Pages

Thursday, June 14, 2012

Melaka 9: St. Paul

Dari bangunan Stadthuys, ada laluan untuk ke Gereja St. Paul. Gereja zaman penjajahan ini terletak di atas bukit. Dari atas sini boleh dilihat dengan jelas Melaka, sungainya dan lautnya.

Aku tidak masuk ke dalam gereja ini. Mengikut pemahaman aku, ia makruh. Sekadar lalu sahaja untuk ke A Famosa.


Runtuhan gereja katholik tertua ini asal hanyalah sebuah chapel (gereja kecil) yang dibina pada tahun 1521 oleh seorang kapten Portugis Duarto Coelho, sebagai tanda kesyukuran kerana terselamat dari serangan musuh semasa berada di Laut China Selatan. Chapel ini ditahbiskan kepada Mary dan dinamakan "Nosa Senhora - The Lady On The Hill".

Bila Belanda datang, mereka mengubah gereja ini menjadi gereja protestan dan ditukar nama menjadi gereja St. Paul. Pada zaman Inggeris, ia dijadikan gudang peluru bagi menghalang serangan Jawa sekitar  1810-1811. Inggeris juga pernah pacak bendera mereka di sini. Ialah, tempat berbukit, jadi sesuai dipacak bendera bagi semua orang nampak yang Melaka adalah tanah jajahan Inggeris.

Pada bahagian luar St.Paul kini, terdapat orang menjual cenderamata. Juga, ada juga pertunjukan haiwan kecil-kecilan.


Aku dan Pn. Nurul berehat sebentar di bicu bukit St.Paul. Melepaskan lelah dan menikmati keindahan ciptaan Ilahi dari atas bukit.

Hilang lelah, kami turun. Melalui beberapa makam dan perkuburan Belanda untuk ke kota A Famosa.

Bersambung.... Melaka 10. Hahahahaha



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin