Pages

Wednesday, June 25, 2008

Misi Getah Posmen



Aku menghadapi masalah dalam bisnes kerepek aku. Kerepek aku lemau, tak rangup. Pikir punya pikir punya pikir, aku rasa ni berpunca dari ikatan yang kurang kemas pada bungkusan kerepek aku. Lalu Acik mengusulkan untuk menggunakan "Getah Posmen"
Maka bermulalah penjelajahan kami ke seantero Dungun untuk mencari "Getah Posmen".






Pustaka Seri Intan Dungun

Aku: Dik, ada jual "Getah Posmen" tak?

Awek Pustaka Seri Intan: Getah Posmeng?

Aku: Bukan Getah Posmeng. "Getah Posmen". Ala, getahnya beso, biasanya kaler putih.

Awek Pustaka Seri Intan: Takde kot. Sumur idup saye, dok penah saya tengok Getah Posmeng...

Aku: Ge...Tah....Pos...MEN!


Pustaka Bentalib Kat Bank Hong Leong

Aku: Bos! Ada jual "Getah Posmen"

Tauke Bentalib: Ade, mentar ek. (Beliau pun mencari-cari). Takde ah. Cube gi kat cawangang kita se lagi yang kat Sura Gate...

Aku: Makaceh...


Pustaka Bentalib Sura Gate

Aku: Ada jual "Getah Posmen" tak?

Awek Bentalib: Dok tahu gok

Aku: Tadi tauke kata ada kat sini?

Awek Bentalib: Mentar ek. (Beliau pun menelipon tauke beliau dan kemudian beliau mencari-cari). Ha...ada pung

Aku: Berapa hengget?

Awek Bentalib: 3 riyal jah sebungkus nih!

Aku: Ada berapa helai sebungkus tu

Awek Bentalib: Dok tahu gok

Aku: 3 riyal ke tiga hengget?

Awek Bentalib: 3 Ringgit Malaysia!

4 comments:

serindit rimba said...

La hai..kelako sungguhlah!

Syam said...

kenapa getah tersebut di namakan getah posmen? tak tahu lak aku getah tu namanya getah posmen. pertama kali aku mendengarnya


cheers,

syam @ http://aeropama.blogspot.com

Mazudi said...

Apa kau nak buat dengan getah posmen ni bro?
Nak ikat camana? Ker ini untuk kerepek yang saiz besar punya.

roshaizul said...

serindit...
kelako ke? aku rasa sungguh syahdu

syam...
aku pun tak tau nama dia apa. kawan aku yang kata itu adalah getah posmen. huhuhuuhuh

mazudi...
aah...itu untuk bungkus yang beso2. ko nak ke?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin