Friday, November 23, 2012

Salah Guru Mengajar

Barangkali ada yang mengatakan bahawa guru hanya di sekolah. Tapi, sebenarnya, bak kata Saidina Ali, kalaupun seseorang itu mengajar satu batang alif pada kau, beliau tetap dianggap sebagai guru. Ini termasuklah guru mengaji kau, guru silat kau mahupun rakan kau yang menerangkan kepada kau tentang kitar Carnot balikan.

Juga, pensyarah politeknik juga adalah guru. Dan itu merangkumi aku. Mengajar manusia tentang ilmu dunia. Ilmu fardu kifayah. Yang mana kalau aku buat, kau tak payah!

Sebelum ini, aku tidak pernah terkesima ataupun jiwa terganggu tatkala menanda kertas jawapan pelajar. Entah kenapa, semester ini aku merasa demikian. Owh!





Markah penuh adalah 100! Owh!

Barangkali ada yang beranggapan bahawa budak ini bodoh dan malas belajar. Tapi sebenarnya aku lebih merasa kasihan kepada pelajar ini. Mungkin ada pendekatan pengajaran aku yang tak berapa betul. Mungkin juga beliau kurang cekap dengan subjek ini. Mungkin juga beliau tidak meminati kejuruteraan tetapi dipaksa oleh orang lain untuk mempelajari kejuruteraan.

Kes ini, mengingatkan situasi aku sendiri kira-kira 16 tahun lepas. Aku pernah mendapat markah 2/100 bagi subjek Bahasa Arab! Hahahahaha. Lalu, Ustazah Rokiah beritahu aku, "Markah 2 ni pun markah kasihan, kalau tak kosong. Saya rasa awak tak berbakat dalam bahasa arab". Aku betul-betul terkesan dengan pesanan itu. Lalu, usai PMR aku tidak meneruskan pengajian bahasa arab. Ternyata pesanan Ustazah Rokiah itu berbaloi untuk menjadikan aku sekarang.

Dan markah 2 yang aku beri itu pun sebenarnya markah kasihan.

Thursday, November 22, 2012

Ulasan Buku: Ustaz Azhar Idrus - Daie Sejuta Umat

Siapa yang tak kenal dengan Ustaz Azhar. Peceramah agama Terengganu. Ceramahnya mampu menarik ribuan orang. Ternyata beliau ada pesona tersendiri.

Buku ini, aku kira antara sepuluh teratas dalam carta buku popular. Bukan sekadar buku ini sahaja, buku yang berkenaan dengan UAI pasti laris dijual. Hinggakan aku pernah lihat sebuah kedai buku menyusun buku ini setinggi aku!

Penulis buku ini Riduan Mohamad Nor. Aku rasa beliau ada tulis buku-buku lain, tapi aku tak ingan judulnya. Penulis, menulis tentang sisi sebenar UAI. Merangkumi kehidupannya, asalnya dan pengalamannya. Memang menarik! Tapi jujur, gaya penulisan agak kurang menarik. Banyak susunan ayat dan perkataan yang berulang. Paling banyak aku rasa perkataan "SOSOK". :-)

Sebetulnya, separuh buku ini perihal mengenai UAI. Manakala separuh lagi adalah koleksi soal jawab UAI. Banyak soalan pelik dan lucu. Nak tahu? Kena beli sendiri la beb!


Wednesday, November 21, 2012

Takde Sivik Punya Orang!

Gambar satu. Di rakam di Pasar Besar Kedai Payang Kuala Terengganu. Aku ingat pemandunya memang OKU. Tapi, sihat wal afiat! Siap usap-usap perut lagi! Hahahahaha



Gambar dua. Di rakam di UMT. Ini kiranya tiada sivik secara beramai-ramai. Siap basikal pun tumpang sekaki. Hahahahahah



Tuesday, November 20, 2012

Klinik 1Malaysia Batu 6

Lagi inisiatif dari DS Najib. Tapi, seperti post terdahulu, belum pasti ya aku undi BN. Hahahahahaha



Juga, seperti post terdahulu, jangan kau skeptikal terhadap Klinik 1Malaysia. Kau kau di Dungun, dan malas hendak menunggu untuk di rawat di Hospital Dungun, aku cadangkan ke klinik ini. Klinik ini terletak di Taman Cina Batu 6 Dungun.



Tapi, pada hemat aku, struktur pentadbiran di klinik 1Malaysia hampir menyamai klinik kesihatan kerajaan yang biasa. Tiada doktor di sini. Kau hanya akan dirawat oleh pembantu perubatan. Kau juga perlu tahu, bahawa pembantu perubatan hanya akan memberi kau ubatan yang asas, tanpa antibiotik.



Setakat deman pening sikit-sikit, aku cadangkan kau ke sini sahaja. Orang tak ramai di sini. Tak perlu menunggu lama.



