Monday, April 30, 2012

Kenapa tidak disubsidikan sahaja RON97. (Akukah yang bodoh?)

Aku malas nak cerita secara teknikal tentang RON dengan enjin kereta. Tapi, dalam pengetahuan aku, RON97 tidak smestinya sesuai dengan enjin kau. Penggunaan RON yang tinggi sesuai bagi kereta yang mempunyai nisbah mampatan yang tinggi. Kalau nisbah mamapatan kereta kau rendah, barangkali akan terjadi fenomena "knocking and detonation" apabila kau menggunakan RON97.

Ok, lupakan itu. Yang pastinya kebanyakan enjin moden lebih efisyen menggunakan RON97.

Aku tak tahu samada aku yang bodoh atau mereka yang bodoh. Hahahahahaha. Sebelum kau mengetahui lebih lanjut mengenai hal kebodohan itu, ada baiknya kau lihat gambar di bawah.


Gambar diambil di stesen minyak Petronas di Sura, Dungun.

Tertera disitu, harga RON95 tanpa subsidi dan pelepasan cukai adalah RM3.54. Kerajaan dengan murah hatinya telah mengsubsidi sebanyak RM1.05 dan pelepasan cukai sebanyak RM0.59. Jadi, harga RON95 menjadi kurang sebanyak RM1.64.

Ok, harga RON97 yang terkini adalah RM2.90. Kalau kerajaan melepaskan cukai dan mengsubsidi sebanyak RM1.64, maka RON97 berharga hanya RM1.26/liter!!! Jadi, kerajaan boleh jimat RM0.64/liter. Banyak tu jimat! Agaknya kalau dikumpul, boleh bagi pendidikan percuma pada budak-budak yang masuk IPT. Huhuhuhuhu

Jadi, aku jadi musykil kenapa kerajaan mengsubsidi minyak yang kualiti kurang dan harganya mahal. Adalah lebih praktikal jika kerajaan mengsubsidi RON97 yang lebih berkualiti dan lebih penting, lebih murah!

Owh, barangkali aku ini yang bodoh. Sebab, barangkali ada sebab-sebab ekonomi (atau politik?) yang aku tidak tahu. Hahahahahaha. Tapi, sebagai orang yang terlibat dalam kejuruteraan, aku lebih memikirkan sesuatu yang praktikal pada kos yang rendah.

Kalau ada sesiapa yang tahu sebab apa kerajaan mengsubsidi RON95, dan bukah RON97, silalah beritahu aku pada komen di bawah. :-)

Sunday, April 29, 2012

Kren terbalik di projek jambatan Teluk Kalong

Kejuruteraan, suatu bidang yang sangat menarik. Ia sangat berkaitan dengan kehidupan kau seharian. Melalui kemajuan dalam bidang kejurteraan, sesetangah perkara menjadi sangat mudah. Cuba kau bayangkan hingga kini kereta masih belum dicipta, pasti memakan masa berbulan lamanya untuk aku sampai ke Dungun dari Bandar Tenggara. Hahahahaha.

Tempoh hari, aku berpeluang ke Kuantan dengan menaiki bas. Aku agak teruja. Bukan kerana aku tidak pernah menaiki bas. Bukan juga kerana aku tidak pernah ke Kuantan. Tapi, kerana aku ingin melihat dari pandangan "atas" pembinaan jambatan di Teluk Kalong, Kemaman.






Selalunya, dengan menaiki kereta, aku tidak dapat melihat dengan jelas kerana pemandangan dihalang oleh kon atau konkrit setinggi 1.5-2meter. Aku agak kagum. Kagum dengan Ilahi kerana mencipta makhluk yang mampu membina jambatan seperti ini. Juga, kagum dengan keberanian pembina jambatan itu demi sesuap nasi.

Sedang ralit melihat dan mengambil gambar, aku terperasan sebuah kren yang terbalik.





Bagi pengetahuan kau, perlu ada lesen khas untuk mengendalikan kren. Selain itu, pemandu kren biasanya mempunyai pengetahuan matematik dan kejuruteraan. Bagi pengendali kren, mereka perlu fasih konsep trigonometri, phytagoras, daya dan kekuatan. Setiap beban yang diangkat, ia perlu sudut angkatan kren yang tertentu bagi mengelakkan kren terbalik.

Aku pasti pengendalikan kren itu tidak silap dalam analisis matematik dan kejuruteraan beliau. Pada hemat aku, tanah disitu agak lembut dan jerlus, lalu menyebabkan kren terbalik.

Manusia punya asa, Allah punya kuasa.


Saturday, April 28, 2012

Tandas bintang dua.

Aku jarang sangat membuang sisa dari perut atau pundi aku di tandas awam di Dungun. Kalau betul sangat tidak tahan, atau situasi 50-50 seperti telur di hujung tanduk, aku lebih rela bergegas ke tandas di rumah atau pejabat. Tandas lain aku sangat tak pasti tahap kebersihan dan keselesaannya.

Tapi, tempoh hari dalam perjalanan pulang dari Johor, aku singgah di Masjid Hadhari, Paka. Di hadapan pintu tandas masjid itu terpampang..


Bila masuk dalam, memang tahap dua bintang. Tak lah kotor, cuma sedikit berbau.

Pada hemat aku, ini merupakan satu inisiatif yang cemerlang dari Majlis Perbandaran Dungun (MPD). Moga, dengan usaha ini ia akan mengubah persepsi buruk masyarakat terhadap tandas awam.

Friday, April 27, 2012

Barang abang

Tiada "double meaning".

Cuma aku tergelak tengok "tagging" kotak itu. Siapa punya kotak itu? Sila mengaku!


JANGAN USIK! Hahahahahah

Thursday, April 26, 2012

Bumi hijau di Bandar Tenggara

Post ini untuk diri aku sendiri. Sebagai motivasi untuk mengusahakan kebun di laman rumah sewa aku di Dungun ini.

Adik aku, roshaizul juga namanya merupakan bakal pewaris perusahaan kebun pisang bapak aku. Beliau amat berbakat dalam hal tanam menanam ini. Juga, berbakat dalam hal ketukangan dan kerja tangan.

Di belakang rumah mak bapak aku di Bandar Tenggara, beliau dengan mudahnya berjaya menanam beberapa spesis kacang dan cili. Aku, di Dungun ini macam nak rak menanam. Tapi, hingga kini hanya ubi kayu yang kelihatan bugar. Kangkung, kacang botol, cili, kacang panjang semua tak jadi. Pucuk pun tak tumbuh. Cis!

Namun, aku berazam untuk membuat kebun seperti kebun adik aku ini. Hahahahahaha




.
Kawan-kawan, doakan aku berjaya!

Wednesday, April 25, 2012

Blog gaya wartawan di mazidulakmal.com

Sukar untuk mencari blog berbahasa melayu yang tidak berserabut penulisannya. Aku kira, majoriti blog berbahasa melayu mempunyai penulisan yang caca merba. Bahasa singkatan yang banyak, bercampur dengan bahasa Inggeris. Argh! Amat tidak menyenangkan bagi orang kampung seperti aku.

Kontra sekali dengan blog berbahasa Inggeris yang bukan ditulis oleh orang Malaysia. Bahasanya tersusun dan boleh difahami walaupun kadang-kala nahunya kurang tepat.

Aku tak ingat dari mana sumbernya aku mendapat pautan blog Mazidul. Tapi, aku suka membaca blog beliau. Aku tahu, ada yang di luar sana tak suka dengan Mazidul. Ialah, terkadang, dalam rancangan televisyen yang diliputi dan diacarakan oleh beliau, nada beliau sangat berterus terang.

Sifat berterus-terang itu dibawa oleh Mazidul dalam penulisan blognya. Nadanya kadang kala keras, tajam dan menyengat, tapi sedap dibaca dek susunan ayat yang baik dan penggunaan bahasa melayu yang luar biasa mutunya. Juga, membaca blog beliau, aku merasa santai walaupun isu yang diutarakan sangat serius.


Tidak menghairankan blog beliau mendapat kunjungan yang luar biasa!


Jumlah 38 tu "current visitor". Itu jumlah yang kecil bagi blog mazidulakmal.com. Pernah aku lihat ia mencecah 80++. Lagi takjub, halaman blog beliau telah dibaca sebanyak 6.7 JUTA kali.


Bagai langit dengan bumi. Blog aku cuma ada 1 "current visitor" dan hanya dilawati sebanyak 85 ribu kali sahaja.

Satu lagi, Encik Mazidul sangat kerap mengemaskini blog beliau. Banyak idea beliau.

Berbanding aku, kerap kali kering idea. Nak tulis post ni pun lenguh juga otak berfikir! Hahahahaha

Oleh kerana blog mazidulakmal.com berada dalam blog list aku, jadi, setiap kali aku kemaskini blog aku, akau akan membaca blog beliau.

Tuesday, April 24, 2012

Jambu air simpang Inas

Tak sampai 10 minit perjalanan pulang dari Bandar Tenggara ke Dungun, Pn. Nurul sudah merengek minta berhenti. Aiseymen.

Macam orang mengidam, beliau kelihatannya amat kepingin makan buah jambu air. Lebih menambahkan kepinginan beliau, gerai jambu air itu kelihatan meriah dengan buah jambu air kemerahan bergantungan.

Sebetulnya, gerai itu tidak terletak di simpang Inas. Tapi, ia terletak di simpang menghala ke Kota Tinggi. Berubah dari lokasi asalnya yang sebelum ini di simpang Inas. Kedua-dua simpang itu amat hampir, kiranya kurang lebih 30m sahaja. Juga, kedua-dua simpang itu terletak kurang lebih 4-5km dari Bandar Tenggara.

Menariknya, buah jambu air yang dijual itu ditanam sendiri di halaman rumah sipenjual, di Felda Sungai Sibol, kurang lebih 2-3km dari lokasi gerai.

