Sunday, June 09, 2013

Bot Penambang Kuala Terengganu

Sudah lebih 7 tahun aku menetap di Kuala Terengganu. Dalam tempoh itu, bermacam perkara telah aku lalui. Yang paling terkesan adalah aku telah "tersangkut" dengan makwe Terengganu. Huyeeh!

Juga, loghat Terengganu aku semakin baik. Malah, terkadang aku lebih cekap mentafsir maksud percakapan orang Hulu Terengganu yang agak pekat dan lebih berdengung berbanding Pn. Nurul sendiri. Huyeeh! Huyeeh! Ini kerana ramai juga pelajar aku berasal dari daerah itu. Cuma, sebutan aku kurang baik, kerana otak aku masih menggunakan Bahasa Melayu Johor-Riau sebagai bahasa rasmi.

Sepanjang tempoh itu juga, aku belum pernah sekali menaiki bot penambang. Bot penambang ni merupakan salah satu pengangkutan orang dari Seberang Takir dan Pulau Duyung untuk ke pusat bandar Kuala Terengganu di Pasar Payang. Ramai orang luar tidak tahu mengenai kewujudan bot penambang ini, kerana ia kurang didedahkan sebagai ikon pelancongan negeri Terengganu.








Sebetulnya, Pn. Nurul telah lama mencabar aku untuk naik bot penambang. Ialah, mungkin kerana aku seorang yang takutkan air (itu tidak bermaksud aku spesis kambing) maka beliau berani mencabar aku. Cis!

Lalu, minggu lepas, aku menyahut seruan itu. Tapi, bukan aku seorang sahaja. Malah, abang ipar, kaka ipar, mak mertua, anak-anak sedara dan Pn. Nurul sendiri juga kepingin untuk menaiki bot itu. Bukan kerana mereka tidak pernah naik seperti aku, tetapi mereka ingin mengenang masa lampau, tatkala mereka tinggal di Telaga Daing, Seberang Takir, sebelum berpindah ke Pulau Rusa.

Cadangnya, hanya untuk naik dari Jeti Pasar Payang ke Jeti Seberang Takir. Tetapi, atas rundingan yang bijak dari Pn. Nurul, beliau berjaya memujuk pemandu bot untuk menyusuri Sungai Terenggganu, dengan harga hanya RM40.



Harga RM40 itu relatifnya murah. Jika kau naik dengan bot yang sedikit eksklusif beserta pemandu pelancong di Taman Tamadun Islam (TTI), bayaranya adalah RM25 sekepala (kalau tak silap aku). Tapi, diskaun akan diberikan jika naik dalam kumpulan yang ramai. Lebih berbaloi juga kalau ambil pakej sekali dengan masuk melihat monumen replika di TTI.



Ok, bot yang kiranya kami sewa khas itu akan bertolak dari Jeti Pasar Payang ke Jeti Seberang Takir. Ini kerana sebelum kami, sudah ada penumpang hendak ke Seberang Takir. Dalam perjalanan ke Seberang Takir, bot singgah sebentar untuk menghantar seorang pekerja kapal yang sedang berlabuh.



Dari Seberang Takir, bot melintasi Pulau Duyung dan membuat pusingan U di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man. Kalau kau nak ke Muzium Terengganu, boleh saja meminta pemandu bot untuk mendaratkan kau di sana.



Dari TTI, bot patah balik kebali ke Jeti Pasar Payang. Perjalanan aku kira lebih kurang 45 hingga 60 minit.

Sepanjang perjalanan, kelihatan banyak limbungan-limbungan kapal milik penduduk tempatan atau syarikat pembuatan kapal. Juga, kelihatan bot-bot nelayan di parkir di beberapa jeti kecil, milik kampung.





Juga, kelihatan Ri Yaz Haritage yang menjadi tempat perlumbaan kapal layar Moonsun Cup.



Menghampiri kembali ke Jeti Pasar Payang, kelihat pelbagai markas penguatkuasa dan jabatan kerajaan berkaitan maritim seperti APNM, Polis Marin dan Kastam.



Memang seronok sesekali menyusuri sungai Terengganu dengan cara ini, pada harga yang lebih murah. Tapi, keselesaan sedikit tergadai. Enjin diesel yang digunakan bot aku terletak di tengah perut bot dan ini menyebabkan orang di dalam bot terpaksa berkomunikasi dengan bahasa isyarat. Hahahaha.


