Showing posts with label pensyarah. Show all posts
Showing posts with label pensyarah. Show all posts

Tuesday, March 15, 2011

Pensyarah Politeknik

Seseorang: Kau kerja apa?
Aku: Pensyarah
Seseorang: Wow! Mesti gaji besar!

Itu hanyalah tanggapan masyarakat bila mendengar perkataan "pensyarah". Sejujurnya, kadang-kala istilah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya.

Sejujurnya juga gaji pensyarah politeknik sama sahaja dengan gaji guru sekolah. Cuma, pensyarah politeknik tidak mendapat apa-apa inisiatif dari kerajaan jika pelajarnya cemerlang. Cuma rasa puas apabila budak-budak faham apa yang diajar dan menjadi manusia yang tidak menyusahkan masyarakat.

Sejujurnya juga, pensyarah politeknik berada di bawah satu bumbung dengan pensyarah universiti. Cuma, pensyarah politeknik perlu lebih berdikari. Perlu reti membaiki peralatan asas yang rosak, mesti boleh menyapu dan membersihkan bengkel dan makmal, mesti gagah untuk mengangkat barang-barang dan pelbagai lagi perkara yang mesti dilakukan. Bukan untuk kenaikan gaji dan pangkat. Cuma rasa puas apabila suasana pembelajaran dan pengajaran berada dalam keadaan yang kondusif.


Oh ya, jika kau mahu menjadi pensyarah politeknik kau boleh ke laman web http://www.spp.gov.my/. Kemudian klik "PENSYARAH" apa bahagian "CAPAIAN PANTAS" yang terletak di atas kanan web. Kalau kau ada diploma politeknik dengan HPNM yang sangat tinggi, boleh sahaja memohon. Kalau kau adalah seorang doktor falsafah, kau juga boleh memohon.

Sunday, February 07, 2010

Pensyarah terpinggir

Oleh Saipul Adli Mohamad
saipuladli@hmetro.com.my
2010/02/06

KUALA LUMPUR: Selepas hampir dua tahun usaha mencari penyelesaian dan berunding dengan pegawai Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menemui kegagalan, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) akhirnya mendedahkan ‘derita’ dialami pensyarah politeknik dan kolej komuniti, petang semalam.

Seramai 8,499 pensyarah membabitkan 6,406 bagi politeknik dan 2,093 bagi kolej komuniti terbabit apabila Politeknik dan Kolej Komuniti dipindah dari Kementerian Pelajaran ke KPT sejak awal 2008 dan NUTP mendakwa, mereka tidak memperoleh apa yang dijanjikan serta dipinggirkan berbanding rakan seangkatan dalam bidang perguruan di sekolah menengah atau Kolej Matrikulasi dan Institut Perguruan. Presiden NUTP, Leftenan Komander (B) Hashim Adnan, mengakui pensyarah di politeknik dan kolej komuniti mengalami tekanan berhubung dua perkara iaitu perubahan sistem cuti serta kenaikan pangkat atau gred gaji dan terhadap desakan serta ugutan daripada individu tertentu supaya isu berkenaan tidak didedahkan kepada umum. “Sejak perubahan ke KPT, pensyarah wanita dan senior paling ramai mengalami tekanan sehingga mereka ingin kembali ke Kementerian Pelajaran berikutan membantah perubahan sistem cuti daripada semester kepada cuti tahunan kerana pentadbir hanya meluluskan cuti ketika keadaan tiada pengajaran dan pembelajaran, atas alasan kepentingan perkhidmatan. “Dari segi gred gaji pula, ia hanya indah khabar dari rupa kerana susah diperoleh berikutan syarat kenaikan pangkat amat ketat termasuk terpaksa membuat penyelidikan, penerbitan, kursus serta dan temuduga seperti pensyarah universiti sedangkan jawatan itu sama berbanding guru. “Walaupun ada dua laluan iaitu kenaikan pangkat secara hakiki dan secara mengisi kekosongan jawatan, mereka tidak diberi pilihan sebaliknya ditawarkan kenaikan secara hakiki dan sebahagian besarnya terpaksa dipindahkan ke tempat lain termasuk Sabah dan Sarawak bagi mengisi jawatan pegawai kanan di kolej lain,” katanya dalam sidang akhbar, semalam. Hashim berkata, NUTP sudah berusaha beberapa kali berbincang dengan pegawai KPT mengenai masalah itu dan sudah dua kali bertemu Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin termasuk secara rasmi pada 2008 dan pertemuan biasa tahun lalu, tetapi isu berkenaan masih belum diselesaikan. “Apabila isu ini berlarutan, pensyarah terbabit mendesak NUTP dan mendakwa kami tidak menjalankan tugas.

Walaupun pada awalnya cuba menyembunyikan perkara ini, akhirnya kami membuat pilihan untuk membuat pendedahan kepada media. “Menteri melayan kami dengan baik dan memberitahu akan membantu tetapi kami tidak pasti pegawai KPT di peringkat mana boleh menyelesaikan masalah ini.

Malah, kita tidak pasti sejauh mana kecairan maklumat mengenai perkara ini apabila ia sampai di peringkat lebih bawah. “Dua minggu lalu, kami menghubungi pegawai KPT tetapi mereka kata tiada masa dan sibuk...selain memberi alasan ia berkaitan dasar dan di luar bidang kuasa serta memerlukan kelulusan pihak atasan untuk menyelesaikannya,” katanya. Hashim berkata, pensyarah terbabit seolah-olah kelas dua dan banyak masalah disuarakan mereka hanya diberikan janji tanpa penyelesaian sedangkan kebajikan golongan terbabit perlu dijaga bagi memastikan mutu tugas lebih berkesan sekali gus melahirkan graduan cemerlang. Beliau berkata, guru sekolah menengah mendapat banyak kelebihan dari segi kenaikan pangkat dan gred gaji walaupun mengajar untuk Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sedangkan pensyarah terbabit mengajar pelajar bagi diploma dengan sukatan pelajaran lebih susah.

