Showing posts with label sura gate. Show all posts
Showing posts with label sura gate. Show all posts

Sunday, December 24, 2017

Kole Kacang Pasar Minggu Sura Gate Dungun

Aku dan Pn. Nurul banyak ketidaksamaan. Antaranya, aku kurang gemar ke pasar dan tempat ramainya orang. Tetapi, beliau sebaliknya. Beliau suka ke pasar walau sekadar melihat keriuhannya.

Oleh itu, sebagai jalan tengah, kami hanya sekali-sekala ke pasar. Barangkali sebulan pada kadar sekali hingga 3 kali.

Namun, telah 2 minggu berturut-turut aku ke pasar malam hari khamis di Sura Gate, Dungun. Pasar malam ini, boleh dikatakan yang terbesar di Dungun.

Setelah sekian lama di Dungun, dan mengunjungi pasar malam itu dua minggu berturut-turut, baru aku perasan sebenarnya ia unik, terutamanya bahagian makanan dan minuman.

Banyak pilihan makanan yang arus perdana seperti kebab, sate dan apam balik. Ada juga pilihan makanan orang lama seperti bekang, kole kacang dan lepat ubi.

Aku penggemar kole kacang.


Masalahnya, ramai penjual yang menjual kole kacang. Tak tahu mana yang sedap. Pada aku, kole kacang yang sedap perlu tidak terlalu manis, mewah rasa kacang, warnanya gelap, tidak keras dan tidak lembik.

Ya, boleh sahaja kami beli sebiji kole kacang di semua reruai yang ada. Tapi, banyak-banyak nanti siapa yang nak makan? Membazir. Membazir kan amalan setan.

Lalu, aku teringat pesan abang ipar aku.
"Kalau makcik tua yang masak, mesti sedap".

Lalu kami terus ke reruai yang diurus sepasang suami isteri yang sebaya dengan mak bapak aku.
Kami beli kole kacang 2 biji. Seringgit.

Rasanya sedap dan cemerlang. Kole kacang sejati.

Teori makcik tua masak sedap jarang mengecewakan aku.

Friday, January 10, 2014

Jika Sayangi Dungun, Sila Bayar Parkir

Beberapa bulan selepas PRU13 yang lalu, Majlis Perbandaran Dungun (MPD) terus melaksanakan sistem parkir berbayar. Tidak tahu sebab apa. Barangkali kerana penghasilan MPD yang kurang berbanding ongkos yang perlu dikeluarkan. Barangkali untuk membiayai Jalan Yahya Ahmad yang tak siap-siap. Atau barangkali  kecewa kerana Pas menang bersih di Bandar Dungun. Hohohohoho



Menariknya, parking berbayar ini tidaklah menyeluruh di seluruh tempat. Aku perasan ia kedapatan di Pak Sabah (kawasan bank), Sura Gate (Mydin, Kamdar), di pasar buah dan Tabung Haji.

Tapi, agak hairan kerana tiada sistem parkir berbayar di Kuala Dungun dan sekitar pasar. Barangkali kawasan itu tidak dianggap sebagai bandar Dungun.



Caj parkir minimum 30sen untuk maksimum 30minit. Ini bermaksud kalau kau nak parkir selama 2 minit sahaja, kau perlu juga membayar 30sen. Caj seterusnya adalah 10 sen bagi 10 minit.

Aku rasa ramai waga Dungun tidak gemar dengan perlaksanan parkir berbayar ini, termasuklah aku. Tapi, pada masa yang sama, aku suka memasukkan duit ke dalam alat ajaib berwarna biru bertiang kuning itu. Ia menjadi tabiat. Sama macam tabiat sesetengah orang yang suka membuang sampah keluar dari kenderaan!


Monday, June 13, 2011

Jalan tak siap-siap

Aku kira masalah ni bermula dari tahun 2009, mungkin 2008.

Sebatang jalan yang terpenting di Dungun sedang dinaik taraf. Bermula dari Sura Gate ke Kuala Dungun. Tapi, jalan ni tak siap-siap.

Yang hairannya, jalan yang elok dikorek. Kemudian diturap balik. Kemudian dikorek lagi.

Dengar khabarnya, ada masalah dengan pemilik tanah di sekitar kawasan itu.

Tapi, yang pastinya aku sebagai pengguna jalan di situ amat tidak berpuas hati dengan jalan yang tak siap-siap itu.







Wednesday, April 01, 2009

Gadis Comel Di Dungun Bistro

Ada satu kedai di Sura Gate, Dungun. Aku tak tau apakan nama kedai itu, tapi dia ada stail "open air bistro". Kedai terletak betul-betul di hadapan medan selera Sura Gate.

Al-kisah, aku pergi ngeteh di situ malam tadi bersama Acik, setelah kami penat membungkus kerepek. Sambil minum, kami berbincang mengenai weblog terbaru kami yang kelam-kabut dan macam haram rupa parasnya.

Aku memesan white coffee yang sungguh enak rasanya. Ia amat berbaloi dengan RM2 yang aku bayar untuk minuman itu.

Manakala Acik memesan air teh o yang juga berharga RM2. Tetapi, kami kaget, apabila seteko teh o dihidangkan oleh pelayan yang comel macam gadis Korea (walaupun loghat Terengganu beliau masih pekat). Jika aku tahu air teh o di bistro itu dijual seteko, nescaya aku hanya memesan cawan kosong saja. Menjimatkan bukan!


Memang seronok lepak kat sini. Tak tahu kenapa. Barangkali kerana pelayan-pelayan yang comel di situ yang bergaya ranggi ala-ala k-pop gitu. Oleh sebab itu, sekali-sekala mata aku menjeling-jeling ke arah mereka.

Owh! Pastinya Cik Nurul akan menelifon setelah membaca perenggan di atas. Tetapi, percayalah Cik Nurul, hanya kau sahaja dihatiku.

Owh! Pastinya juga ada pembaca blog ini akan muntah melalui hidung kerana geli geleman membaca perengan di atas. Huhuhuhuhuh

Tuesday, February 10, 2009

Keretapi Di Terengganu

Aku kene tipu masa belajar Geografi tingkatan dua. Cikgu aku kata di Terengganu takde keretapi. Tapi, aku tak salahkan cikgu aku, barangkali ketika itu belum ada keretapi dari Kerteh ke Gebeng.Atau juga, tiada tertulis dalam buku teks mengatakan Dungun ada keretapi suatu ketika dahulu.

Setelah tiga tahun di Dungun, baru aku tahu adanya keretapi mengangkut barang dari Gebeng ke Kerteh.Setelah tiga tahun juga baru aku mengetahui secara agak mendalam kewujudan dan kesan perlombongan bijih besi di Bukit Besi.

Kalau kau seorang ahli sejarah atau sekadar orang kampung yang minat sejarah, apabila ke Dungun kau harus melawat ke replika keretapi di Sura Gate yang terletak dipersimpangan menuju Kuala Dungun. Keretapi tersebut melambangkan kemajuan yang dikecapi Dungun pada era 30-an hingga 50-an.





Terdapat satu cerita pada bahagian bawah replika tersebut. Tapi, memandangkan henpon keluaran Yahudi yang aku gunakan adalah dari jenis yang murah, hanya perenggan pertama dapat ditafsirkan.
Kegiatan perlombongan bijih besi di Bukit Besi bermula apabila seorang ahli kaji bumi dari Jepun, Mr Kuhara datang ke Hulu Dungun pada 1918. hasil daripada kajian tersebut, wujudnya bijih besi dalam jumlah yang banyak di kawasan itu. Ini telah mendorong Syarikat KuharaMining Ltd telah menjalankan kegiatan melombong secara tidak rasmi pada tahun 1922. Kerajaan Terengganu secara rasmi telah mengeluarkan 'Mining Lease" kepada Syarikat ini.


Sebenarnya, replika tersebut terletak di sebuah taman awam yang diberi nama Taman Mini Sura Gate. Boleh juga lepak-lepak di situ. Pada waktu malam, akan ada gerai-gerai peserta Amanah Iktiar Malaysia berhadapan taman tersebut. Makanan kat situ agak sedap pada harga berpatutan, dan suasana di situ juga agak meriah.



p/s: Kalau ada anak jati Terengganu yang ingin membetulkan atau menambah fakta di atas, boleh saja ditulis di ruangan komen.

p/s/s: Kalau kau nak tahu lebih lagi pasal keretapi di Terengganu, kau boleh pergi ke sini. Tulisan oleh En. Awang dari daerahdungun.blogspot.com