Pages

Thursday, November 13, 2008

Nasi Ada, Nasi Tiada!!!


Gambar dirakam di Warung Pak Ali yang terletak berhampiran lampu isyarat ke Jalan Melati di Dungun. Warung ini menjadi kegemaran bos aku, En. Nawi untuk bersarapan. Huhuhuhuhuh.

Setelah beberapa kali mengikut En. Nawi bersarapan di sini, aku perhatikan kebanyakan pelanggan Warung Pak Ali adalah terdiri dari para pekerja kontrak. Mereka akan makan di warung ini sebelum ke destinasi kontrak mereka. Juga, pelanggan Pak Ali terdiri daripada mereka yang suka membungkus makanan untuk dimakan di rumah.

Pada aku, harga makanan di warung ini boleh dikatakan sangat berpatutan. Sepinggan nasi kunyit (pulut kuning), secawan kopi o dan seketul kuih kayu keramat (ala-ala char kuey) hanya berharga RM2.20.

Dan lagi, servis di Warung Pak Ali ini memang pantas, sepantas Gaban menukar pakaian!!!!

6 comments:

en_me said...

nasi ada nasi tiada.. ahaha

RM2.20 memang murah, tapi yg fentinggs kannns servisnyer pantas.. gittewww

roshaizul said...

tapi memandangkan aku tak boleh hari2 makan nasi kunyit, nasi dagang dan nasi2 yang seangkatan dengannya, maka warung pak ali tidak lah menjadi pilihan aku. huhuhuhuu. cuma sesekali teringin nak makan menu trg, aku akan ke warung itu

zairi said...

waa..kira murah dah tu..kat senawang ni ada satu kedai leman cendol.memang kekejapan je abis.penah masuk majalah 3 tuu..lepas makan bleh tambah ikut suka hati.tu yang cepat abis tu kot.

roshaizul said...

zairi,

tapi susah nak cari kedai makan yang sedap, murah dan servis pantas...

Orangkayabertaqwa said...

Apa kaitan tajuk, gambar & artikel? Fenning kefala fikir...

roshaizul said...

owh, jangan fening2. blog aku tak serius yang ko sangka...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin