Pages

Sunday, April 15, 2012

Sizzling Hot Plate Yee Mee

Tajuk panjang, dengar macam sedap! Hahahahaha

Sejak berkahwin, aku memang sangat jarang memasak. Maklumlah sudah ada Pn. Nurul. Lagi pula, citarasa masakan aku tidak berapa kena dengan selera Pn. Nurul. Jadi, kalau aku masak, aku sahaja yang makan. Pn. Nurul sekadar menjamah. Ialah, masakan aku lebih kepada selera selatan. Agak pedas. Berbanding dengan selera pantai timur yang agak manis dan perlu ada rasa yang rencam.

Sizzling Hot Plate Yee Mee pula aku kira aku pernah masak sekali dua sahaja semasa bujang dahulu. Namun, ia mendapat pujian rakan-rakan yang merasanya dan ada yang mencadangkan aku berhenti mengajar dan buka gerai Sizzling Hot Plate Yee Mee. Hahahahahaha. Merepek.

Tak tahu bagaimana Pn. Nurul boleh tahu aku pandai memasak Sizzling Hot Plate Yee Mee. Barangkali aku jalu masa tidur dan menceritakan kepada Pn. Nurul dalam keadaan separuh sedar. Hahahahaha. Lalu, Pn. Nurul sering merengek-rengek manja supaya aku dapat memasak Sizzling Hot Plate Yee Mee untuk beliau.

Rengekan beliau selama beberapa tahun berjaya juga mencairkan hati aku. Lalu, tempoh hari, oleh kerana hanya ada Yee Mee sahaja di dapur mak mertua aku di Pulau Rusa, aku bersetuju memasak Sizzling Hot Plate Yee Mee dalam kadar kemalas-malasan. Kerana sudah terlalu lama tidak masak Sizzling Hot Plate Yee Mee, aku meng"google"kan diri, mencari kata kunci "Sizzling Hot Plate Yee Mee".

Lalu, jumpa web ini
http://www.myresipi.com/top/detail/1092

Walaupun bahan-bahan seperti cendawan shitake, minyak bijan dan tepung jagung tiada, jadi juga Sizzling Hot Plate Yee Mee yang tak berapa jadi. Hahahahahahaa



Tak jadi sebab mee lebih dari kuah! Juga, dihidangkan atas pinggan. Patut hidang atas kuali terus! Memang mulanya nak hidang dalam kuali leper, tapi Pn. Nurul menjeling ganas, lalu aku batalkan sahaja niat itu.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin