

Terletak di batu 5, Dungun. Harga dalam RM40k. Nak? kalau nak call En.Amran 0199935161
Al-kisah, aku pergi ngeteh di situ malam tadi bersama Acik, setelah kami penat membungkus kerepek. Sambil minum, kami berbincang mengenai weblog terbaru kami yang kelam-kabut dan macam haram rupa parasnya.
Aku memesan white coffee yang sungguh enak rasanya. Ia amat berbaloi dengan RM2 yang aku bayar untuk minuman itu.
Manakala Acik memesan air teh o yang juga berharga RM2. Tetapi, kami kaget, apabila seteko teh o dihidangkan oleh pelayan yang comel macam gadis Korea (walaupun loghat Terengganu beliau masih pekat). Jika aku tahu air teh o di bistro itu dijual seteko, nescaya aku hanya memesan cawan kosong saja. Menjimatkan bukan!
Memang sedap sekali telur pindang tu. Memang kena dengan bakso yang aku pesan di gerai itu.
No komen.
Hidup PSMZA
Encik nie best...senang jadi idola poli.
Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi.
Pensyarah yang berkebolehan, naikkan pangkat encik.
Hidup mestilah t'atur, jangan suka membuang sampah, ini mencemarkan alam sekitar, suasana yang sihat ditangan anda.


Gambar diambil di Makmal Robotik, Politeknik Dungun. Kedua-dua mereka sangat celik IT. Jauh rasanya ilmu IT mereka dengan aku. Mereka kelihatannya sangat IT dengan laptop, kamera digital, pemutar skru, telefon bimbit, tugasan pelajar, kotak rokok, post-it-notes, fail, kunci kereta. Tidak ketinggalan termos air di atas kiri gambar.
















Begitulah tajuk salah satu berita di Harian Metro. Minggu lepas aku rasa. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh presiden Kongress India Muslim Malaysia (Kimma) Terengganu.
Dan lagi, permainan hebatku senantiasa tergangu, oleh kerana terdapat agak banyak kegagalan sistem di situ.
Ganguan makin bertambah kerana secara tiba-tiba para pekerja di situ ingin membersihkan lorong, kononnya.
Aku merasakan KTB Bowl menggunakan barang second hand. Oleh yang demikian, banyak peralatan yang tidak boleh berfungsi secara optimum.
Oleh sebab-sebab yang di atas, aku hanya mampu menjatuhkan kira-kira 120, 80 dan 140 pin bagi tiga game. Tapi, yang best kat sini orang tak berapa ramai, amat sesuai bagi newbie. Kiranya taklah segan sangat apabila bola masuk longkang atau masuk lane sebelah atau terpelanting ke belakang.
Surau Hj Mat Kerinci ni terletak di antara Dataran Shahbandar dan Astaka Kuala Terengganu. Menariknya surau ini, bahagian sembahyang lelaki dan perempuan sama besar luasnya.
Tetapi, yang peliknya di surau ini, pengunjung dikenakan bayaran 20 sen untuk masuk ke tandas surau. Barangkali bertujuaan untuk menampung kos penyelenggaraan dan pembersihan tandas. Tetapi, kebersihan tandasnya tidak seperti yang aku harapkan.
Lagi yang menarik tentang surau ini, aku tidak berasa panas ketika bersembahyang di dalamnya walaupun pada ketika itu jam menunjukkan pukul 2 petang. Barangkali kerana aliran pengudaraan yang mantap, atau bahan binaannya atau kedudukannya di tepi laut atau kesemua sebab tersebut.
Lebih menarik tentang surau ini, terdapat ukiran seni pada sesetengah bahagian. Walaupun nampak biasa, tetapi pada aku ia memang menarik.
Ini bukan kereta untuk dijual. Kereta ini tidak akan dijual di bawah harga RM100,000.