Pages

Friday, February 19, 2010

Pasar Malam Wakaf Che Yeh

Kalau kau ke Kelantan, tempat ini merupakan antara tempat yang patut kau pergi. Lebih-lebih lagi jika kau gemar membeli-belah.


Sebenarnya aku ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh tanpa dirancang. Dalam perjalan pulang ke Terengganu dari Rantau Panjang, kira-kira 30 minit sebelum tiba ke Jertih, aku di dorong oleh Pn. Nurul dan Cik Suzi supaya melencong ke Wakaf Che Yeh.

Harga barang-barang di sini mahal sedikit dari Rantau Panjang. Tetapi, ada terlalu banyak gerai dan pilihan di sini! Aku hanya mampu untuk menghampiri satu per empat dari gerai yang ada di sini dalam tempoh kurang lebih 2 jam. Ada bermacam-macam ada di jual di sini. Tetapi, pada pandangan aku barangan tekstil yang mendominasi. Juga, kalau inginkan tudung bawal yang murah dan berkualiti, di sinilah tempatnya!!!


Jika kau tanya bagaimana aku dapat mencari jalan ke sana, aku memang tidak dapat memberi penerangan dengan lanjut. Aku ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh  ini hanya berpandukan Navigator GPS cap Garmin Nuvi 205, perbualan ringkas dengan Acik dan tawakal kepada yang Esa. Jika kau hanya ada tawakal kepada yang Esa, aku cadangkan juga kau merujuk kepada Google Maps.

2 comments:

adanz said...

huhuhu kalau ko boleh drive 30 minit dari jerteh ke wakaf che yeh.. kau memang hebat... hampir menyamai rekod shumaker.... standard sejam la beb... jertih? laaa bakpo dok singgoh umoh kawe? hehehe

roshaizul gagah said...

kau salah baca tu. 30 minit sebelum bandar jertih aku patah balik ke wakaf che yeh.

kau ada rumah ke hari tu?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin