Wednesday, December 15, 2010

Aiiiyaaa, wa talak jual la satu keping

Apabila pulang ke Johor, aku jarang sekali pergi bersiar di bandar-bandar yang ada di Johor. Lokasi Bandar Tenggara di tengah-tengah ladang kelapa sawit dan berjarak 40km dari bandar terdekat menyebabkan aku lebih selesa bersiar-siar di Bandar Tenggara sahaja. Juga, tidak seperti di Dungun atau Bandar Tenggara, kau harus membayar caj parking apabila kau memakir kereta kau di mana-mana bahagian di bandar-bandar utama di Johor.

Sebenarnya, caj memakir kereta di Johor tidaklah semahal mana, hanya 60sen sahaja sejam. Akan tetapi, untuk mendapat tiket parking adalah satu perkara yang sukar; aku kira. Aku, sebagai anak jati Johor kadang kala tercari-cari kedai yang menjual tiket parking; walaupun aku agak biasa dengan bandar tersebut. Aku dapat membayangkan kesukaran orang yang pertama kali sampai di Johor, owh!



Juga, sesetengah kedai agak perengus dan tidak mesra apabila aku hendak membeli hanya sekeping tiket parking. "Aiiiyaaa, wa talak jual la satu keping. Lu kalau mau lu kena beli satu buku. Lu mau lu angkat, tak mau lu peligi cali lain kedai maa."

"Bangsat". Getus hati aku.

Pernah satu ketika pada hari Ahad, aku tiba di bandar Segamat. Lantas aku segera mencari kedai yang menjual tiket parking. Bila berjumpa kedai yang menjual tiket parking, seperti biasa aku akan meminta untuk membeli sekeping tiket parking.

"Wa talak jual tiket"

"Dah tu kat luar tu ada tulis kedai ni ada jual?" Balas aku, sedikit keras nadanya.

"Wa caikap wa talak jual, talak ley...."

"Bangsat". Rengus aku, antara dengar dan tidak. Perbualan aku barangkali didengari oleh kedai rempah berhampiran. Lantas Mat Bangla menegur aku dan menyatakan "Abang kacak ini hari parking free juga". Aku tak percaya cakap Mat Bangla tu. Dengan nada sedikit mencemuh aku menjawab "Ye ke?"

Lantas tauke kedai berbangsa India dengan ramah membalas "Betul la bang, hari Ahad dan cuti umum memang tak payah beli tiket parking. Parking je". Aku kagum. Fasih India ini cakap Bahasa Melayu.

"Terima kasih bos". Lantas aku bersalaman dengan tauke kedai. Juga dengan Mat Bangla. Tiba-tiba Mat Bangla itu bertanya "Abang gagah tarak mau beli rempah kah?" Aku menjeling ganas pada Mat Bangla. "Ok abang. Sorry ye".

Kebanyakan kedai di Johor menjual sebuku tiket. Tapi, ada juga kedai yang bermurah hati turut menjual satu keping tiket. Tapi harganya 70sen.

Aku sebenarnya aku amat suka Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Di Kuantan, sama juga di Johor, pemandu perlu mendapatkan tiket parking sebelum memakir kenderaan. Tapi, menariknya, biasanya terdapat pondok yang dijaga oleh kakitangan MPK yang menjual tiket parking pada harga 45sen/sekeping tiket/jam.



Tapi, aku lebih suka sistem parkir di Kuala Terengganu. Kau parkir kereta, dan masukkan syilling ke dalam tiang yang terletak berhampiran kereta kau. Kadarnya 10sen bagi 10 minit. Fleksibel dan memudahkan. Tidak seperti di Johor atau Kuantan, aku perlu membayar untuk harga sekurang-kurangnya setengah jam walaupun aku hanya memakir untuk 10 minit. Juga aku tidak perlu tercari-cari untuk membeli tiket parking.

Tapi yang terbaik di Dungun. Tak payah bayar parkir. Hahahahahaha!

Awal Muharam, Pawagam dan Ngangkung

Hari minggu lepas, pada cuti awal Muharam, aku dan Pn. Nurul merasa kebosanan duduk di rumah. Lalu, kami memutuskan untuk bersiar-siar sepanjang hari itu. Memandangkan sudah sangat kerap bersiar-siar di Dungun, kami merasakan amatlah wajar untuk kami bersiar-siar menghala ke selatan; tapi, tidaklah sejauh ke Johor.

