langkah pertama, aku mula menanam kangkung. Terima kasih kepada Wan Haminudin kerana menyumbangkan benih kangkung beliau kepada aku. Hati aku sungguh berbunga bila mendapati kangkung aku mula bercambah. Terus terbayang keenakan kangkung goreng belacan. Slurrrpppppp...!!!


Malangnya, Dungun dilanda hujan yang mencurah-curah minggu lepas. Ia ditambah lagi dengan gelombang hujan yang seterusnya pada minggu ini. Kangkung aku telah overdose air, lalu mati dengan dahsyat. Tak sanggup aku mengambil gambar kangkung-kangkung yang mati overdose itu.

Aku hanya berusaha, Allah penentu segalanya.

Manusia punya asa, Allah jua yang punya kuasa!