Showing posts with label puchong. Show all posts
Showing posts with label puchong. Show all posts

Saturday, January 27, 2018

Bersangka Baik Untuk Jadi Orang Baik-Baik

Suatu pagi sabtu itu di Bandar Puteri Puchong, suram. Hujan semalaman. Suasana masih lengang pada jam tujuh. Manusia masih belum lagi bangun agaknya. Namun, dua kedai mamak di bawah hotel mula dikunjungi pelanggan. Pelbagai bangsa. Ada India, Cina dan Melayu. Tidak ketinggalan Indonesia dan Myanmar.

Hotel marhaen yang aku tumpangai tidak menyediakan sarapan. Aku berkira-kira membeli nasi lemak yang diidam Pn. Nurul di kedai mamak di bawah. Masuk ke kedai mamak pertama, tiada nasi lemak. Hanya makanan India Selatan yang kelihatan.

Lalu, aku berjalan ke kedai mamak bersebelahan. Ada nasi lemak. Baunya wangi. Ayam gorengnya memikat. Namun, ia belum memikat hati aku untuk membelinya.

Aku keluar, berjalan beberapa blok dari situ. Berselisih dengan sekumpulan anjing yang sedang menikmati pagi. Berselisih juga dengan beberapa pekerja pasaraya berhampiran yang bersedia memulakan pagi bagi melangsungkan kehidupan.

Tidak jauh, sebuah kedai makan Cina penuh pelanggan. Ala-ala kopitiam. Aku sekadar menjeling sahaja. Di sebelah blok kedai makan cina itu, ada satu lagi kedai mamak. Hanya sepertiga penuh. Barangkali sebab ada tiga kedai mamak di kawasan yang sama, lalu pelangganya terbahagi.

Aku terus berjalan. Menghampiri hujung blok. Lalu aku terlihat sebuah gerai kecil, di hadapan bangunan besar. Ada seorang makcik setia menunggu pelanggan. Aku hampiri gerai itu. Gerai itu menjual nasi lemak dengan pelbagai lauk. Juga, ada mee goreng.

Aku kira, aku pelanggan pertama. Nasi dan mee masih belum luak. Lauknya juga belum luak.
Terus aku pesan nasi lemak dengan ayam goreng sebungkus untuk Pn. Nurul. Perut aku masih penuh sebab baru sahaja menikmati roti dan susu coklat sebelum turun tadi.

Nasi lemak ayam goreng itu harganya RM5.50. Aku menghulur RM50 sekeping. Makcik itu membalas dengan loghat Indonesia, " Ada uang kecil? Tauke saya belum kirim uang tukar."

Aku hulur pula RM20. Bahagian duit Baby Needs Shop. Ya, aku memang asingkan duit jualan dan duit peribadi aku. Kiranya aku pinjam RM20 duit jualan aku.

Makcik itu membalas pula "Ada uang lebih kecil? Saya ngak ada tukarannya".

Aku diam. Fikir. Pada masa yang sama, ada seorang kakak membeli sebungkus mee goreng.

Aku kata kepada makcik itu. "Kira sekali mee goreng kakak ni. Cukup tak bakinya."
Makcik itu menggeleng dan berkata "Masih belum cukup."

Lalu, aku tinggalkan RM20 kepada makcik itu. Aku berjanji akan kembali untuk menuntut bakinya pada jam 9.30 nanti. Kebetulan aku akan ada janji temu di bangunan di hadapan gerai itu.

Aku sekadar bersangka baik. Jika makcik itu lupa ataupun balik awal. Aku halalkan sahaja.
Aku balik ke hotel marhaen membawa nasi lemak untuk Pn. Nurul. Beliau, seperti biasa, makan dengan berselera. 9.15 pagi kami selesai bersiap lalu turun dan menuju ke bangunan di hadapan gerai nasi lemak untuk janji temu dengan berkenderaan.

Aku letak kendaran sangat hampir dengan gerai itu. Ia masih ada. Makcik itu masih ada. Beliau senyum kepada aku bila aku turun dari kereta. Aku menghampirinya, dan beliau menyerahkan bakinya dalam gulungan yang diikat tanpa berkata apa-apa.

Begitulah kawan. Sekeliling kita ramai orang yang baik-baik. Kita hanya perlu bersangka baik. Lalu, yang baik-baik akan datang kepada kita.

Monday, January 05, 2009

Dari Manakah Tag Itu

Dapat tag dari norlieza82 dan telah dijawab. Lalu aku terfikir, dari manakah mulanya tag itu? Siapa yang menciptanya? Jadi, aku pun memulakan pencarian...

1. norlieza82
Berasal dari Ulu Belitong, Kluang. Berkahwin dengan suami yang mempunyai nama yang sama dengan beliau. Sudah mempunyai 2 orang anak

2. dora
Berstatus puan

3. sufian
Seorang mamat yang celik IT. Blog beliau bagus untuk orang yang buta IT macam aku ini.

4. beruang
Seorang bapak beruang yang tinggal di sekitar Shah Alam atau Puchong. Kelihatannya beliau adalah seorang yang berpengalaman dalam hidup. Aku menjangkakan umur beliau lebih dari 33 tahun.

5. chastoriesinlife
Aku tak pasti siapakah beliau. Barangkali seorang Filipina yang menyambut Krismas.

6. nova
Nak tau pasal nova? Baca di sini. Tak paham bahasa Inggeris? Aku yang English SPM dapat 8 pun bole paham....

7. rosemarie
Orang Filipina juga. Seorang janda beranak satu dan berusia lewat 2oan (wow!).

8. tintintetey
Wanita. Berkahwin selama hampir 2 tahun. Orang Filipina juga

9. very-licious
Awek Filipina. Nak berkenalan? Pergi kat sini. Pening aku baca blog beliau...

10. MsDianeG
Awek Filipina juga. Jururawat. Umur 25 tahun.

11. http://ilbloomagain.blogspot.com
Sampai sini jer. Mata dan kepala dah aku sakit tahap jembalang tanah nak cari post mamat ni pasal tag/award cute. Dan lagi beliau menulis dalam bahasa Tagalog.

ps: Tahukah ko bahawa bahasa Melayu/Indonesia adalah serumpun dengan bahasa Tagalog.
ps2: Tahukah ko apa itu bahasa Tagalog? Cis! Tak tau. Pergi cari cikgu Geografi ko!
ps3: Tahukah ko Panglima Awang merupakan orang yang terlibat dalam ekspedisi mengelilingi dunia oleh Ferdinand Magellan? Dan beliau boleh berkomunikasi dengan orang Filipina tatkala armada Magellan singgah di Filipina. Panglima Awang juga dikatakan orang yang berjaya menamatkan misi mengelilingi dunia, bukan Magellan.
ps4: Tahukan ko bahawasanya aku pun bukan tahu sangat semua di atas. Agak-agak je. Jangan ko jadikan post ini sebagai sumber rujukan untuk membuat Kajian Geografi atau Kajian Sejarah ko!

Sunday, November 09, 2008

Kita Yang Kerdil

Minggu lepas, aku ke Subang Jaya untuk suatu urusan kerja. Dari Dungun, aku melalaui Kuantan dan terus naik lebuhraya pantai timur (LPT) dan tembus di Gombak. Dari Gombak, aku terus ke Damansara melalui lebuhraya persekutuan. Kemudian aku terus naik lebuhraya Damansara-Puchong. Lepas tu, aku tak tau apa yang aku lakukan. Sedar-sedar je dah sampai di Hotel The Summit Subang USJ. Huhuhuhuhu

Maka, menginaplah aku di hotel itu selama 5 hari lamanya, di tingkat 12. Bila petang dan awal malam, aku suka melihat dari tingkat 12 itu ke jalan raya.


Aku lihat, semua kenderaan, rumah dan orang nampak begitu kecil dan kerdil. Macam semut, kalau boleh diibaratkan. Lalu terfikir aku, begitulah kerdilnya kita jika hendak dibandingkan dengan Allah..... Allah Maha Besar...