Kali kedua aku mengambil PTK, setelah kecundang sewaktu percubaan pertama.
Terasa juga (teramat) sedikit bebanan dan bahang PTK. Sempat la juga aku menggelupur menyerap segala ilmu dan soalan-soalan bocor. Situasi itu sempat dirakam dengan sengaja oleh Acik di sini.
Peperiksaan berlangsung sejam. Tetapi kebanyakan calon sedah keluar seawal minit ke20 peperiksaan berlangsung. Tinggallah aku yang tak berapa bijak ini termanggu-manggu mencari jawapan yang benar. Hinggakan sampai ke satu tahap, kerana ingin meredakan kekusutan melanda, aku mencuri mengambil gambar dewan peperiksaan yang telah kosong.
Aku tanya salah seorang bos aku, Mazudi. "Berapa kali dah kau ambil PTK?". Beliau menjawab "6 kali". Adakah aku akan mengambil jumlah sebanyak itu? Owh....!
4 comments:
ek elaa...teda pape perubahan pun ngan dewan poly nie...ciss!!!
sempat lagik amik gambar masa periksa..
aritu aku jumpa faiz. dia ada plan bisnes bagus. apa macam? dah join?
moga berjaya abang jem itteww..
halena,
ada, skrg ada airkon
apis,
tak join la. aku tak pandai biz cam tu
en me,
mudah-mudahan...amin
Post a Comment