Ada 3 jenis seingat aku jambu yang dijual di situ. Jambu air biasa. Jambu air madu tempatan. Jambu air madu taiwan. Oleh kerana Pn. Nurul tidak pernah ke Taiwan, beliau membeli 2kg jambu air madu Taiwan. Tak dapat pergi Taiwan, dapat makan jambu pun jadi la. Untuk pengetahuan kau juga, betik Taiwan juga ada di Malaysia. Walaupun namanya "Taiwan" ia tidak diimport terus dari Taiwan, cuma baka dari Taiwan yang ditanam di sini.  Aku dah mula melalut cerita pasal Taiwan. Nanti aku melalut sampai Zimbabwe pula. Sebelum aku melalut lebih jauh, aku tamtkan sahaja post kali ini. Sebelum berpisah, saksikan gambar gerai jambu simpang Inas. Hahahahahahaa





Monday, April 23, 2012

Festival Mersing

Ini cerita minggu lepas. Tatkala sedang bersenang-lenang di Bandar Tenggara, terbuka tv9. Rancangan Nasi Lemak Kopi O (NLKO) sedang bersiaran dari Mersing, sempena Festival Mersing 2012. Kebetulan, aku akan melalui Mersing apabila pulang ke Dungun keesokan harinya, lalu, aku memutuskan untuk singgah di Festival Mersing bagi tujuan berfoya-foya bersama Pn. Nurul tercinta.



Sebetulnya, amat lama aku tidak masuk ke bandar Mersing. Biasanya aku sekadar melalui pinggiran bandar Mersing. Jadi, bila masuk ke dalam bandar, aku agar keliru. Mujur GPS banyak membantu.



Festival Mersing 2012 berlangsung di Dataran Pulau. Iaitu dari jeti mersing menganjur hingga lebih dan melepasi Hotel Sri Malaysia Mersing. Kalau tengok dalam tv, seperti yang dipaparkan dalam NLKO dan berita di saluran Media Prima, kelihatannya festival itu kelihatan sangat meriah.



Tetapi, bila tiba di sana, suasana agak lengang,tidaklah sesibuk seperti yang dipaparkan di televisyen. Lagaknya macam suasana pasar lambak di Bandar Tenggara. Huhuhuhuhuhu. Tetapi, barangkali, aku tiba pada waktu yang lengang. Waktu itu menunjukkan jam 12-1 tengahari.


 Tak ada apa yang menarik sangat aku rasa. Pada hemat aku, festival ini diadakan bagi tujuan promosi pembangunan Mersing Laguna yang akan dibina oleh syarikat Radiant Starfish. Cuma ada gerai jualan, gerai media prima dan tidak ketinggalan gelangang Supa Dupa.

Berita Harian

Aduan Rakyat. Lou Tung Siang di sebalik kerumun orang ramai

Pang Chin Fei agaknya sedang berlintas langsung.

Harian Metro

Gelanggang Supa Dupa
Kami sekadar berjalan-jalan sahaja, memerhati gelagat orang dan membeli berang tiruan.


 Pada aku, yang paling best adalah gerai pameran orang asli. Jarang jumpa macam ni.


Tapi, yang paling super best adalah jamban mudah alih. Bila lalu depan jamban ni, bau wangi je. Rasa nak macam nak rembat satu jamban tu bawa balik rumah. Hahahahaha

Disebabkan jamban itu wangi, budak-budak itu berebut untuk masuk ke dalam jamban.

Tapi, apa pun Mersing memang cantik.




Mersing akan lebih cantik lagi jika papan tanda ini tak dipasang. Masing-masing sendiri ingat.


Sunday, April 22, 2012

Proton Preve

Jumaat lalu, dalam keadaan yang jemu dan membosankan, abang ipar aku mengajak aku melihat-lihat Proton Preve. Sebetulnya, aku tiada langsung perancangan untuk lihat secara dekat Preve itu. Akan tetapi, oleh kerana ada orang yang mengajak, aku beres sahaja!

Masa keluar teaser Preve dalam media cetak, jujur, aku tak tahu macam mana nak sebut Preve itu. Adakah "Prev" atau "Prave" atau "Prav". Lidah orang kampung ini lebih selesa menyebut, Saga, Iswara, Wira, Juara dan Arena. Hahahahaha

Aku tak pandai nak ulas lebih lanjut pasal Preve ini. Masa pergi ke pusat pameran Proton di Padang Midin tempoh hari, jurujual tu bukan pandang aku sebelah mata, tapi tak pandang aku langsung! Hahahahaha. Barangkali aku berpakaian agak selekeh waktu itu, jadi mereka mengabaikan sahaja aku ini.

Tidak la berapa lama aku di situ. Sekitar 15 minit aku kira. Tapi, pada hemat aku, Preve kelihatan amat menakjubkan.

Pintu masuk Eon/Proton Padang Midin




Enjin Campro Turbo

Shift gear tiptronik pada stereng. Dah macam F1

Rim standard 16". Tapi, rasanya 19" boleh masuk ni.
Preve punya spec. Nasib kau la kalau tak nampak. Hahahahaha
Tempat duduk belakang. Macam limosin!


But belakang. Setelah penat memandu, boleh rehat dan tidur belakang ni.
Fuh! Tekan butang untuk start enjin. Macam Modenass Kriss bapak aku la!

Harganya....
Kalau ada duit, aku beli. Tapi, duitnya belum ada. :-(