Pages

Sunday, June 10, 2012

Melaka 2 - Euro Rich Hotel

Ini boleh dikatakan antara hotel terbaik pernah aku duduk. Sangat berbaloi dengan duit yang aku bayar. Aku tak tahu hotel ini berapa bintang. Tapi kualitinya hampir sama dengan hotel 4 bintang!

Hiasan dalaman di lobi agak memikat.



Bilik pula sangat kemas dan kelihatan ergonomik



Jambannya pun ada kelas! Hahahahaha



Hotel tiga tingkat ini ada lif. Aku rasa lif ini baru dipasang dan masih lagi tiada kelulusan sebagai mesin angkat oleh JKKP. Lifnya kelihatan canggih!



Ruang makan di hotel ini agak sederhana.

Paling best aku rasa di hotel ini, aku diberikan kupon parking sepanjang aku tinggal di hotel ini. Ini kerana, aku perlu juga membayar untuk parkir di perkarangan hotel, kerana ia milik Majlis Bandaraya Melaka. Jadi, apabila diberikan kupon parking, aku mempergunakaanya untuk memakir kereta secara percuma bukan sahaja di perkarangan hotel, tetapi di seluruh negeri Melaka!


Selain itu, di bilik hotel aku diberikan air mineral, kopi segera, sabun dan shampoo. Juga, diberikan juga berus gigi dan sikat! Juga disediakan internet tanpa wayar percuma!

Tapi, ada beberapa kekurangan.
1- Walaupun sarapan pagi disediakan, tapi ia sangat ringkas!
2- Bilik air sedikit licin dan air bergenang. Barangkali pak tukang yang buat hotel tu tak pandai guna timbang air. Huhuhuhu
3. Bilik sedikit berbau

Tapi, pada aku ia sangat sepadan dengan nilai yang dibayar

Owh! Sebelum terlupa, hotel ini terletak di Melaka Raya. Sangat dekat dengan Menara Taming Sari, Muzium Samudera, Dataran Pahlawan, Pahlawan Walk. Juga, masih tak lenguh kaki kalau nak berjalan ke A Famosa, Istana Melaka, dan Kompleks Muzium.

Selain Euro Rich Hotel, di sekitar Melaka Raya ini juga terdapat sangat banyak hotel bajet yang berkualiti. Antaranya Mahkota Hotel dan De'Mawardah Hotel.

Selamat bertanya kepada pakcik Google dan selamat bercuti di Melaka!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin