Showing posts with label UiTM. Show all posts
Showing posts with label UiTM. Show all posts

Monday, February 01, 2010

Pantai Teluk Gadung

Kalau kau ke Dungun, ada baiknya kau ke pantai Teluk Gadung. Pantai ini terletak betul-betul di hadapan UiTM Dungun. Menariknya pantai ini kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Dungun.

Kalau kau hendak berkelah, terdapat banyak wakaf disediakan.
Kalau kau hendak mengubati jiwa yang lara, terdapat bangku-bangku di tepian pantai untuk kau termenung.
Kalau kau hendak makan, terdapat beberapa unit kedai makan.
Kalau kau sekadar ingin menguyah sesuatu, terdapat banyak gerai yang menjual kudapan dan minuman.
Kalau kau hendak berjoging, kau boleh melakukannya di tepian pantai.
Kalau kau rasa terkucil, terdapat tandas disediakan.
Kalau kau membawa anak kau bermain "playground", kau juga boleh ke Teluk Gadung ini.
Kalau kau mengantuk, kau boleh menyewa di Hotel UiTM.
Kalau kau hendak memancing, boleh saja kau memancing ikan laut dan ikan air tawar, kerana terdapat semacam lagoon di Teluk Gadung ini.
Kalau kau pelajar Diploma Automotif  Politeknik Dungun, kau boleh mencari bakal isteri kau yang bakal mempunyai kelulusan akaun, bisnes atau hospitaliti di Teluk Gadung.

...dan sekian banyak lagi tarikan di Teluk Gadung ini. Malas nak cerita panjang, kau tengok sahaja gambar-gambar Teluk Gadung di bawah ini.

Wednesday, April 22, 2009

Kucing Dua Mata

Apa kejadah la tajuk ni. Kucing memang dua mata. Ada ke kucing 3 mata? Kalau ada, itu kucing jin namanya. Ada ke kucing 1 mata? Kalau ada itu kucing lanun namanya.

Owh! Silap. Sepatutnya post ini bertajuk "Kucing Yang Mempunyai Dua Warna Mata"


Mula kucing tu gesel-gesel kat kaki aku. Aku rasa macam nak lambung beliau kemudian tendang sekuat hati, macam penjaga gol sepak beliau. Tetapi, bila aku terpandang beliau, hati aku menjadi sayu.

Gambar kucing itu diambil di sebuah kedai makan yang terletak di lampu isyarat menuju UiTM Dungun...

Wednesday, January 07, 2009

Kuda Terbang

Semalam,aku pergi makan roti arab dengan Acik kat depan UiTM Dungun. Tiba-tiba aku ternampak kuda terbang!


Sos Cili Cap Kuda Terbang! Hee..haaaa! Teringat pula siri kartun Saber Rider And The Star Sheriff.

Belek-belek sikit botol tu. Erm...buatan Pulau Pinang. Jauh dia terbang. Sampai Terengganu.

Belek-belek lagi, eh, ada tanda halal la. Lalu aku tergerak untuk memeriksa kehalalan kuda terbang itu. Aku taip HALAL 9557206010019 dan hantar ke 32728. Kemudian aku dapat balasan, RM0.50 Halal: K/Bar:9557206010019 Status: TIADA DALAM SENARAI. Cis! Jembalang! Tak halal rupanya, sama macam kes kek ikan dulu.

Friday, August 22, 2008

Bila Pak Lah Naik LRT

Aku tengok Buletin Utama TV3 malam tadi. Pak Lah yang berjiwa rakyat itu telah mencuba untuk menaiki LRT. Barangkali itu kali pertama beliau menaiki LRT dan beliau terkejut melihat kesesakan di stesen dan dalam LRT. Dan beliau juga terkejut apabila mendengar keluh kesah pengguna LRT. Dan beliau berjanji akan memperbaiki sistem pengangkutan di ibu negara.

