Aku dalam fasa bercuti. 2 minggu mulai hari Jumaat lepas 8/8/08. Tapi 7/8/08 aku ambil cuti. Saja jer...
Mulanya aku bercadang untuk tidak berbuat apa-apa di kala cuti ini. Aku tanak bungkus kerepek, tulis blog, baca buku, memikir dan sebagainya. Tapi aku tidak mampu!!! Rasa beku kepala otak aku!!! Berikut diari sepanjang percutian aku...
Khamis 7/8/08Aku ambil cuti hari ni. Tapi pagi2 lagi aku dah gi opis, bereskan segala kerja2 tertunggak. Kul 10 aku mula bertolak balik Johor. Singgah kejap kat Kemaman beli keropok lekor. Pastu singgah Segamat, ngeteh ngan Stim. Kul 6 petang baru sampai Johor
Jumaat 8/8/08
Aku gi Kulim, Kedah. Hantar Hazree, member aku kahwin ngan orang sana. Bertolak dari Johor 7 pagi. Singgah di Kuala yang berLumpur untuk mengambil jurugambar, merangkap kawan kami, merangkap pelajar MSU, Yasir. Sampai Kulim 5 petang. Pastu aku ronda2 bandar Kulim. Malam, Hazree nikah di Surau Taman Kenari, Kulim.
Sabtu 9/8/08Majlis perkahwinan Hazree berlangsung. Kul 10 pagi aku teman dia ke kedai mak andam. Kul 12 kami bergegas ke majlis. Aku asik makan jer sepanjang majlis tersebut. Naik sengkak perut aku. Huuhuhuhuhu. Petang, aku ikut ke Empangan Mengkuang, untuk pengantin mengambil gambar outdoor. Kul 5 petang, aku pulang ke Johor bersama-sama Yasir, Mawi seorang tokey manpower di Johor Port, dan Ijan seorang Chef berbakat. Mawi bawa kereta, dan bagi memastikan beliau tidak tertido, kami berborak dari jam 5 petang hingga 3 pagi. Sampai Bandar Tenggara aku terus tido...
Ahad 10/8/08
Aku bangun subuh dalam jam 6.30 pagi. Pastu aku lajak tido sampai tengahari!!! Huhuhuhuh. Pas makan tengahari, aku layan tido sampai petang.
Isnin 11/8/08Pagi aku bangun. Terus relek, dok termenung. Tengahari, aku gi Kluang, beli tiket bas untuk adik aku, Ayu, yang akan pulang ke Kuantan 23/8 nanti. Petang, aku jadi bomba. Menyelamatkan sepupu aku (yang tiada lesen motosikal dan berusia 15 tahun) kemalangan jalanraya.
Selasa 12/8/08Pagi, macam biasa aku dok mengulo. Tengahari sikit, aku gi buat roadtax dan insurans moto adik aku yang satu lagi, Ijal. Pastu, aku jadi Ah Long (kang). Mencari kawan2 sekampung yang mempunyai hutang lapuk dengan aku. Petang sikit, aku gi bayo bil henpon aku dan check baki duit aku dalam bank. (Rutin biasa di pertengahan bulan).
Rabu 13/8/08Aku tengah menaip kat CC nih!!!
Khamis 14/8/08Ada majlis tahlil kat kampung Abah aku kat Kayu Ara Pasong, Pontian. Anjuran Pak Long aku yang merupakan Mejer bersara dalam angkatan tentera darat Malaysia. Kata beliau "Satu keluarga kena hantar paling kurang sorang wakil!!!" dan Abah aku yang merupakan Staff Sarjan bersara dalam angkatan yang sama dengan Pak Long aku berkata, "Ko gi wakilkan Abah!!!"
Jumaat 15/8/08Aku kena ambil Ayu (yang menaiki bas dari Kuantan) di Kota Tinggi sekitar jam 8 malam.
Sabtu 16/8/08Aku rewang di rumah Hazree di Felda Taib Andak
Ahad 17/8/08Sepupu aku kahwin di Felda Semencu, Kota Tinggi
Isnin 18/8/08Nak study untuk Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) aku yang pertama pada 21/8 nanti
Selasa 19/8/08
Balik ke Dungun dan singgah di Parit Raja untuk membeli kerepek
Rabu 20/8/08Study lagi untuk PTK
Khamis 21/8/08PTK aku di SMK Sultan Omar, Dungun
Jumaat 22/8/08Bungkus kerepek bagi persedian tempahan yang dijangka akan menggila mulai bulan hadapan.
Sabtu 23/8/08Dating di Kuala Terengganu! Huhhuhuhuhuhuhuh
Begitulah riwayat aku sepanjang 2 minggu aku bercuti. Terima kasih kerana telah membazirkan 10 minit masa korang. Huhuhuhuhu