Pages

Sunday, June 10, 2012

Melaka 3 - Alai Ikan Bakar

Selain umbai, Alai juga merupakan medan ikan bakar yang terkenal di Melaka. Jika Umbai lebih dikenali oleh pelancong, Alai lebih digemari oleh orang Melaka sendiri.

Aku tak pasti cara hendak ke Alai. Hanya berpandukan GPS, tiba-tiba aku sampai ke sini. Hahahahaha. Tapi, dapat digambarkan bahawa medan ikan bakar Alai terletak di pantai paya bakau. Jadi, lokasinya pada waktu malam sedikit berangin dan hangat.

Terdapat banyak gerai di medan ikan bakar Alai. Tapi, ada sahabat menyarankan aku ke kedai Hj. Musa.


Aku dan Pn. Nurul sampai ke sini kurang lebih jam 9 malam. Orang memang sangat ramai.

 
Kami pesan ikan siakap bakar dan sotong bakar. Oleh kerana tiada siakap yang kecil, kami balun siakap untuk makan 4 orang. Hahahaha.



Ikan bakar dia cicah dengan sambal kicap. Terangkat beb!


 Oleh kerana orang ramai, jadi tempat bakar dia pun agak besar. Jadi, masa menunggu tidaklah terlalu lama.


Tapi, pilihan ikan yang terhad walaupun jam baru 9 malam.


Alhamdullilah, kenyang malam tu. Aku rasa aku boleh pergi lagi kedai ini jika pekerja dan tauke ramah. Ini muka kelat. Tau la beb kau penat layan pelanggan. Tapi, orang nak hantar duit kat kau, senyum la sikit. Apahal pula nak jerkah orang?

Rasa masakan dia boleh tahan la juga. Tapi, aku pernah makan yang lebih sedap dari ini di Dungun. Tapi, sayangnya kedai itu sudah tutup. Hahahahaha

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin