Showing posts with label belanda. Show all posts
Showing posts with label belanda. Show all posts

Friday, June 15, 2012

Melaka 10: Pintu Gerbang Santiago Kota A Famosa

Ini boleh dikatakan mercu tanda Melaka. Tak sah kalau ke Melaka jika tidak ke sini. Ia berada di bawah bukit St Paul.

Pintu gerbang Santiago merupakan salah satu dari empat pintu gerbang kota A Famosa. A fomosa ini dibina pada zaman Portugis, bagi mengekang asakan bertubi-tubi dari Sultan Mahmud, Johor, Aceh dan Belanda. Bagi memperkuatkan kota A Famosa, Portugis lahanat telah menggunakan batu dan bahan mentah dari runtuhan masjid, istana dan makam. Lebih keji, bila mana Portugis ketika itu menggunakan buruh paksa untuk meenyiapkan kota A Famosa.

Apabila Portugis tumbang di tangan Belanda pada 1641, Belanda telah memperkuatkan kota ini dan dicop lambang Syarikat Hidia Timur Belanda (VOC). Logo VOC ini masih boleh dilihat pada pintu gerbang Santiago ini.





Bila British datang, residen British pada masa itu cuba meletupkan kota A Famosa. Tapi atas halangan beberapa pegawai kanan British yang lain, kota itu tidak diletupkan. Tetapi, sudah terlambat. Kota A Famosa sudah musnah dan yang terselamat adalah apa yang kita tengok hari ini. British memang macam tu. Semua dia nak musnahkan.

Paling menarik kini, dalam pintu gerbang Santiago ini ada seorang pelukis. Lukisannya boleh tahan! Tapi, aku tidak berminat untuk memiliki lukisannya itu. Hahahaha.


Thursday, June 14, 2012

Melaka 9: St. Paul

Dari bangunan Stadthuys, ada laluan untuk ke Gereja St. Paul. Gereja zaman penjajahan ini terletak di atas bukit. Dari atas sini boleh dilihat dengan jelas Melaka, sungainya dan lautnya.

Aku tidak masuk ke dalam gereja ini. Mengikut pemahaman aku, ia makruh. Sekadar lalu sahaja untuk ke A Famosa.


Runtuhan gereja katholik tertua ini asal hanyalah sebuah chapel (gereja kecil) yang dibina pada tahun 1521 oleh seorang kapten Portugis Duarto Coelho, sebagai tanda kesyukuran kerana terselamat dari serangan musuh semasa berada di Laut China Selatan. Chapel ini ditahbiskan kepada Mary dan dinamakan "Nosa Senhora - The Lady On The Hill".

Bila Belanda datang, mereka mengubah gereja ini menjadi gereja protestan dan ditukar nama menjadi gereja St. Paul. Pada zaman Inggeris, ia dijadikan gudang peluru bagi menghalang serangan Jawa sekitar  1810-1811. Inggeris juga pernah pacak bendera mereka di sini. Ialah, tempat berbukit, jadi sesuai dipacak bendera bagi semua orang nampak yang Melaka adalah tanah jajahan Inggeris.

Pada bahagian luar St.Paul kini, terdapat orang menjual cenderamata. Juga, ada juga pertunjukan haiwan kecil-kecilan.


Aku dan Pn. Nurul berehat sebentar di bicu bukit St.Paul. Melepaskan lelah dan menikmati keindahan ciptaan Ilahi dari atas bukit.

Hilang lelah, kami turun. Melalui beberapa makam dan perkuburan Belanda untuk ke kota A Famosa.

Bersambung.... Melaka 10. Hahahahaha



Melaka 8: Kompleks Muzium Stadthuys

Aku peminat muzium. Pergi ke sini memang menjadi sangat mesti.

Kompleks Muzium Stadthuys. Asal bangunan Belanda. Terletak di Dutch Square dan sangat dekat dengan Menara Jam.

Bayaran masuk ke muzium ini hanya RM5. Dan kau boleh melawat lima muzium yang lain dalam kompleks muzium ini. Tapi, sebenarnya ada ruang untuk kau menyusup masuk ke dalam muzium ini tanpa dikenakan bayaran. Hahahahahaha. Longgar dia punya tahap keselamatan.




Seperti kelaziman muzium di Malaysia, dikelaskan pameran kepada beberapa galeri. Di Muzium Stadthuys ini ada beberapa galeri, antaranya















Bila melangkah lebih jauh, di tingkat atas, dipaparkan Melaka mengikut segmen atau garis masa pemerintah. Bermula dari Kesultanan Melayu hingga Jepun.







Ada satu galeri yang mencuri perhatian aku,




Rasa, macam nak pergi ke semua rumah di atas. Hahahaha. Rumah Melaka memang lawa beb.