Saturday, June 08, 2013

Bukit Bauk 2.0

Seringkali, err... banyak kali sebenarnya aku berazam untuk menurunkan berat badan. Namun, aku kurang gemar menurunkan berat badan dengan bermacam ubat atau alat untuk kurus. Aku lebih suka kurus dengan cara yang konvensional - bersenam dan jaga makan!

Sementelaah budak politeknik sekarang tengah bercuti, aku pun berada dalam mood cuti. Tapi, masih lagi juga kena pergi kerja. Cumanya, kerja agak ringan dan santai. Kurang tekanan dateline untuk habiskan silibus. Pada waktu ini lah aku boleh semak nota aku,  buat literature study, house keeping bengkel, semak lab sheet dan macam-macam lagi.



Dan, macam-macam itu termasuk mendaki Bukit Bauk! Ketika post ini ditulis, sudah nak masuk minggu keempat aku naik ke Bukit Bauk setiap pagi! Wow! Hahahahaha



 Mulanya, pada minggu pertama, ada la peneman daripada rakan-rakan yang sealiran. Malangnya, sejak separuh minggu kedua, aku mula mendaki secara solo. Hampeh betul mereka itu. Hahahahah



Tapi, memandangkan sekarang musim cuti sekolah, tidaklah begitu bosan mendaki Bukit Bauk. Suasana Bukit Bauk agak meriah pada musim cuti sekolah. Ibu bapa mengambil kesempatan beriadah bersama anak-anak.



Bermacam gelagat aku jumpa dalam tempoh menghampiri empat minggu antaranya:-

1- Ada pengunjung yang mendaki Bukit Bauk dengan basikal. Tempoh hari, seorang pembasikal senior keletihan tatkala mendaki ke puncak. Lalu, penyelesaiannya, basikal itu dituntuni sahaja.

2- Ada juga, pembasikal junior, atlit pelapis barangkali, mendaki Bukit Bauk sebanyak 5 kali berterusan dalam tempoh sejam! Wooha! Aku sekali turun naik dalam tempoh sejam lebih pun rasa macam nak pengsan.  Hebat budak-budak ni. Boleh jadi Raja Bukit LeTour De Langkawi!

3- Ada makcik tu selamba naik dengan baju kurung. Umurnya pun aku agak hampir 60 tahun. Sempoi la makcik!

4- Juga, ada juga pakcik mendaki dengan berbaju batik, berseluar slack dan berkasut kilat muncung tajam. Aku musykil.

5- Sebuah motosikal nyaris melanggar seorang awek yang terbaring keletihan di tengah-tengah jalan. Cekap betul pemotosikal itu. Aku rasa dia dulu pernah lumba Cub Prix

6- Ada seorang doktor gigi yang akan membawa plastik kosong apabila mendaki. Bila turun, beliau akan kutip semua sampah yang dia nampak. Sampai bawah, 3 plastik giant sederhana besar penuh. Lalu beliau mengulas kepada aku "orang kita takde sivik"

7- Ada satu laluan ke puncak. Masa tu aku rasa tinggal aku seorang kat puncak tu. Entah macam mana, tanpa angin, satu daunan pokok bergoyang. Pokok tak goyang, dahannya pun tak berapa goyang. Misteri. Tapi, bila aku ceritakan pada doktor gigi di atas, beliau kata laluan tu kawasan bunian. Wallahualam...

8- Kebanyakan orang cina bila turun mereka akan buka kasut. Tak tahu mengapa. Tidak pula aku bertanya.

9- Ada dua orang awek yang naik bukit bauk pakai selipar comel macam nak pergi kenduri kahwin. Naik ok la, masa turun aku tengok macam azab je diorang nak berjalan. Huhuhu

10- Ada pendaki yang kepenatan akan menumpang kenderaan 4 wheel pekerja-pekerja menara pencawang di Bukit Bauk apabila turun. Letih benar nampaknya.

11- Pernah terserempak dengan kala jengking, warna ungu. Nampak garang kala jengking itu.




Itu baru hampir empat minggu. Kalau empat dekad mungkin aku dah boleh tulis buku yang bertajuk "Bukit Bauk Bersama Roshaizul"

Hahahaha.



Friday, June 07, 2013

hafizrahim.com << Blog yang kacak

Ini antara blog kesukaan aku. Maka, tidak hairanlah ia dimasukkan di dalam senarai tag "laman web kesukaan roshaizul".

Memandangkan aku masih dalam mood Buat Duit dengan assignjobs.com, makanya blog ini sebenarnya menjadi panduan aku untuk mencari buat duit dengan mudah, menggunakan platform blog yang mudah dan murah.

Jujurnya, blog ini lebih kepada blog informasi. Tapi, tulisannya sangat santai dan boleh dibaca dengan mudah oleh rakyat marhein macam aku.  Jadi, dengan gaya penulisan yang santai, informasi yang disampaikan boleh dihadam dengan mudah. Kebanyakan informasi yang disampaikan lebih kepada topik buat duit, perniagaan dan keusahawanan.

Kerana kesantaian cara penulisannya, blog ini boleh juga dianggap sebagai blog yang kacak. Ialah, orang yang kacak, biasanya beliau cool dan santai sahaja. Sama macam blog ini. Dan sama sebagai tuan punya blog ini, bolehh dikategorikan sebagai blogger kacak. :-)

Tapi, bagi orang baru yang baru kenal tentang topik buat duit, perniagaan dan keusahawanan, blog ini amat sesuai dijadikan reading list.


 Jom pergi ke http://hafizrahim.com/

Roti Tempayan Dungun

Ini, merupakan post kali ketiga aku menceritakan mengenai roti tempayan. Kesemuanya di Terengganu, tapi, berlainan kawasan. Barangkali aku mempunyai penyakit gila nombor 49: suka post cerita roti tempayan. Hahahaha

Sebelum ini aku bercerita tentang roti tempayan di Gong Balai dan Line Clear Kelulut. Tapi, sebenarnya roti tempayan ada juga di Dungun. Malang sungguh nasib aku kerana lambat mengetahui. Hayish!

Kedai ini terletak di tepi jalan besar Kuantan-Kuala Terengganu. Tapi, dalam kawasan Dungun. Lebih spesifik, ia terletak antara lampu isyarat Shell baru Dungun dengan lampu isyarat ke UiTM Dungun. Kalau kau dari Kuantan, kedai ini terletak di sebelah kiri kau.

Kedai ini berkembar dengan rumah penduduk. Sebelahnya lagi satu juga rumah penduduk. Dan sebelah rumah penduduk itu ada kedai makan yang lain. Kedai ini agak suram pencahayaannya. Jadi kau kena sangat awas tatkala mencari kedai ini.






Roti tempayan dia memang sedap, walaupun dimasakkan menggunakan dapur gas, bukan arang. Sedap sikit dari dua kedai sebelum ini. Kari kambingnya pula biasa-biasa sahaja. Kalau yang tak tahan bau kambing, pasti akan terjeluak!






Tempoh hari, aku pergi ke kedai itu bersama Pn. Nurul. Memandang beliau anti kambing, dan kurang gemar roti tempayan yang dicicah dengan lain-lain kari, beliau memilih untuk memakan Mee Udang. Mee udangnya bukan sekadar nampak sedap. Tapi memang sedap! Tanpa sedar aku telah mengahabiskan separuh mee itu apabila ditawarkan oleh Pn. Nurul untuk merasa mee tersebut.



Selain Mee Udang, ada juga Char Kuew Tiow, Nasi Lemak dan semua jenis masakan panas. Jadi kedai ini memang banyak pilihan.

Kalau kau tak faham lokasi kedai yang aku ceritakan, boleh saja kau menelifon kedai itu ditalian 0179897791.

Thursday, June 06, 2013

PERKAYA Inn, Marang

PERKAYA, singkatan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (aku tak berapa pasti, mungkin la kot)

Dinaungi oleh sekumpulan ahli politik dan usahawan tempatan, PERKAYA juga mendapat tajaan dari MAIDAM.

Akan tetapi, atas inisiatif sendiri, PERKAYA juga membina semacam rumah inap yang disewa kepada orang luar. Rumah inap ini diberi nama PERKAYA Inn. Dengan hanya sewa sebanyak RM50 semalam, ia sangat berbaloi!

Pintu masuk. Ambil gambar malam. APTB!

Biliknya memang luas. Kalau setakat 10 orang dewasa memang selesa. Bilik dilengkapi 1 katil queen, 1 katil bujang, satu set meja makan, satu almari, satu meja solek, satu televisyen, satu rak televisyen, penyaman udara, cerek elektrik dan peti ais. Juga, dilengkapi satu bilik mandi dan satu tandas.






