Friday, December 10, 2010

Loghat Terengganu

Aku bukanlah penutur loghat Terengganu yang asli. Hanya lima tahun di Terengganu, masih banyak lagi perlu aku belajar. Adat perantau, dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Masuk kamdang harimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek.

Tempoh hari, terjumpa di suatu ekspo di Kuala Terengganu, ada baju yang memaparkan beberapa loghat Terengganu yang sering digunakan.



Senyum sokmo - Senantisa senyum
Guana gamok - Macam mana, apa cerita, apa khabar
Relek betor - Berehat sebentar
Kembang gatung - Berkemban
Come lote - Comel, cantik
Hudoh lepang - Sangat hodoh
Tawo hebe - Sangat tawar, tiada rasa
Masing rebing - Sangat masin
Berat nanang - Sangat berat
Ringan lepong - Sangat ringan
Dok Auuu Gok - xxxxxxx
Keteh keleh seyum -xxxxx
Pakat gie belaka - Jom pergi beramai-ramai
Lawo nyee - Sangat cantik
Kawang kenang benor - Saya sangat berkenan, tertarik
Jupe mung di nung - Jumpa anda di sana

Tak pasti sama ada terjemahan di atas betul atau tidak. Orang Terengganu, tolong betulkan!

4 comments:

orangkayabertaqwa said...

MAsuk kandang harimau mengaum? hmm..
tak sempat mengaum, menjerit jer kot? sure harimau tu melihat kau sebagai hidangan yang sangat lazat dek kerana saiz kau yang istimewa tu..

Anonymous said...

'Dok auu gok' maksud dia

'Aku tak tahu lah wei..'

Mungkin kau bolih translate jadi 'Aku tidak tahu jugal'

roshaizul said...

luqman,
hahahahah

naisophon,
tq, :-)

Mohd Azlan said...

keleh-keleh senyum- tengok-tengok, senyum