Destinasi pertama, pawagam TGV di Mesra Mall. Kami sampai di sana agak awal, seawal jam 11 rasanya. Sebenarnya, lebih nyaman menonton wayang pada awal hari, orang tak ramai dan suasana tenang. Akan tetapi, pawagam tersebut tutup mulai jam 4.30 petang semalamnya hingga 2.30 hari selasa itu bagi menghormati Awal Muharam.

Lalu, aku terus sahaja ke kedai buku Popular di dalam Mesra Mall itu. Aku merasakan kedai buku Popular di situ amat bersepah susun aturnya. Juga, buku yang ada di situ agak ketinggalan rasanya. Puas membelek, sempat aku menyambar novel Bumi Cinta. Sebuah adikarya aku kira.

Puas meliau di Mesra Mall, kami lantas ke pantai Kemasik. Melahu di situ hingga waktu Zuhur tiba. Dan kami kembali ke Mesra Mall untuk solat dan makan tengahari. Menjelang jam 1.30, kami menuju ke hadapan pawagam TGV yang belum dibuka. Sekonyong-konyong sudah ada yang menunggu. Owh!



Beberapa ketika kemudian, pintu pawagam di buka dan aku dengan hikmat meringankan badan tahap kelima telah mengambil gambar dan terus ke kaunter pembelian tiket.


Akhirnya, dapat juga membeli dua tiket ngankung.

Menoleh ke belakang, barisan nasional menjadi semakin panjang.


Dalam pawagam, kerusi penuh. Hinggakan pada kerusi baris hadapan sekali pun ada pembeli tiketnya.

Ternyata cerita ngangkung memang menghiburkan. Juga, sangat banyak mesej yang disampaikan. Kau akan dapat tangkap mesej itu jika kau berfikir dan tidak hanya ketawa tatkala menonton filem itu

*gambar diambil dari http://profhariz.com/

Review filem tersebut kau boleh tengok di  http://profhariz.com/2010/11/filem-ngangkung/

Moral dari filem tersebut:-
1- Jangan main judi. Haram. "Kalau nak tembak jangan tembak ekornya!". Kau tak akan kaya dengan main nombor ekor. Aku pernah mengemukakan teori kebarangkalian di sini
2- Dah la main nombor ekor. Kemudian ngangkung puja syaitan. Dua kali dosa.
3- Dosa ketiga, tipu bini yang tak tahu suaminya ngangkung

Ada juga sub-plot yang memberi pengajaran
1-Jangan gugurkan bayi. Ngeri oooo.
2-Jangan simpan perempuan simpanan. Bila perempuan tu mengandung no1 di atas akan terjadi.
3-Jangan pinjam along. Nanti kena belasah.

Eh, panjang la pula post kali ni. Aku rasa ini post paling panjang dalam blog ini. Hahahahaha. Tahniah kerana kau berjaya membaca sehingga habis. Jika kau baca post ini melalui Facebook, klik "Like" kalau kau suka post ini. Yeah!

p/s: Kepada pelajar Lukisan Terbantu Komputer (J3007) SKM4 semester Dis10, aku minta maaf kerana tidak memuat naik lagi nota J3007 seperti yang dijanjikan. Fail yang ada aku telah rosakkan. Proses mengganti fail yang rosak sedang dilakukan. Harap maklum.

Friday, December 10, 2010

Loghat Terengganu

Aku bukanlah penutur loghat Terengganu yang asli. Hanya lima tahun di Terengganu, masih banyak lagi perlu aku belajar. Adat perantau, dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Masuk kamdang harimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek.

Tempoh hari, terjumpa di suatu ekspo di Kuala Terengganu, ada baju yang memaparkan beberapa loghat Terengganu yang sering digunakan.