Biasanya, di Dungun, kalau jam 5petang - 8malam, kebanyakan klinik swasta sudah tutup/berehat. Memandangkan klinik 1Malaysia dibuka 10pagi-10malam, makanya kau boleh mendapat rawatan segera pada waktu petang.



Sekali lagi diingatkan bahawa, buang skeptikal kau tu dalam longkang. Servis di klinik 1Malaysia ini agak cemerlang. Senyum memanjang je pembantu perubatan, nurse dan pakcik yang jaga kaunter tu. Terbaik dari kebun!





Sunday, November 18, 2012

Kedai Rakyat 1Malaysia Pulau Serai

Terima kasih DS Najib kerana mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia. Saya sayang DS Najib. Tapi undi belum tentu lagi ya. Sebab undi itu rahsia! Hahahahaha



Skeptikal. Ramai beranggapan bahawa barang KR1M tidak berkualiti. Barangkali terpengaruh dengan pendedahan Tony Phua dan Nurul Izzah lama dahulu. Aku yakin bahawa ada bahagian yang didedahkan oleh dua orang MP PKR itu ada benarnya. Tapi, pada aku masih banyak lagi barang lain di KR1M yang berkualiti.



Aku melihat KR1M dari sudut pandang pelanggan. Pada hemat aku, adalah adil untuk kita membayar kurang pada kualiti yang kurang sedikit. Aku sempat sambar beberapa barang di KR1M ni. Antaranya, sabun basuh, tisu, kurma dan berus gigi. Jujur, aku sangat berpuas hati dengan kualiti kurma dan tisunya. Murah. Tetapi jauh lebih berkualiti dari yang ada di pasaran.



Selain itu, ada juga rakan yang mengatakan bahawa susu pekat di KR1M mempunyai kualiti yang baik dari yang ada di pasaran. Yang paling tak berkualiti pada aku dia punya minuman coklat. Kalau nak dibanding dengan Milo atau Radix Koko memang macam langit dengan bumi. Warnanya nampak pekat, tapi rasa cair. Hahahahaha. Tapi okey la kan. Harga dia memang jauh lebih murah dari Milo.





Paling memikat di sini, layanan stafnya. Setiap kali kita masuk atau keluar sekuntum senyuman dan ucapan selamat diberikan.



Jadi, pada aku, kau jangan dengar sangat apa kata orang tentang KR1M. Pergi dahulu dengan meninggalkan skeptikal kau di dalam longkang.


Saturday, November 17, 2012

Bersih Mengikut Syariat

Dalam memori aku, sewaktu kecil dahulu, menjelang hari raya, arwah Yayi aku akan membeli beberapa peti air botol berkarbonat. Botolnya barangkali sebesar botol kicap saiz kecil. Atasnya ditutup dengan ceper. Botol-botol itu disusun di dalam peti kayu. Kalau tak silap aku, peti itu boleh memuatkan 24 botol.

Masa berlalu. Lama aku tak melihat botol seperti itu. Sekali-sekala, sewaktu hari raya, aku akan berjumpa dengan botol tersebut di kampung-kampung di Pontian dan Muar.

Tetapi, tempoh hari, sewaktu bercuti di Setiu, aku kembali melihat botol itu. Mungkin rupa parasnya tidak sama 100% dengan yang ada dalam nostalgia aku, tapi itu sudah cukup untuk membuatkan aku tertarik.



Aku difahamkan, di Kelantan dan utara Terengganu, botol seperti ini masih popular.

Tapi, paling menarik, tagline pada botol tersebut. "Bersih Mengikut Syariat". Memang terbaik dari kebun! Hahahaha


Friday, November 16, 2012

Char Kuew Tiow Orang Mude

Kalau kepingin makan Penang Char Kuew Tiow, aku kini tidak lagi perlu memandu selama 9 jam untuk ke Pulau Pinang untuk menikmatinya. Perjalanan 9 minit dari rumah sewa aku di Dungun memadai untuk aku menikmati Char Kuew Tiow.

Terletak di Gong Pasir. Atau lebih tepat berhadapan simpang masuk ke Taman Rakyat Dungun, rasa Char Kuew Tiow yang disediakan tidak mengecewakan. Kuahnya pekat. Kuew Tiow nya nipis. Udang yang sederhana banyak. Ternyata cukup memikat.



Akan tetapi, seperti biasa di mana-mana kedai di Dungun, harganya sedikit mahal pada pandangan aku. Tapi, kerana kualiti masakannya, aku tidak kisah untuk berbelanja lebih.

Semasa duduk menikmati Char Kuew Tiow di kedai Orang Mude ini, aku perhatikan yang tukang masaknya tidak putus-putus memasak. Memang kelihatannya tiada orang di kedai tersebut, tapi, ramai pelanggan yang datang dan membungkus.



Kesimpulannya, walaupun barangkali ada yang ber[endapat bahawa rasanya tidak sama seperti "Penang Mari", tapi ternyata aku lebih sanggup untuk ke sini dari memandu 9 jam untuk menikmati Char Kuew Tiow.