Wednesday, April 18, 2012

Pesta Buku Dungun 2012

Ini kali kedua aku post mengenai Pesta Buku Dungun. Kali terakhir pada 2009. Pesta buku juga, tapi ia bertemakan Jom Baca.

Sebetulnya, aku amat kelambatan membuat post ini.

Hahahahaha. Kelewatan lebih 2 minggu! Cis!

Tapi, yang bagusnya pada pesta buku kali ini, pengunjung semakin ramai. Agak berhimpit juga untuk membeli buku. Juga, buku sudah agak berselerak kerana barangkali telah diserbu sejak awal pagi.





Owh, lupa hendak diberitahu. Pesta buku ini dianjurkan di Perpustakaan Awam Dungun. Sama lokasinya seperti tahun 2009.

Sempat aku dan Pn. Nurul sambar tiga buku pada pesta kali ini. Ketika Cinta Bertasbih, karya penulis kesukaan aku Habiburahman, episod 1 dan 2; juga buku Rahsia Jodoh untuk kakak ipar aku. Sebetulnya aku tiada bajet kewangan untuk membeli buku pada bulan itu, jadi, buku yang dibeli agak terhad. Niat dihati ingin sambar buku berikut, tajuknya begitu menggamit.

Tapi, memikirkan bajet yang terhad dan aku ghairah untuk mengumpul novel karya Habiburahman, aku abaikan dahulu buku itu untuk dibeli. Mungkin rezeki lain kali.

No comments: