Showing posts with label bukit besi. Show all posts
Showing posts with label bukit besi. Show all posts

Monday, February 14, 2011

Muzium Dungun

Lama dahulu awal tahun lepas aku ada menulis tentang Muzium Terengganu

Baru-baru ini (tak berapa baru juga sebenarnya) Muzium Dungun telah dibuka, dan aku berkesempatan mengunjungi.

Menarik, bila mana aku disambut mesra oleh pegawai muzium dan beliau menemani aku bersiar-siar di dalam muzium ini sambil menerangkan dengan terperinci mengenai Dungun. Telah banyak juga muzium aku pergi, dan ini pengalaman pertama aku ditemani oleh pegawai muzium tatkala melawat muzium!

Berikut, sedikit trivia mengenai Dungun
1- Bangunan Muzium Dungun asalnya adalah pejabat pegawai daerah Dungun pada zaman British. Pernah juga menjadi markas polis tentera Jepun.
2- Ada sekelompok penduduk asal Dungun berasal dari Indo-China, lebih tepat Vietnam. Ada juga sekelompok yang berasal dari Johor. Kau bayangkan Johor campur Vietnam. Pergh! Itu pasal la awek di Dungun cun. Hahahaha
3- Ada satu tempat di Dungun (aku terlupa tempatnya yang lebih tepat), dijumpai satu tapak arkeologi dipercayai kubur manusia pra-sejarah. Menarik lagi, manusia tersebut ditanam bersama dengan bekas yang berisi makanan.
4- Dungun pernah terkenal sebagai pengeluar bijih besi terbesar di dunia. Pada masa dahulu, orang Bukit Besi di Dungun dianggap sebagai orang yang mempunyai taraf hidup yang jauh lebih baik dari penduduk kawasan lain di Dungun.
5- Dungun pernah mempunyai pelabuhan dan rel keretapi semasa zaman perlombongan bijih besi.
6- Aku kira ada 9 perkataan "MUZIUM" dalam pos ini, tidak termasuk perkataan yang ditulis sebegini >>> "MUZIUM"

Ada sedikit gambar Muzium Dungun. Layan...









Sunday, March 15, 2009

Cabul

Dungun: Seorang budak lelaki berusia 11 tahun menggunakan alasan mahu membuang semut ketika memperdaya kanak-kanak perempuan lima tahun supaya membuka seluar, kelmarin. Dia kemudian mencabul mangsa di kuartes kakitangan kerajaan Kampung Bukit Besi di sini,



Begitulah rupa paras tajuk muka depan akhbar Harian Metro. Kebejatan sosial semakin menjadi-jadi di kala ini.
Barangkali kerana ibu bapa salah mendidik.
Barangkali kerana guru salah mengajar.
Barangkali kerana pemimpin yang sibuk bercakaran merebut kuasa, pangkat dan wang.
Barangkali juga kerana akhbar yang paling laku itu kerap memaparkan berita yang sensasi dan berada dalam kategori 18sx atau 18 pl.

Ops! Nanti dulu. Jangan menunding jari kepada sesiapa. Apa yang penting, kerja...sama (sila baca mengikut nada Wonderpet).
Ibu bapa, cakna sikit kat anak-anak.
Guru, kembali ke Falsafah Pendidikan Negara. Kau tak tahu? Baik kau berhenti jadi cikgu.
Pemimpin, sila tengok Wonderpet atau Spongebob.
Harian Metro, kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. Jadahnya kau siarkan berita stail cerita blue 2 bintang dalam surat khabar kau?

Tuesday, February 10, 2009

Keretapi Di Terengganu

Aku kene tipu masa belajar Geografi tingkatan dua. Cikgu aku kata di Terengganu takde keretapi. Tapi, aku tak salahkan cikgu aku, barangkali ketika itu belum ada keretapi dari Kerteh ke Gebeng.Atau juga, tiada tertulis dalam buku teks mengatakan Dungun ada keretapi suatu ketika dahulu.

Setelah tiga tahun di Dungun, baru aku tahu adanya keretapi mengangkut barang dari Gebeng ke Kerteh.Setelah tiga tahun juga baru aku mengetahui secara agak mendalam kewujudan dan kesan perlombongan bijih besi di Bukit Besi.

Kalau kau seorang ahli sejarah atau sekadar orang kampung yang minat sejarah, apabila ke Dungun kau harus melawat ke replika keretapi di Sura Gate yang terletak dipersimpangan menuju Kuala Dungun. Keretapi tersebut melambangkan kemajuan yang dikecapi Dungun pada era 30-an hingga 50-an.





Terdapat satu cerita pada bahagian bawah replika tersebut. Tapi, memandangkan henpon keluaran Yahudi yang aku gunakan adalah dari jenis yang murah, hanya perenggan pertama dapat ditafsirkan.
Kegiatan perlombongan bijih besi di Bukit Besi bermula apabila seorang ahli kaji bumi dari Jepun, Mr Kuhara datang ke Hulu Dungun pada 1918. hasil daripada kajian tersebut, wujudnya bijih besi dalam jumlah yang banyak di kawasan itu. Ini telah mendorong Syarikat KuharaMining Ltd telah menjalankan kegiatan melombong secara tidak rasmi pada tahun 1922. Kerajaan Terengganu secara rasmi telah mengeluarkan 'Mining Lease" kepada Syarikat ini.


Sebenarnya, replika tersebut terletak di sebuah taman awam yang diberi nama Taman Mini Sura Gate. Boleh juga lepak-lepak di situ. Pada waktu malam, akan ada gerai-gerai peserta Amanah Iktiar Malaysia berhadapan taman tersebut. Makanan kat situ agak sedap pada harga berpatutan, dan suasana di situ juga agak meriah.



p/s: Kalau ada anak jati Terengganu yang ingin membetulkan atau menambah fakta di atas, boleh saja ditulis di ruangan komen.

p/s/s: Kalau kau nak tahu lebih lagi pasal keretapi di Terengganu, kau boleh pergi ke sini. Tulisan oleh En. Awang dari daerahdungun.blogspot.com

Saturday, January 17, 2009

Bukit Tebuk

Bagai kelapa ditebuk tupai....

Post ini bukan berdasarkan perumpamaan di atas.

Post ini agak serius, akan membincangkan mengenai Bukit Tebuk.

Sebenarnya Bukit Tebuk merupakan satu-satunya terowong yang ada di Daerah Dungun. Ia terletak di Kampung Che Lijah. Ia mula dibina pada 1935 dan siap pada 1936. Bukit Tebuk ini, suatu ketika dulu merupakan laluan keretapi yang membawa bijih besi dari Bukit Besi ke pelabuhan Dungun.

Tetapi kini laluan keretapi di Bukit Tebuk ini telah digantikan dengan jalan bertar. Terowong Bukit Tebuk juga menjadi laluan penduduk di kawasan Nibung, Dungun untuk ke jalan besar menuju ke Kuala Terengganu-Kuantan.

Sayang sekali terowong Bukit Tebuk ini dibiarkan tanpa penyelenggaraan rapi. Terowong ini sebenarnya boleh menjadi satu produk pelancongan di Dungun. Barangkali boleh diadakan chelet di kaki bukit ini. Juga, boleh disediakan "tracking" untuk ke puncak bukit ini.