Thursday, June 05, 2008

Harga Minyak Naik!!!

Cis!!! Harga minyak naik lagi!!!

Petrol naik RM0.78, menjadi RM2.70
Diesel naik RM1.oo, menjadi RM2.58

Pengumuman yang amat mengejtkan dari Pak Lah. Orang kata Pak Lah umum tengahari, masuk berita pukul 1.30 kat TV3.

Aku tau pukul 5.30, selepas balik kerja, sebab jiran aku, Jai menggelupur nak pergi isi minyak.

Suasana kegelupuran bertambah apabila Stim kelam-kabut pulang ke rumah sewa kami dan mengajak aku untuk mengisi minyak

Aku, seperti biasa, tenang dan bersahaja; kerana tidak mahu mengusutkan kepala.

Suasana di bandar Dungun sungguh sesak pada petang hingga tengah malam semalam. Aku rasa seperti berada di Kuala Lumpur!

Semua stesen minyak begitu kelam-kabut dan kusut. Petronas baru, petronas depan sekolah sains, esso, caltex dan shell semuanya mengalami kesesakan. Cuma di beritakan petronas di simpang Kampung Che Lijah kurang kadar kekusutannya.

Stim memilih untuk mengisi minyak di esso, bukan kerana minyak esso lebih murah, tetapi kerana kad mata ganjaran Smile milik beliau. Oleh yang demikian, kami menunggu selama satu setengah jam untuk mengisi minyak kereta Stim.

Barangkali harga barang-barang keperluan akan meningkat tidak lama lagi.

5 comments:

Syam said...

stim sekadar amik masa sejam setengah nak isi minyak...

aku amik ms 3jam 45 min nk isi minyak kete aku g dh nazak nk mmpos

akhirnya dapat isi minyak merah je... sbb minyak hijo dh abis

Anonymous said...

roshaizul

Anonymous said...

sungguh syahdu pengalaman mu itu syam

en_me said...

simpang kampung che lijah tewww kat belah maner weh?

Anonymous said...

en_me,
susah nak cite lokasi simpang tuh. huhuhuhu. gini, kalau kita dari rantau abang/pulau serai, kita kan nampak satu simpang ke bukit besi. bila kita masuk simpang tuh, itulah kampung che lijah. betul-betul depan simpang tu, ada stesen minyak petronas.
paham?
huhuhuhuh