Walaupun aku tahu bapak aku tidak membaca blog ini, aku berterima kasih kepada bapak aku kerana beliau secara tidak langsung membolehkan aku menulis di blog. Semasa kecik, aku sedikit terkebelakang dalam aspek pembelajaran. Atau, dalam bahasa yang "gelap" aku boleh dikatakan sebagai seorang budak yang lembap, bongok, mundur dan tiada masa depan. Huhuhuhuhuhu. Menginjak ke darjah dua aku masih lagi tergagap-gagap tatkala membaca dan tidak mampu menulis dengan baik. Aku sukar membezakan huruf m dengan n, p dengan q, b dengan d. Juga, aku sukar membezakan bunyi huruf e, antara ei dengan ea.
Oleh kerana kelemahan aku itu, bapak aku sering mendorong aku untuk mahir membaca dan menulis. Kebetulan pada waktu itu, bapak aku bertugas menguruskan perpustakkan tentera di Kem Majidee, Johor. Maka, setiap hari bapak aku akan membawa buku dari perpustakaan itu untuk aku baca. Atau, bapak aku sering membeli buku-buku siri penyiasatan kanak-kanak seperti Nancy Drew dan Hardy Boys yang dialih bahasa; hanya Rm1.90 sebuah. Juga, setiap sabtu dan cuti sekolah, bapak aku akan membawa aku ke perpustakaan tentera itu untuk membaca dengan selesa. Tidak ketinggalan bapak aku membeli majalah Bintang Kecil (berbentuk akhbar tabloid pada waktu itu) saban minggu. Dan, bapak aku menggalakkan aku menyertai pertandingan menulis dan menjawab teka silang kata yang terdapat dalam majalah itu.
Kesungguhan dan kegarangan bapak aku menjadikan aku mampu membaca dengan lancar apabila menginjak ke darjah tiga, seterusnya menjadikan aku ketagih membaca hingga kini.
Terima kasih juga pada bapak aku kerana menjadikan aku seperti sekarang. Aku tahu bapak aku bangga dengan pencapaian aku sekarang, walaupun beliau tidak menyebut "Abah bangga dengan kau Zam"
Semasa dalam perkhidmatan tentera, bapak aku pernah juga bertugas di Kor Jurutera. Bukan sebagai jurutera tentera, tetapi hanya sebagai pencacai sahaja. Tapi, dengan dengan didikan beliau, aku layak menjadi jurutera dan kini mendidik puluhan bakal jurutera setahun.
Kalau nak tulis pasal bapak aku, mahu terjilid sebuah buku. Huhuhuhuhuhu. Terlalu banyak kenangan terhadap bapak aku yang segar malar dalam otak aku. Kenangan itu yang membuatkan sifat, ketrampilan dan cara aku berfikir tak banyak beza dengan bapak aku.
p/s: Aku terasa sebak juga menulis post ini, tapi tidaklah sampai mengalirkan air mata...
11 comments:
kim salam kat beliau! kacak sungguh.
selamat hari bapa juga!heee~~
bapa ku pun kacak jugeee..
la la la
Selamat Hari Bapa.Selaut Kasihmu Sepadang Sayangmu...Kasih & Sayangmu Ku kenang Sepanjang Hayat.
kasih ibu membawa kesyurga, kasih abah takdok tolok bandingnyerrr.. salammms
dalam masa setahun 2 ni...pasti ko juga jd bapak yang seumpama mohd sani....:)
Bapa kacak..anak tentu kacak juga kan..?
kengkadang aku hiba bila dengar lagu 123 dari aris ariwatan.
org lidi,
ye, nanti aku kirimkan salam mu itu
halena,
semua bapak kacak belaka. masakan mak boleh terpikat kan...
cikgu aiha,
cantik ayat tu...
en_me,
aku sokong kata-kata mu itu
faiz,
huhuhuhuh. moga masin mulut kau
pakcik,
aku memang kacak!!! huhuhuhuh
zairi,
syahdu lagu tu
kacak sungguh hehe (jgn kata aku gay larikk!!)
sama la kita jam, aku pun pernah melalui zaman gelap itu, menyandang gelaran budak bodoh, dungu, dangkal, cetek akal, dan buta huruf... masa itu aku baru berumur setahun 3 bulan.. dan aku dan ajar anak2 aku bagaimana supaya mereka selalu berdoa supaya aku juga menjadi bapa yg kacak!
cis, aku umur setahun 3 bulan begitu juga. dan kau memang kacak, mungkin kerna anak kau kerap mendoakan kau
Post a Comment