Sekarang, seluruh politeknik dalam fasa berhibernisasi (macam beruang). Politeknik sedang bercuti. Bagi politeknik Dungun, kelas akan bermula sekitar 17 hingga 21 Januari ini. Jadi, masih ada 2 minggu lagi fasa berhibernisasi ini.
Ternyata, di kala ini merupakan saat-saat yang tenang bagi seorang pensyarah. Tiada sangat kekusutan yang melanda. Tiada apa yang perlu dikejarkan sangat. Tetapi, dua minggu yang sudah, merupakan saat yang getir. Terutama sekali tatkala menanda kertas peperiksaan akhir pelajar.
Semasa menanda kertas, sempat juga aku mengambil gambar beberapa skrip yang luar biasa coretannya...
1) Ada yang tidak mahu markah jawapan beliau. Lalu memangkah diruangan markah
2) Ada yang terlebih jawab, walaupun jawapan yang tersedia dalam kertas soalan hanya ada enam sahaja
3) Ada juga yang menyatakan bahawa mereka tidak sempat menjawab! Ye ke?
Tiap-tiap semester aku akan jumpa perkara yang sama...
8 comments:
Hahaha...
itu baru bahagian pangkah2..
masukkanlah pulak yang bahagian "ayat-ayat cinta" pelajar dihujung2 kertas jawapan periksa... nak tengok jugak part ni...
huhuhuhuhu, tu lagi syahdu. tapi, tunggu semester depan je la aku uploadkan.
cikgu takde sessi cara2 menjawab soklan kerr.. ekeke
huhuhuhu. mungkin juga tu
ehhh... cuba pasni kita letak [x sempat nak marking], apa kau rasa tindakan yg perlu kita hadapi.. ;|
hahahahaha, skt kau dapat 32% je
ku pernah buat kerja mnulis skrip kt kertas bendalir dlu....
"Cik RosHaizol Nizam ...Tolong Bagi Sya A... 13Dem06F***"
tringat lak ak pun pernh tulis ayat2 cintan kt akhir paper
Post a Comment