Pages

Wednesday, February 17, 2010

Zero Milestone Rantau Panjang

Ini kali kedua aku ke Rantau Panjang di sempadan Kelantan sana. Tapi, kali pertama aku dapat bergambar di "zero milestone" Rantau Panjang. Bagi makluman semua, tanda perbatuan sifar itu biasanya terletak di hadapan pejabat pos. Biasanya, bukan semuanya. Tetapi, di Rantau Panjang "zero milestone" terletak di hadapan kubur Islam.

Aku ke Rantau Panjang bersama Pn. Nurul, keluarga ipar dan mak mentua aku. Jika kau tanya mereka apakan tujuan mereka ke Rantau Panjang, ini jawapannya.

1)    Nak beli toto (bukan sports toto)
2)    Nak beli periuk
3)    Nak beli beras
4)    Nak beli baju
5)    Nak jalan-jalan


Tujuan aku sedikit berbeza dari mereka. Aku memang ingin bergambar dengan tanda "zero milestone" itu. Huhuhuhuhuhu. Juga, ingin membawa Pn. Nurul bersiar-siar melihat dunia.

 
 





Nasihat aku sebagai orang luar yang ke Rantau Panjang, jangan beli banyak sangat. Sebabnya, nak masuk dan keluar dari Rantau Panjang akan ada pemeriksaan kastam. Kau boleh dikenakan cukai sebanyak 10% dari harga barangan yang kau beli. Nasihat aku lagi, ada baiknya kau membawa kereta yang bernombor plate D** **** atau membawa rakan yang amat lancar tutur loghat Kelantannya.

2 comments:

orangkayabertaqwa said...

kou patut ajak aku ijam. bahasa kelantan aku begitu lancar & setanding dengan Danny X-Factor tue. Biar pun dibesarkan di bandar tenggara nan permai namun lidahku telah ku alter supaya boleh menghirup budu dan menyebut bahasa kelantan dengan cemerlang, gemilang & bukan temberang...

roshaizul said...

la, apsal tak bagitau awal2

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin