Tuesday, January 31, 2012

Kenapa Mesti London? Kenapa Tidak Parit Kasan?

Walaupun sudah lebih 50tahun Inggeris meninggalkan Tanah Melayu, masih ada lagi sisa penjajahan. Inggeris, yang secara rasminya menjajah Tanah Melayu mulai 1786 telah berjaya mempengaruhi minda orang Melayu bahawa Inggeris itu bagus dan Melayu itu tidak.

Hingga kini, masih ramai (kadang-kala termasuk aku juga) yang berangapan bahawa Inggeris itu bagus, dan Melayu itu tidak.

Kerap-kali aku terbaca tajuk akhbar arus perdana
"Kerepek xxx berjaya menebusi pasaran London"
"Minyak urut yyy digunakan orang London"
"Orang London menyukai minyak wangi zzz"

Walhal, sesetengah produk tempatan yang dijual di London itu tidak pernah aku tahu kewujudannya. Jika aku tahu sekalipun, terkadang sukar untuk mendapatkannya di sesetengah kawasan.

Kenapa tidak sesekali tajuk akhbar berbunyi begini
"Kerepek xxx dimakan setiap hari oleh penduduk Parit Kasan"
"Minyak urut yyy digunakan oleh semua nelayan di Sungai Buaya"
"Orang Kuala Betis menyukai minyak wangi zzz"

Untuk info,
Parit Kasan merupakan satu kampung di Bukit Gambir, Muar.
Sg Buaya merupakan satu kampung di Kuala Dungun.
Kuala Betis merupakan satu kampung di Gua Musang.



Barangkali pengusaha tempatan itu merasakan penduduk pendalaman itu tidak akan membeli produknya; kerana tiada wang atau canggung untuk membeli produk itu. Tapi, belum cuba, belum tahu kan?


2 comments:

Anonymous said...

sama jugak dengan iklan slogan DesaMurni.

"Batik Terengganu, Teknologi Italy.."



Tak faham kenapa nak sangat letak tagline teknologi itali tu. padahal batik songket terengganu ni dah sampai thap highclass dah, ade brandname. Tak pelu compile nama Italy pun takpa..

roshaizul said...

Tu la fasal. Rasanya teknologi Iran jauh lebih bagus dari Italy