Showing posts with label china. Show all posts
Showing posts with label china. Show all posts

Wednesday, December 12, 2012

128 Gigabyte

Sekali lagi, aku mengalami sindrom malas untuk menulis. Bahan banyak. Idea ada. Tapi itu hanya berlegar-legar dalam kotak fikiran aku juga. Tanpa menunggu tahun baru, aku ingin terus aktif menulis mulai hari ini. Yeah!!!! (???)

Dan, kebetulan juga hari ini adalah 12.12.12. Masih ada sejam lebih lagi sebelum ia bertukar menjadi 13.12.12. Kalau aku nak bersaing dengan blogger lain pasal topik 12.12.12, memang aku jatuh ke tempat kedua,.... dari belakang.

Ok, kembali ke tajuk asal. Tempoh hari, aku mendapat hadiah pendrive seorang rakan yang baru pulang dari China. Aku tak ingat berapa harganya. Tapi, kapasiti storannya yang aku kagum!






Kapasiti storannya lebih 8GB dari netbook yang aku pakai ini.

Tapi, prestasinya mengecewakan. Kalau setakat fail notepad atau *.txt boleh kod. Kalau fail powerpoint pon aku akan fikir berkali-kali. Hahahahahaha

Tuesday, June 12, 2012

Melaka 5 - Kincir Air

Sebelum ini, ia diluar pengetahuan aku. Aku tidak tahu bahawa pada zaman kesultanan melayu Melaka, telah ada kincir air.

Aku tidak pasti dari mana datang asalnya kincir air. Tapi, aku semacam yakin bahawa kincir air ditemui oleh ilmuan Islam. Aku pernah terbaca, bahawa sebuah pam air (yang lebih maju dari kincir air) telah dibina oleh Al-Jazari, seorang jurutera Islam.

Menurut keterangan pada batu berhampiran kincir air ini, dinyatakan bahawa kincir air ini digunakan untuk menampung keperluan para pedagang di Melaka dari seluruh dunia yang berkampung di Melaka sementara menunggu peralihan monsun untuk ke destinasi seterusnya atau pulang ke tempat asal. Pedagang-pedagang tersebut dari sejauh Eropah dan sehampir Siam. Diceritakan juga bahawa kincir air model ini terdapat juga di Syria, India, China dan Eropah.



Tuesday, December 07, 2010

Diploma Urutan Melayu





Politeknik Malaysia telah mengadakan kursus baru yang amat menarik aku kira, Diploma Urutan Melayu.

Barangkali ada yang berfikiran nakal, sinis dan septikal terhadap pengajian diploma tersebut. Aku pasti akan ada yang terbayang wajah gadis-gadis dari China dan Indonesia yang genit dan memberahikan tatkala mendengar perkataan 'urutan'. Tidak hairan pada aku kerana sering dipaparkan oleh berita televisyen arus perdana tentang serbuan oleh pihak berkuasa terhadap rumah 'urut'.

Tapi, seharusnya kau perlu tahu bahawa penyakit strok tidak dapat diubati oleh perubatan moden, tapi boleh dirawat dengan kaedah urutan melayu dan akupuntur cina. Kau juga perlu tahu bahawa ada hampir sedozen hospital di Malaysia yang mewujudkan Unit Perubatan Tradisional dan Komplimentari; yang mana urutan melayu turut terkandung dalam senarai perkhidmatan yang ditawarkan. Kau juga harus tahu bahawa ada sejumlah IPT yang menawarkan diploma dan ijazah dalm bidang urutan melayu dan perubatan alternatif.

Sebetulnya, aku tidak pasti politeknik manakah yang menawarkan kursus tersebut. Politeknik Shah Alam barangkali. Owh, jangan terdetik di hati kau "Aik? Kau kan pensyarah politeknik? Tak kan la tak tahu?"

Kau semua harus tahu bahawa di Malaysia terdapat kurang lebih 2 dozen politeknik dan beribu poliklinik dan berpuluh-puluh program pengajian yang ditawarkan. Banyak perkara lagi harus aku fikirkan berbanding perkara di atas. Hahahahahaha