Selain dari karipap inti angin dan sandwich inti hujung, popia inti 3 helai tauge turut berleluasa di pasaran.
Walaupun kadang-kala aku dah tahu keadaan kuih-kuih tersebut, namun aku tetap membelinya. Mungkin sebab kena bomoh atau memang dah teringin nak makan.
Ialah, nak makan seketul dua sahaja, jadi tidak ekonomik untuk membuat sendiri.
——
Berkenanan post aku sebelum ini, ada juga yang berkeinginan untuk beli popia cendawan yang Pn. Nurul buat.
Tapi, beliau masih teragak-agak untuk menjualnya. Kau tunggu dulu.
Dalam post itu, Pengerusi Anak Johor Perantauan cawangan Dungun, En. Azwan Nawawi mencadangkan aku mencuba popia sayur di Gong Pasir.
Tanpa membuang masa, terus aku mencubanya.
——
Fuh, ini adalah penanda aras popia terbaik di Dungun. Tahap JDT dalam bolasepak Malaysia.
Kulitnya rangup. Bila dah sejuk tetap rangup. Aku syak kulit popia ini dibuat sendiri.
Isinya mewah, walupun cuma sekadar kobis dan lobak merah. Gemuk popianya. Boleh tiga kali gigit. Kalau popia biasa-biasa sekali gigit je.
Selain popia, kedai ini menjual juga keropok, ayam leper, pisang goreng, pau dan kuih muih lain. Pau dia nampak sedap. Lain kali aku beli.
Tapi, bila aku tanya Pn. Nurul sedap atau tak, beliau jawab “Sedap. Tapi kalau Bi buat sedap lagi”.
Hmmmm. Aku dah terbayang kena paksa makan popia seminggu.
Ini dia. Gemuk bukan? Tapi bukan gemuk angin ni. |
Ini gemuk isi. |
Banyak la juga sayurnya dari popia yang biasa-biasa. |
Longgokan popia = Longgokan kalori..Namun, terbeli juga 10 biji. Aduh! |
Ini kedainya. Sederhana sahaja. Tapi nampak bersih. |
Ini lokasinya.
No comments:
Post a Comment