Senyum sokmo - Senantisa senyum
Guana gamok - Macam mana, apa cerita, apa khabar
Relek betor - Berehat sebentar
Kembang gatung - Berkemban
Come lote - Comel, cantik
Hudoh lepang - Sangat hodoh
Tawo hebe - Sangat tawar, tiada rasa
Masing rebing - Sangat masin
Berat nanang - Sangat berat
Ringan lepong - Sangat ringan
Dok Auuu Gok - xxxxxxx
Keteh keleh seyum -xxxxx
Pakat gie belaka - Jom pergi beramai-ramai
Lawo nyee - Sangat cantik
Kawang kenang benor - Saya sangat berkenan, tertarik
Jupe mung di nung - Jumpa anda di sana

Tak pasti sama ada terjemahan di atas betul atau tidak. Orang Terengganu, tolong betulkan!

Thursday, December 09, 2010

Warung Pau Gebu

Mersing. Antara bandar yang paling tidak berserabut di Johor. Terletak di pantai timur Johor, Mersing menawarkan pesisir pantai yang cantik dan panjang. Boleh dikatakan Mersing dan pantai adalah sesuatu yang sinonim. Seringkali, warga Johor yang mempunyai cuti singkat, akan ke Mersing untuk melihat pantai dan melegakan tekanan kerja. Ahhh...lupakan sahaja cerita pantai. Kerana aku di Dungun amat kerap melihat pantai.

Ramai yang tidak tahu, ada satu gerai tepi jalan yang menjual pau sebagai menu utama. Terletak di Sri Lalang, Mersing, gerai tersebut hanya kira-kira 2km dari bulatan 50sen bandar Mersing.


Boleh dikatakan gerai tersebut sentiasa penuh setiap kali aku melalui Mersing tatkala ingin pulang ke Bandar Tenggara dari Dungun atau dari Dungun ke Bandar Tenggara.


Gerai tersebut ada juga menyediakan masakan panas, tetapi majoriti pengunjung memesan pau sebagai menu utama mereka. Inti pau di gerai tersebut biasa sahaja. Sekadar inti yang klise dan biasa seperti kacang, kaya dan kelapa. Tetapi, adunan tepung pau yang "cara" memang menambat selera. Jika sekadar memakan pau tersebut tanpa inti, kau akan tetap merasai kenikmatannya. Dengan harga 70sen, aku kira ia cukup murah berdasarkan kesedapan dan saiz paunya.


Akan tetapi, yang menjadi misteri, memakan pau tersebut sebanyak 4 biji masih belum mengenyangkan aku. Hermmmm.....

Wednesday, December 08, 2010

Cendol Pekan

Kalau kau melalui Bandar Diraja Pekan, jangan lupa singgah menikmati cendol di tepi sungai Pahang.






Di sini, tiada protokol, tiada pelayan yang genit, tiada penyambut tetamu dan tiada meja. Yang ada hanya cendol, orang dan tempat duduk.


Ini cendol mamak sebenarnya. Tidak gerai, hanya menggunakan lori bergerak sahaja.



Sangat seronok makan cendol di sini. Kau makan cendol dengan ditemani angin sepoi-sepoi bahasa, di tepi jalan yang redup, di tepi sungai Pahang yang semakin keruh airnya.


Sangat seronok bercerita hingga terlupa mengambil gambar cendol. Hanya dua mangguk cendol yang kosong menjadi tatapan kau semua.


p/s: Kau boleh jumpa lori cendol bergerak itu di hadapan deretan pasar besar Pekan, Arked Pekan, Shell dan Petronas.

Tuesday, December 07, 2010

Diploma Urutan Melayu





Politeknik Malaysia telah mengadakan kursus baru yang amat menarik aku kira, Diploma Urutan Melayu.

Barangkali ada yang berfikiran nakal, sinis dan septikal terhadap pengajian diploma tersebut. Aku pasti akan ada yang terbayang wajah gadis-gadis dari China dan Indonesia yang genit dan memberahikan tatkala mendengar perkataan 'urutan'. Tidak hairan pada aku kerana sering dipaparkan oleh berita televisyen arus perdana tentang serbuan oleh pihak berkuasa terhadap rumah 'urut'.

Tapi, seharusnya kau perlu tahu bahawa penyakit strok tidak dapat diubati oleh perubatan moden, tapi boleh dirawat dengan kaedah urutan melayu dan akupuntur cina. Kau juga perlu tahu bahawa ada hampir sedozen hospital di Malaysia yang mewujudkan Unit Perubatan Tradisional dan Komplimentari; yang mana urutan melayu turut terkandung dalam senarai perkhidmatan yang ditawarkan. Kau juga harus tahu bahawa ada sejumlah IPT yang menawarkan diploma dan ijazah dalm bidang urutan melayu dan perubatan alternatif.