Dari http://www.hmetro.com.my/
 Akses pada 7/2/2010
 

Saturday, March 14, 2009

Penilaian Tahap Kecekapan.

Jangan kau harap akan ada nota PTK di dalam post ini.

Kali kedua aku mengambil PTK, setelah kecundang sewaktu percubaan pertama.




Terasa juga (teramat) sedikit bebanan dan bahang PTK. Sempat la juga aku menggelupur menyerap segala ilmu dan soalan-soalan bocor. Situasi itu sempat dirakam dengan sengaja oleh Acik di sini.

Peperiksaan berlangsung sejam. Tetapi kebanyakan calon sedah keluar seawal minit ke20 peperiksaan berlangsung. Tinggallah aku yang tak berapa bijak ini termanggu-manggu mencari jawapan yang benar. Hinggakan sampai ke satu tahap, kerana ingin meredakan kekusutan melanda, aku mencuri mengambil gambar dewan peperiksaan yang telah kosong.







Aku tanya salah seorang bos aku, Mazudi. "Berapa kali dah kau ambil PTK?". Beliau menjawab "6 kali". Adakah aku akan mengambil jumlah sebanyak itu? Owh....!

Tuesday, January 20, 2009

Kursus Pengurusan Kewangan Peribadi 2

Sebelum ni, aku ada menulis mengenai kursus pengurusan kewangan peribadi. Bagi pengetahuan warga Dungun dan pantai timur, kursus ni akan diadakan lagi pada 13/3/2009 di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun.

Sebenarnya, kursus ni sudah kali ke-3 diadakan di Dungun, dan aku adalah antara peserta pada kursus pertama. Barangkali akan ada yang kehairanan, "eh, buat apa nak pergi kursus, gaji aku cukup beb!". Ye, itu tanggapan aku yang pertama bila mendengar mengenai kursus ni.

Dulu sebelum aku pergi kursus ni, gaji aku memang cukup. Cukup untuk makan, bayar sewa rumah, bayar kereta dan belanja awek. Lepas tu dapat lah saving RM100 atau RM200 sebulan. Ok la tu kan, korang ingat gaji pensyarah politeknik ni beso sangat ke? Huhuhuhuhuhuhu.

Tapi, lepas pergi kursus ni, banyak perkara yang aku tau mengenai bank dan hal-hal kewangan. Dan kini dengan gaji yang ada, aku dapat saving 10kali ganda dari yang dulu dengan perbelanjaan yang masih sama seperti dulu. Menarik tak? Huhuhuhuhuh

Tapi, kisah aku ni biasa-biasa je. Ada kisah yang lebih menarik di sini.

Jadi, kalau korang tertarik nak pergi kursus ni, boleh saja korang contact aku, roshaizul (019-722 3166) atau en.roswady (013-922 3252).

Yuran kursus RM100. Walaupun agak mahal bagi sesetengah orang, tetapi, percayalah, memang berbaloi! Lagipun ni bukan MLM, bukan sikim cepat kaya, bukan forex atau bukan pelaburan internet dan perkara-perkara yang seangkatan dengannya. Ini mengenai bagaimana korang mengurus duit korang dengan jayanya...

Monday, November 10, 2008

Ujian 2 Kaji Daya Bahan DAD5-S1

* Post ini khas untuk pelajar kelas DAD5-S1 yang mengambil subjek Kaji Daya Bahan 1 dengan aku. Pembaca lain boleh juga turut sama membacanya...

Seperti yang dijanjikan... soalan ujian 2 subjek J3009. Sila download melalui link di bawah. Penerangan lanjut ada dalam fail tersebut.


Memandangkan aku merupakan pensyarah yang berdedikasi dan berhati nurani, dengan sukacitanya aku sudi memberi soalan bocor untuk peperiksaan akhir sesi Julai 2008 bagi subjek Kaji Daya Bahan. Sila download soalan bocor tersebut melalui link di bawah.

Tuesday, August 26, 2008

Roshaizul Nizam Dah Besar Nanti Nak Jadi Apa?

Itulah pertanyaan yang agak sering diajukan oleh cikgu-cikgu aku dulu. Berikut adalah antara jawapan aku
  • Bomba
  • Polis
  • Askar (sojar)
  • Juruteknik
  • Jurutera
  • Drebar kapal (kapten kapal laut)
  • Drebar kapal terbang
  • Ustaz

Dalam banyak-banyak kat atas tu, satu pun aku tak pernah buat! Isk..isk..isk..
Berikut pula antara pekerjaan yang pernah aku lakukan
  • Kerja kilang
  • Jual buah (bukan buah yang "itu", buah-buahan la..)
  • Pekerja ladang

Berikut pula kerja part-time yang pernah atau yang sedang aku lakukan

  • Jual insurans
  • Jual kerepek
  • Logo Designer
  • "Cap Ayam" Flash Animator
  • Ejen skim cepat kaya
  • Multi Level Marketing

Dan akhirnya kini aku hanya menjadi pensyarah politeknik...

Sunday, July 06, 2008

Kerja Kosong

Politeknik Malaysia memerlukan calon2 berkelayakan untuk menjadi pensyarah politeknik

Kelayakan minimum, degree dalam bidang berikut
-kejuruteraan (mekanikal, awam, elektrik, marin, aeronautik, mekatronik, dsd)
-IT
-akaun
-biz admin
-hospitaliti (fesyen, masakan dsd)
-teknologi makanan
-matematik
-english
-agama/moral

kalau minat, layari http://www.spp.gov.my/home.php