Showing posts with label Pulau Redang. Show all posts
Showing posts with label Pulau Redang. Show all posts

Friday, April 23, 2010

Kampung Mangkuk

Owh, agak melucukan tajuk post kali ini. Kampung Mangkuk. Jangan kau perlekehkan nama tersebut. Ia bukan setaraf mangkuk melamin cendol. Tapi, barangkali ia setaraf dengan magkuk porcelin China yang dijumpai di dalam kapal tenggelam di Laut China Selatan.

Kalau kau ke Terengganu, aku cadangkan kau ke sini. Barangkali kau sudah bosan dengan Pasar Payang, Taman Tamadun Islam, Sekayu, Kenyir atau Pulau Redang. Jadi, kau boleh ke sini untuk menikmati suasana kampung tepian pantai yang sangat indah.

Aku mulanya tak percaya pemandangan yang aku lihat berada di Terengganu. Suasana sangat damai dan menyenangkan di kampung Mangkuk ini. Kalau kau mahu ketenangan dunia, kau harus ke sini.

Oh ya, lupa aku hendak beritahu kau bahawa Kampung Mangkuk ini terletak di daerah Setiu, Terengganu. Lokasinya sangat hampir pantai Penarik. Bagi mengetahui lebih lanjut, ada baiknya kau meng'google'kan diri kau, sebab aku malas untuk mencari maklumat Kampung Mangkuk untuk kau. Hahahahahahaha (dengan nada jahat tetapi bersahaja)

Juga, kalau kau mempunyai kamera DSLR yang hebat, kau boleh menguji kemahiran kau di Kampung Mangkuk.

Mari nikmati pemandangan yang indah di Kampung Mangkuk...

Monday, July 13, 2009

Pulau Redang

Jari masih sangat merah, hati masih sangat riang, tetapi tubuh terasa sedikit letih, dan otak terasa begitu kusut. Begitulah keadaan aku beberapa hari selepas berkahwin.

Nasib baik Pn. Nurul telah menempah pakaj percutian 3 hari 2 malam di Pulau Redang. Dapatlah juga aku melegakan fikiran dan badan.

Kami naik bot dari jeti Shahbandar di Kuala Terengganu. Perjalanan air selama lebih kurang sejam setengah tidaklah begitu memenatkan. Suasana dalam bot itu semacam menaiki kapal terbang Air Asia rasanya.

Kami mendarat di Pasir Panjang dan menginap di Lagoon Resort. Difahamkan, hanya resort itu yang mempunyai tukang masak beragama Islam.

Suasana di Pulau Redang itu sangat menakjubkan. Pasirnya sangat putih dan halus. Airnya sangat tenang dan biru. Bila bermain di gigi pantai, boleh nampak dengan jelas ikan-ikan yang comel. Kembali ke asas >>> itu Allah punya kuasa.

Tapi, ketenangan di Pulau Redang itu sedikit terganggu kerana ramai sekali gadis dan nenek mat saleh yang berbikini. Dan, bikini mereka itu tersangat seksi; hanya menutupi puting dan alur di bawah itu sahaja. Sesekali tertengok, takpe, itu rezeki namanya. Huhuhuhuhu

Teringat sewaktu bersekolah agama di Johor dulu. Ustaz sedang mengulas tentang kewajipan menundukkan pandangan. Beliau berkata
Tengok sekali .... rezeki
Tengok 2 kali .... haram
Kemudian ada yang bertanya, "kalau tengok 3 kali ustaz?"
"Haa!!! Dalam badan awak memang ada SETAN!!!"

Kembali ke cerita asal.

Tidak banyak aktiviti kami di Pulau Redang. Cuma kami lebih banyak meluangkan masa berbual-bual tentang kehidupan sambil berjalan atau duduk saja di tepi pantai. Sesekali kami memikirkan juga visi dan misi kehidupan kami.

Kami juga melakukan snorkling, melihat hidupan laut yang begitu jinak. Mengelupur juga aku ketika cuba mengapaungkan diri.

Aku terasa macam post ni tak best je. Jadi, untuk menambahkan ke'best'an post ini, aku selitkan beberapa keping gambar di Pulau Redang...