Monday, February 09, 2009

Yakin Sedap

Pada satu petang yang sepi, aku yang kelaparan teramat sangat pergi ke Kedai Makan Saiful di sebelah CIMB Dungun, keseorangan. Sementara menunggu makanan dan minuman yang dipesan tiba, aku ternampak sebotol sos cili yang begitu unik namanya.


SOS CILI YAKIN keluaran syarikat YAKIN SEDAP SDN. BHD. Tetapi, aku tidak yakin dengan logo halal yang dipaparkan pada sos cili berkenaan. Lalu aku menaip HALAL dan aku hantar ke 32728

Cis! Rupa-rupanya sijil halal sos cili tersebut sudah tamat setahun yang lalu...

p/s: Teringat aku kisah kuda terbang.

6 comments:

lemon said...

wahhh kamoo mmg btl2 prihatin ngn tanda halal sos cili ea??bagus2.

en_me said...

baper sen kena caj bro..

hi abang jam, salammms dr me dikejauhannns

Anonymous said...

halena,
prihatin? tak jugak la..

en_me,
50sen terima, 50sen hantar.

lemon said...

xnak ngakulaaa tu..yerlaa tu

Anonymous said...

susahla.. byk produk yg ada kat pasaran skrg mmg takde tanda halal.

Anonymous said...

halena,
tak selalu aku jadi prihatin

keroro,
banyak cop halal palsu di pasaran. kadang2 kita tak boleh nak salahkan pengusaha jugak. sebab, setahu aku nak panggil orang jakim check produk kena beratur beb.