Pages

Sunday, June 01, 2008

Kerja Part-Time

Post ni bukan cite pasal keje part-time aku. Kalau aku nak tulis jugak, mau makan 29 post aku tulis. Huhuhuhuhuhu

Begini sebenarnya. Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) nak setup 45 program kemahiran Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) dalam bidang IT dan kejuruteraan. Setiap satu program perlu 10 orang panel yang berkelayakan untuk menggubal kurikulum dan modul.

Jadi sesiapa yang berminat, boleh emel resume/CV kepada aku. Katakan korang terpilih, korang akan dipanggil untuk sesi brainstorming di Hotel Singgahsana. Sesi tu akan memakan masa minima 2 hari, dan setiap hari korang akan dibayar RM350.

Tawaran ni adalah tawaran kerja part-time, ataupun kerja sumbangan kepada negara (ceeewah!). Jangan pulak korang berenti kerja bila dah hantar resume kepada aku.

Resume boleh dihantar ke roshaizulnizam(at)yahoo(dot)com.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi aku 019-7223166 atau 017-9698722
ataupun boleh berhubung dengan En. Khairul Anuar (013-3740234)

Cepat-cepat!! Tawaran ni sah hingga 4 Jun 2008!

2 comments:

en_me said...

RM350 sehari teww banyak macam gaji sebulan mat kilang .. tapi me keje safu samfah jak.. uhuhu

roshaizul said...

cis! en_me adalah seorang jurutera paip!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin