Berat aku 95kg. Tinggi aku 1.70m. Kiranya aku ni obes tahap 1 lah ni. Huhuhuhuh. Aku sejak kecik memang gemuk. Kuat makan. Semua yang boleh dimakan, aku telan tanpa mengunyahnya. Huuhhuuhuu.
Selalu juga aku menjadi bahan ejekan. Tapi aku dah lali semua itu. Kebetulan housemate aku, Faruk si Gagah Hitam telah membeli alat senaman untuk mengempiskan perut. Beliau membeli alat itu kerana merasakan saiz perut beliau semakin menghampiri saiz perut aku. Huhuhuhuhuh.
Aku pun tumpang sekaki menggunakan alat semanam tersebut. Seringkali housemate aku yang sorang lagi, Stim mengutuk aku. "Hahahahahah (dengan nada yang keji)! Jangan mimpilah ko nak kurus!!" Tapi, aku akan buktikan aku akan menjadi jejaka yang paling slim dan tough serta kacak di Dungun!!!! Huhhuhuhuh
3 comments:
Go bro go.
Persetankan dengan semua tohmahan mereka.
*Kau x kelik johor ker?
Ye.... Anda boleh kurus! Percayalah!!
mazudi,
aku kat johor ah ni.... menenangkan minda sambil berpoya2! huhuhuh
serindithutan
aku boleh kurus!!!!
Post a Comment