Pages

Wednesday, January 06, 2010

Ralat Bas

Aku tidak menyokong subjek sains dan teknologi diajar dalam bahasa Melayu.
Aku juga tidak  menyokong subjek sains dan teknologi diajar dalam bahasa Inggeris.

Tapi aku menyokong jika subjek sains dan teknologi diajar dalam kedua-dua bahasa itu. Aku rasa itu lebih memudahkan pelajar dan dapat meningkatkan pengetahuan pelajar. Malah, aku sendiri terdidik sebegitu. Dalam masa yang sama, bahasa Melayu dapat diperkasakan (pergh! ayat dah macam ahli politik).

Berikut, beberapa beberapa maksud beberapa istilah kejuruteraan dalam bahasa Melayu

Piston - Omboh
Crank Shaft - Aci Engkol
Bleeding - Menjujus
Power Plant - Loji Kuasa
Hydraulic Jack - Bicu Hidraul
Timing Belt - Tali Sawat Pemasa
Combustion Chamber - Kebuk Pembakaran
Clutch - Cekam (bukan bekam ye adik-adik)
Transformer  (bukan Decepticon atau Autobot) - Pengubah
Resistor - Perintang
Nozzle - Muncung
Turbulent - Gelora
Shear - Ricih
Current - Arus
Milling - Kisar
Fitting - Gegas

Plug and Play - Cucuk dan Main?


4 comments:

orangkayabertaqwa said...

Sungguh mengujakan..

Bagaimana kau akan terjemahkan "Joystick / Batang Ria" yang berfungsi secara "Plug and Play".

Ku nantikan terjemahannya ijam..

roshaizul gagah berani said...

err......

ipin said...

aku pn sokong pendapat ko...masa aku tgah sibuk dengan urusan menaip soalan peperiksaan blan lalu.puas aku memikirkan mcm mana nak translate satu istilah yang aku jumpa dlam soalan tek auto 4. "piston slapping/tampar piston"..

roshaizul gagah berani said...

slapping piston = omboh penampar!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin