Monday, January 13, 2014

Akhirnya, Jalan Itu Akan Siap Juga

Dulu, aku pernah menulis mengenai status Jalan Yahya Ahmad di Sura Gate yang tak siap-siap. Kalau kau tak pernah baca, mohon baca dulu DI SINI. Tulisan itu biasa-biasa (sila baca bese-bese dengan nada gedik) sahaja. Namun, sedikit sebanyak ia memberi impak.

Lama sebetulnya aku tidak membuka satu emel rahsia aku. Tapi, tempoh hari, tergerak hati untuk membuka emel rahsia tersebut. Lalu, ditemukan emel ini. (Sila klik gambar untuk lebih jelas)




Ada seorang hamba Allah yang prihatin telah melaporkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai hal jalan yang tidak siap itu. Menariknya, beliau memberi link post aku yang lepas kepada JKR. Lalu, JKR membalas aduan tersebut dan memberikan salinannya kepada emel rahsia aku tadi.

Kes di atas boleh dikatakan hampir selesai kerana jalan tersebut hampir siap. Tahniah kepada yang terlibat, walaupun bertahun lamanya orang Dungun menanti. Agaknya, kalau makian itu adalah dalam bentuk nyata, barangkali sudah sebesar Bukit Bauk makian itu. Hohohoho.







No comments: