Showing posts with label jambu bongkok. Show all posts
Showing posts with label jambu bongkok. Show all posts

Friday, February 03, 2012

Jagung Merchang

Sebetulnya, aku tak pasti kawasan sebenar tempat ini berada. Yang aku pasti, ia berada di jalan pantai Dungun-Kuala Terengganu, selepas Rantau Abang dan Jambu Bongkok kalau kau dari Dungun.

Pada kawasan ini, ada lebih 40 gerai yang menjual jagung sebagai komoditi utama. Mula-mula aku membeli jagung di sini pada harga RM1 bagi sebiji jagung. Kini harganya lebih kurang 6 atau 7 biji jagung bagi setiap RM10.



Kebanyakan jagung di sini dijual mentah atau direbus. Akan tetapi, ada beberapa gerai yang menjual jagung bakar pada kadar RM2.50 sebiji.



Selain jagung, kebanyakan gerai juga menjual kacang tanah; secara mentah atau yang siap direbus. Tidak ketinggalan, turut dijual produk lain di beberapa gerai di sini. Antaranya madu, jelly kelapa, air minuman, nira kelapa dan aneka kerepek/keropok.




Sebelum kahwin dulu, amat jarang aku membeli jagung. Tidak hairan kerana aku bukan penggemar jagung sejati. Tapi, memandangkan jagung merupakan makanan ruji Pn. Nurul yang ketiga selepas nasi dan keropok lekor, boleh dikatakan setiap bulan beliau akan membeli jagung.



Akan tetapi, terkadang, ada sesetengah gerai yang menjual jagung yang kurang kualiti. Barangkali kurang manis, kurang masak, terlalu tua atau sudah rongak. Juga, kalau membeli kacang tanah rebus, terkadang ia sedikit berbau. Aku syak bau itu terbit dari pencucuian kacang tanah yang tidak sempurna. Atau kalau yang lebih keji, kacang itu tidak dibasuh!

Tapi, kalau kau masih kepingin jagung dan kacang tanah yang sedap, aku cadangkan kau singgah di gerai yang betul-betul berhadapan dengan stesen minyak Shell. Layanannya bagus dan boleh tawar menawar. Juga, kualitinya amat jarang mengecewakan.

Monday, February 15, 2010

Hutan Lipur Jambu Bongkok


Sebetulnya, aku memang tak pernah ke tempat ini walaupun sudah empat tahun aku menetap di Dungun. Sebetulnya juga, aku amat kerap melihat papan tanda tempat ini yang terletak di Rantau Abang di jalan Dungun-Kuala Terengganu.

 
  

Entah bagaimana, pada suatu ketika aku terasa ingin ke Hutan Lipur Jambu Bongkok. Fikir aku mulanya, barangkali ada air terjun di dalam sana.


Sampai di sana, sangkaan aku meleset. Tiada air terjun di situ. Pada bahagian hadapan Hutan Lipur Jambu Bongkok hanya kedapatan sepertinya resort atau kem tinggal. Lengang dan tidak berpenghuni. Terkadang kelihatan kelibat manusia mengintai di balik pondok usang.
 
  
 

Manakala di bahagian belakangnya pula, terdapat tasik buatan (barangkali) yang di bina di kawasan paya. Tasik ini menjadi tumpuan kaki pancing. Banyak ikan di situ, agaknya. Menariknya di bahagian ini, terdapat pondok dan titi yang menghubungkan antara pondok. Memang menarik. Tapi, sayangnya tempat ini tidak dijaga rapi.
 
 

Tetapi, kawasan berpaya ini dinamakan sebagai Hutan Lipur Rantau Abang. Aku tak pasti sama ada ia adalah nama lama bagi Hutan Lipur Jambu Bongkok atau kedua-duanya adalah dua tempat yang berbeza. Sepengetahuan aku, Rantau Abang terletak dalam daerah Dungun, manakala Jambu Bongkok dalam daerah Marang. Arag! Pening! Kalau kau orang Dungun atau Marang yang sejati, mungkin kau dapat meleraikan kekusutan ini.



Di dalam kawasan ini (tak kiralah sama ada Jambu Bongkok atau Rantau abang) terdapat satu pejabat urusetia. Malangnya, pejabat ini ditutup. Ialah, aku datang pun pada hari Jumaat, mestilah ditutup.



Aku fikir, kawasan ini amat berpotensi dimajukan sebagai satu lagi produk pelancongan di Terengganu. PAda pihak bertanggungjawab, dicadangkan supaya:-

1)    Kawasan kem atau resort itu dimajukan. Tak kiralah oleh pihak swasta atau kerajaan. Kem atau resort tersebut boleh jadi suatu tempat kursus untuk membina jatidiri dan motivasi manusia.

2)    Kawasan pondok bertiti boleh dikemaskan lagi. Kayu usang diganti dan dicat baru. Rumput dalam dikemaskan. Pokok tumbang dialihkan. Pasti ia boleh menjadi tempat bersantai keluarga pada hujung minggu.

3)    Disekeliling tasik boleh didirikan juga pondok-pondok kecil. Bagi menamung kos operasi dan penyelenggaraan kolam, boleh juga dikenakan yuran yang munasabah kepada kaki pancing yang hendak memancing di situ.

4)    Boleh juga disediakan trek-trek untuk merentas hutan. Pasti ia menjadi pilihan para penggemar cabaran dan  alam semulajidi.

5)    Last, but not least. Sediakan juga tandas dan surau yang stategik lokasinya. Kitakan manusia bertamadun.

Err...ada kah "pihak yang bertanggungjawab itu" membaca blog ini? Ermmm...