 Juga, disediakan juga kopi segera untuk dua orang. Sama standard macam hotel! Tapi, kalau kau duduk 10 orang, lapan orang lagi kena minum kopi kat luar. Hahahahaha

Ada lapan bilik kesemuanya di sini. Selain penginapan bilik, ada juga disediakan penginapan dorm. Ada dua dorm yang boleh memuatkan 20 orang pada setiap dorm.

Selain bilik dan dorm, masih dalam kawasan yang sama, ada semacam mini dewan. Dalam satu bangunan dengan mini dewan itu terdapat juga mini dewan makan. Jadi, kalau nak buat aktiviti macam kem motivasi atau sebagainya untuk 40 orang lebih, boleh saja di buat di sini.

Semua yang di atas, aku cerita yang bagus. Tapi ada yang tak bagus. Yang tak bagusnya, PERKAYA Inn ni terletak dalam kawasan PERKAYA. Jadi, kau tak boleh keluar masuk antara jam 12 malam hingga 6 pagi. Sebab masa tu pintu pagar berkunci. Tapi, jika kebetulan pakcik yang jaga pintu pagar tu masih berjaga, atau terjaga, atau kau kejutkan dia, boleh saja kau keluar jam 2 pagi.

Ok, suka tak dengan tempat ni? Kalau suka, dengan bersegera hubungi nombor di bawah.



Saturday, June 01, 2013

Buat Duit dengan assignjob.com

Jarang sekali aku menulis dalam bab buat duit. Hahahahaha

Ok, kali ini serius. Sebab bab buat duit ni kena serius! :-)

Sebenarnya, ini merupakan web yang baru. Aku rasa kurang seminggu ia dilancarkan. Konsepnya sama lebih kurang dengan fiverr.com atau murahnya.my. Cuma, aku rasa interfacenya agak santai dan tidak berserabut.

Dalam web ini kau boleh mengupah orang lain atau membuat kerja orang lain dengan bayaran $1.00. Tapi, aku rasanya, kerja yang kau tawarkan harusnya bersesuaian dengan nilai. $1.00. Takkan lah nak suruh buat artikel 1000 patah perkataan dengan upah $1.00.

Memandangkan, web ini baru lagi, tiada banyak kerja yang ditawarkan. User masih ada kurang 5 orang pada masa ayat ini ditulis. Tapi, admin telah menyediakan dua kerja untuk mudah untuk dilaksanakan.

Aiseh, panjang tulis, tak bagitau apakah websitenya. Ok, kau boleh ke http://www.assignjobs.com/

Untuk mendaftar sila ikut langkah berikut

1. Pergi ke http://www.assignjobs.com/

2. Pada hujung atas kanan, klik "Join For Free"

3. Kemudian, isi maklumat-maklumat yang diperlukan. Dan tick kedua-dua ruang di bawah. Siap? Klik "Sign Up"

4. Kemudian, dia akan hantar link confirmation ke emel kita. Klik yang dalam emel tu untuk pengesahan.

5. Siap! Kau sudah berdaftar, dan automatik kau mendapat $2.00.


------------------------------------------------------------------------

Ok, sekarang peneragan untuk buat kerja yang ditawarkan.

1. Login. Kemudian, klik "Available Job" pada kiri skrin

2. Ok, sekarang klik mana-mana job yang ada yang kau rasa boleh buat.

3. Baca deskripsi tugas. Kalau rasa yakin boleh buat apa lagi, klik "Apply for this Job"

 4. Kemudian, sekali lagi dia akan beritahu langkah kerja yang perlu kau buat. Ikut je. Dan, akhir sekali dia akan minta bukti screen shoot / print screen job yang telah kau buat.


5. Bila dah siap job, print screen kerja yang telah dibuat. Berikut contohnya

6. Buka web http://imageshack.us/

7. Klik "Browse" dan pilih gambar print screen tadi. Pada bahagian Image Size, pilih Do Not Resize. Kemudian klik Upload Now.

8. Bila dah siap, klik pada "Continue To Image Link"

9. Kemudian, copy "Direct Link" dan paste pada seperti langkah no 4 di atas.





10. Dari langkah no 4, boleh klik terus 'Submit". Job kau akan di review dulu oleh tuan punya job itu. Kalau ok, barulah dibayar...

Panjang aku menulis kali ni. (Panjang ke?) Hahhahah. Nantikan sambungan cerita ini pada post akan datang. Pada post akan datang aku akan tunjuk cara untuk dapat hasil dari setiap kawan kau yang kau refer ke web tersebut. Jadi, apalagi cergaskan diri ke http://www.assignjobs.com/