Sebetulnya, aku tidak pasti politeknik manakah yang menawarkan kursus tersebut. Politeknik Shah Alam barangkali. Owh, jangan terdetik di hati kau "Aik? Kau kan pensyarah politeknik? Tak kan la tak tahu?"

Kau semua harus tahu bahawa di Malaysia terdapat kurang lebih 2 dozen politeknik dan beribu poliklinik dan berpuluh-puluh program pengajian yang ditawarkan. Banyak perkara lagi harus aku fikirkan berbanding perkara di atas. Hahahahahaha

Monday, December 06, 2010

Kepada Pelanggan Yang Dihormati


Sewaktu membeli-belah di MydinMall Kuala Terengganu, terjumpa satu tampalan di kaunter pembayaran seperti gambar di atas. Satu usaha yang baik supaya juruwang akan lebih berhemah dengan pelanggan. :-)

Sunday, December 05, 2010

Saturday, December 04, 2010

Membasuh Pinggang

Tahniah kepada pelajar Teknologi Kejuruteraan Loji J4100 Politeknik Dungun sesi Julai 2010 yang lulus cemerlang. Kepada yang gagal, cuba lagi semester ini.

Antara soalan yang mencabar sifatnya adalah "Nyatakan aplikasi dandang air panas". Ada yang menjawab "membasuh pinggang"

Aku cuba membayangkan bagaimana pinggang aku di basuh dengan air panas. Pasti melecur kulit pinggang aku.
Seterusnya aku cuba membayangkan bagaimana pinggang aku di basuh dengan air panas yang bertekanan tinggi. Bukan sahaja pingggang aku melecur, buah pinggang aku rasanya turut akan rosak. Huhuhuhuhuhu

Jawapan sepatutnya adalah "membasuh pinggan".

Friday, December 03, 2010

Masjid Terapung

Kalau kau singgah di Kuala Terengganu, jangan lupa singgah di Masjid Terapung. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Tengku Tengah Zaharah. Terletak di Kuala Ibai dan berhampiran dengan Terengganu Equestrian Resort (TER).

Sebetulnya masjid ini tidaklah terapung di atas air. Cuma, tiang asasnya di benamkan ke dasar tasik. Ia kelihatan terapung bila air tasik naik dan menutupi binaan tiang asasnya.

Sebetulnya juga, aku kurang gemar berhenti di masjid ini. Barangkali kerana aku sudah kerap je sana. Mungkin juga kerana aku sudah kurang bersiar-siar di sekitar Kuala Ibai. Kemungkinan juga masjid tersebut agak serabut kerana ramai pelancong yang ingin ke sana.



Thursday, December 02, 2010

Anak Luar Nikah


Aku tak ingat di mana aku mengambil gambar di atas. Tapi, yang pasti aku mengambil gambar tersebut di dalam tandas.

Barangkali penulis tersebut mempunyai jiwa yang kacau. Barangkali juga sememangnya beliau anak luar nikah. Kasihan...

Wednesday, December 01, 2010

Tempat Letak Kereta Yang Canggih Di Pasar Payang

Sebelum kecanggihan tersebut berlaku, jika kau hendak meletak kereta di atas Pasar Besar Kedai Payang, akan ada kerani bertugas di laluan masuk tempat letak kereta dan menulis masa kau masuk ke tempat letak kereta itu. Kemudian, apabila kau hendak keluar dari tempat letak kereta tersebut, kau harus menghulurkan kertas tercatat masa kau masuk tadi kepada kerani di laluan keluar tempat letak kereta. Lalu, kau akan dikenakan caj RM0.80 bagi setiap jam.

Namun, memandangkan Kuala Terengganu telah bertaraf bandaraya, kerani pada laluan masuk telah diganti dengan suatu mesin yang semi-automatik sifatnya.


Apabila kau menekan butang pada mesin tersebut, palang ke laluan masuk tempat letak kereta akan terbuka dan akan keluar resit masa masuk kau yang bercetak komputer.


Tapi, pada bahagian keluar, kerani masih dikekalkan.