Barangkali juga, Pak Lah perlu turun ke seluruh negara bagi melihat sendiri sistem pengangkutan di seluruh negara. Jika di ibu negara Pak Lah merasakan bahawa sistem pengangkutan begitu teruk, di tempat yang bukan ibu negara keadaan barangkali lebih teruk!!!

Barangkali Pak Lah perlu turun ke Bandar Tenggara misalnya. Pak Lah boleh cuba menunggu bas untuk samada ke Kulai/Johor Bahru, atau ke Kluang, atau ke Kota Tinggi di stesen bas Bandar Tenggara. Barangkali Pak Lah boleh menulis sebuah novel sementara menunggu ketibaan bas.

Barangkali juga Pak Lah boleh cuba menunggu bas untuk ke Kuala Lumpur dari bandar Dungun. Barangkali juga Pak Lah boleh meminta pengawal peribadi beliau membawa payung dan kerusi lipat sebagai persediaan untuk menunggu ketibaan bas.

Barangkali juga Pak Lah boleh mendengar rungutan pelajar Politeknik dan UiTM Dungun yang tiada kenderaan sendiri tatkala mereka perlu dengan segera ke bandar Dungun. Mereka perlu membayar RM2 sehala, dan RM4 untuk pergi dan balik. Dan barangkali lebih menjimatkan jika mereka menyewa kereta kancil selama sejam dengan bayaran RM5 dan boleh dinaiki seramai 5 orang yang mempunyai berat badan kurang 50kg. Barangkali juga bisnes kereta sewa di bandar Dungun mempunyai masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Err...cuba korang kira berapa banyak "barangkali" yang aku guna dalam post ni, termasuklah "barangkali" dalam ayat ini.

p/s: Barangkali cikgu Apis17 boleh menggunakan post ini sebagai contoh penggunaan perkataan "barangkali" dalam karangan Bahasa Melayu darjah 5.

Friday, June 13, 2008

Shah Alam Yang Best

Seminggu aku tak update blog nih. Seminggu jugalah aku ke Shah Alam, berkursus.

Aku bertolak dari Dungun hari Isnin, dalam pukul 11 pagi. Nasib baik naik van politeknik aku, kalau tak mampus aku nak bayo duit minyak. Huhuhuhuhu

Aku sampai Shah Alam dalam pukul 7 petang. Punya lah lama (van yang aku naik tu tak leh laju-laju, nanti tercabut enjin!!!) Sampai jer terus check in kat Concorde Shah Alam (Fuh! Best hotel ni. Malangnya sungguh tak best bila nak berak! Cis!!!)

Besoknya, selama 2 hari, aku berkursus di UiTM Shah Alam dan SIRIM (tak yah la korang tau kursus apa yang aku pergi, kusut kepala otak korang nanti).

Shah Alam best sebab
1) Jalan tak berapa sesak
2) Bandar dia terancang
3) Banyak kopitiam yang best
4) Ramai orang Melayu/Bumiputera
5) Ramai gadis yang cun lagi seksi (pasti awek aku akan call aku selepas beliau membaca pernyataan ini)
6) Banyak kemudahan

p/s: Walaupun Shah Alam best, best lagi Bandar Tenggara!!!

Wednesday, May 07, 2008

Kursus Untuk Tido

Baru-baru ni aku ada pergi Kursus Protokol Dan Etiket Sosial di UiTM Dungun.


Kursus ini pada aku boring sikit, lebih kepada tatasusila menjaga adab sopan di majlis, protokol-protokol majlis rasmi, dan bla...bla..bla... (malas nak tulis banyak-banyak, lenguh le. huhuhuhuuh)


Semasa kursus berlangsung, beberapa sahabat aku telah mencapai tahap kebosanan tahap tertinggi...



Aku pun bosan juga. Sempat juga menguap 14 15 kali. Tapi memandangkan aku tokei blog ini, aku letak gambar aku sedang mengawal kebosanan dan kemengantukan. Huhuhuhu



p/s: aku suka pergi kursus....sebab....er......cuba lah teka! Huhuhuhuh