Pages

Saturday, June 09, 2012

Melaka 1 - Tempahan Hotel Menerusi Agoda.com

Terkadang, aku perlukan ruang sendiri. Lupakan sebentar hal kerja yang semakin karut-marut. Bercuti dan merehatkan minda sambil menikmati ciptaan Ilahi.

Mulanya aku bersama Pn. Nurul bercadang untuk ke tanah tinggi. Tapi, nampaknya kebanyakan hotel/rumah tumpangan penuh tatkala musim cuti sekolah. Barangkali kerana keadaan tanah tinggi yang tidak menggalakkan banyak pembinaan hotel. Lalu, kami putuskan untuk ke Melaka.

Sebelum pergi, kami tidak pasti bagaimanakah keadaan geografi Melaka. Walaupun aku pernah ke Melaka, tapi ia sudah terlalu lama, lebih 7 tahun yang lalu. Memandangkan kini Melaka diiktiraf sebagai negeri maju, ia pasti sangat berbeza berbanding 7 tahun lepas.

Masalah utama bagi kami adalah penginapan. Dengan bajet yang amat terhad, kami bercadang untuk hanya bermalam di hotel yang kadarnya sewanya kurang RM100 semalam. Lalu, setelah menggunakan khidmat bomoh Google, kami terjumpa walam web http://www.agoda.com/

Melalui Agoda, kami dapat menilai hotel yang bersesuainya dengan bajet dan keperluan kami. Setelah terpengaruh dengan hotel review dalam Agoda, kami memutuskan untuk menginap dua malam di Euro Rich Hotel.

Yang bagusnya mengenai Agoda, ia menawarkan harga yang lebih murah berbanding jika kau menempah melalui hotel itu sendiri. Contohnya, untuk bilik termurah di Euro Rich Hotel, aku membayar RM165 (2malam) apabila menempah di Agoda. Tapi, kalau aku menempah terus dengan Euro Rich Hotel, aku perlu membayar RM180!

Diingatkan, kau perlu ada kad debit atau kad kredit untuk menempah di Agoda. Apabila selesai menempah dan membayar, aku diberikan semacam slip. Slip itu aku perlu cetak dan membawanya ketika daftar masuk hotel.

Dalam Agoda, ada sesetengah keadaan kau tak boleh tarik balik tempahan kau. Bermakna, kalau kau sudah membayar untuk bilik, kau tak akan dapat "refund" jika kau membatalkan tempahan. Tapi, kebanyakkan keadaan, kau dapat "refund" jika kau membatalkan tempahan kurang 3 hari.

Juga, dalam Agoda, kau boleh baca review pelanggan sebelum ini.  Dalam banyak-banyak hotel yang dalam lingkungan bajet aku, ternyata review Euro Rich yang terbaik.

Dan, apabila mendaftar masuk ke hotel itu, memang ia tidak mengecewakan dan menepati jangkaan aku.

3 comments:

damianella said...

kalau guna kad kredit org laen semasa booking....time kite serahkan hotel voucher tuh??? dye minx x kad kredit tersebut???? please reply.. sebab da booking tp pki kad kredit membe.

roshaizul said...

Tak. Cuma bawa slip baucer tu sahaja. Dia tak minta pun ic/kad kredit. :-)

Anonymous said...

Review yg best..sy bakal menginap di Euro Rich Hotel jun ini...tempahan melalui booking.com..sy pon guna cc mber jugak..but as a guarantee je..sampai sana byr cash..harap2 pilihan sy tepat utk hotel nie..tq tuan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin