Pages

Wednesday, June 13, 2012

Melaka 7: Menara Jam

Masa itu emas.

Menara jam ini terletak sangat hampir dengan bangunan Stadthuys, di tengah-tengah bandar Melaka, Dutch Square.


Jam menara ini telah dihadiahkan kepada rakyat Melaka pada tahun 1886 oleh Encik Tan Jiak Kim untuk memenuhi wasiat bapa beliau, mendiang Tan Beng Swee. Pada tahun 1982 Seiko International bemurah hati memulihkan jam ini, tanda muhibbah dengan rakyat Melaka. Jam asal ini dipamerkan di Muzium Melaka.

Sedikit trivia, Tan Beng Swee merupakan generasi ketiga pedagang cina yang kaya dan dermawan. Tan Beng Swee juga mendermakan jambatan berhampiran menara itu dan sebidang tanah untuk perkuburan cina.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin