Pages

Monday, February 22, 2010

Buah Kundang Gemia

Masih lagi seputar suasana di Wakaf Che Yeh.

Terjumpa gerai menjual buah. Aku memanggil ia sebagai buah kundang, manakala Pn. Nurul memanggilnya sebagai buah gemia, manakala Cik Suzi berkata "Sama la kundang dengan gemia..."

Sebetulnya agak lama aku tidak berjumpa dengan buah kundang. Selama aku tidak lagi membantu Abah aku berniaga buah-buahan.

Sama seperti buah-buahan yang lain, aku juga tidak begitu teruja untuk memakan buah kundang. Tak tahu kenapa. Barangkali aku sudah muak makan buah-buahan setelah lebih 10 tahun berniaga buah-buahan.

Tekstur buah kundang sangat berserat. Rasanya manis lemak. Boleh diibaratkan seperti rasa mempelam susu. Menariknya, buah kundang boleh dimakan terus tanpa dikopek dikupas kulitnya.

Sayangnya buah ini agak sukar didapati. Jika adapun, harganya agak mahal. Paling murah aku pernah jual RM7; kira-kira tujuh lapan tahun lampau.

5 comments:

Anonymous said...

alo kat wakaf cek yeh ada ke buah kundang tu... bila ang sane? merate2 aku cari buah nie kat kl x jmpe.. bini aku mgidam nak mkn

Anonymous said...

alo kat wakaf che yeh ada ke buah kundang tu? bila jumpe tuh?sbb skrg org ckp bukan musimnye... merata2 cari kl x jumpe... bini aku mgidam nak buah nie

roshaizul said...

ada bro, cari la. tapi buah ni bermusim sikit sekarang

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin