Showing posts with label senggarang. Show all posts
Showing posts with label senggarang. Show all posts

Sunday, February 09, 2014

Dah Macam Kena BOM!

Aku jarang balik Johor. Tapi, tidaklah terlalu jarang. Barangkali setahun, paling kurang empat kali aku akan pulang ke Johor. Menziarah orang tua yang utamanya. Membeli kerepek jatuh nombor dua.

Biasanya aku akan beli kerepek di sekitar Air Hitam - Parit Raja - Senggarang. Ada beberapa kedai yang mana aku telah menjadi pelanggan tetap selama beberapa tahun.

Jika dahulu, untuk membeli kerepek, dari Bandar Tenggara, aku akan melalui bandar Kluang, melalui Bandar T6. Tapi, beberapa tahun lepas, telah ada jalan potong ke Renggam, sebelum Felda Bukit Tongkat. Melalui jalan itu, ternyata lebih dekat. Dari Bandar Tenggara, boleh sahaja aku melalui jalan itu ke Renggam. Dari Renggam, terus ke Simpang Renggam dan sampai ke Air Hitam.

Walaupun jalan itu baru, tetapi, jalan tersebut telah mengalami kerosakan. Sama keadaanya seperti jalan Felda Inas ke Kulai. Dipercayai jalan tersebut bertar nipis dan dilalui oleh lori.

Memandu di jalan seperti itu, amat menguji kecekapan memandu. Harus sentiasa berwaspada dengan keadaan jalan dan kenderaan terutama lori yang dipandu laju.

Terkadang, aku rasa kadaan tidak aman kerana rupa paras jalan seperti di bom!





p/s: Semasa melalui jalan tersebut tempoh hari, jalan sedang dibaiki. Tapi, tak pasti berapa lama ia boleh bertahan.

Tuesday, September 06, 2011

Rengit 1: Azhar Food Industries

Sebagai peniaga kerepek, adalah penting untuk senantiasa mengemaskini pengetahuan tentang perniagaan kerepek termasuklah pengilang, pesaing dan pelanggan. Tempoh hari, semasa cuti hari raya, aku bersama Pn. Nurul sempat bersiar-siar di Rengit, dengan pelbagai tujuan. Antaranya adalah untuk membuat tinjuan terhadap pengilang kerepek yang ada di sepanjang Parit Hamid-Parit Raja-Senggarang-Parit Botak-Rengit. Banyak kilang yang kami masuk. Tapi, aku rasa yang terbesar adalah Azhar Food Industries yang terletak di Rengit.


Memang besar gila kilang kerepek ni. Gila pun tak besar macam ni. Siap ada khidmat penghantaran menggunakan trailer. Harganya juga murah, lebih murah berbanding dengan tempat yang selalu aku ambil kerepek selama ni. Tapi, aku rasa aku tak akan ambil stok di sini kerana kos pengangkutan aku akan meningkat beberapa belas peratus. Juga, aku sudah selesa berurus niaga dengan Wak Asmon yang aku kenal lebih lima tahun.