Tidak ketinggalan antara pemimpin yang aku kagum


 Tun Ghafar Baba. Bekas Ketua Menteri Melaka dan juga bekas Timbalan Perdana Menteri.

Aku mengambil masa lebih satu jam di muzium ini. Malangnya, aku tak dapat muzium lain dalam kompleks muziun Stadthuys ini.







Kalau ikutkan hati, aku nak pusing kompleks muzium Stadthuys selama sehari. Akan tetapi, atas desekan Pn. Nurul yang kelenguhan, aku batalkan sahaja niat itu. Hahahaha.

Tapi, kelenguhan Pn. Nurul serta merta hilang apabila terlihat...

Dari dulu lagi Pn. Nurul kepingan ingin ke A. Famosa, itu pasal segala kelenguhan beliau hilang...

Tuesday, June 12, 2012

Melaka 6: Batu Bata Belanda

Soalan: Aik? Batu bata pun nak masuk dalam ni?
Jawapan: Eh, suka hati aku la. Blog ni kan ada nama aku. Nama kau ada? Hahahahahah

Aku tertarik tatkala melalui lorong belakang yang menghadap sungai Melaka. Walaupun ia lorong belakang. Tetapi keadaannya sangat menyenangkan. Walupun melalui deretan kedai dan kopitiam Cina, aku tidak merasa jijik dan geli, sebab keadaannya bersih.

Sedang melaluinya, aku terpandang satu benda yang menarik. Aku yakin, ia kekal sebegitu dari zaman Belanda lagi. Uniknya, ia masih elok digunakan hingga kini.

Batu bata Belanda.



Batu bata Belanda ni digunakan semasa zaman Belanda. Mengikut sejarah, Belanda memajukan dan mempebesarkan Kota Melaka. Penggunaan batu bata Belanda digantikan dengan batu bata Inggeris pada tahun 1800-an. Mengikut sejarah lagi, Melaka bertukar tangan dari Belanda kepada Inggeris melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Mereka bertukar tanah jajahan. Belanda mengusai keseluruhan Pulau Jawa, manakala Inggeris mengusai keseluruhan semenanjung Tanah Melayu.

Lemahnya kita dulu. Meraka tukar-tukar macam tu sahaja....

Monday, June 11, 2012

Melaka 4 - Kubu Kota Melaka

Aku teruja untuk ke Melaka untuk melihat koleksi sejarah di sana. Aku memang meminati sejarah. Biasanya, orang yang meminati sejarah adalah seorang yang membosankan. Dan aku akui, kebanyakan orang menganggap aku agak membosankan. Hahahahaha.

Sepengetahuan aku, sangat banyak muzium di Melaka dan lokasi besejarah. Kerana waktu di Melaka ini yang terhad, aku bercadang untuk sekurang-kurangnya pergi ke satu muzium dan satu lokasi bersejarah.

Malam sebelumnya, aku dan Pn. Nurul tidur awal setelah kekenyangan menikmati ikan bakar di Alai. Esok paginya, kami keluar awal, seawal jam 8 untuk memulakan peluang menambah pengetahuan di Melaka.

Jam 8 pagi, suasana bandar Melaka tidak sibuk. Agak tenang. Cuma terkadang melihat sesetengah pemandu memandu sedikit laju. Barangkali sudah lewat ke pejabat! Hahahaha.

Oleh kerana masih awal, semua muzium masih tutup. Lalu, kami berjalan-jalan sahaja di luar muzium. Akan tetapi, sedang kami berjalan-jalan, terlihat sebuah bangunan ajaib. Bangunan itu merupakan kubu Melaka. Kubu Melaka merupakan salah satu bangunan dalam kota Melaka. Kedudukannya di Muara sungai Melaka membolehkan ia mengawal kapal yang masuk lalu lang ke dalam pelabuhan Melaka. Juga ia menjadi pertahan pertama Melaka dari serangan musuh dari laut.






Terdapat beberapa pelan kota Melaka yang dilukis sejak dari zaman penjajan Portugis, Belanda dan awal Inggeris dengan rekabentuk berbeza mengikut perkembangan semasa. Pelan di bawah ini dianggap tepat kerana ia dilukis oleh dua orang pelukis zaman Belanda dengan bentuk yang hampir serupa. Pelan kota ini dipadankan dengan pelan pada 1744 beserta tanda utama bangunan.


1512: Kota Melaka yang dibina oleh Portugis

1668: Kota Melaka berdiri gagah semasa pemerintahan Belanda.

1807: Kota melaka setelah dimusnahkan Inggeris. (Inggeris berniat untuk menawan kota Melaka bagi memusnahkannya. Ini bagi membolehkan pelabuhan Pulau Pinang dan Singapura berkembang)

2007: Ukuran keseluruhan Kubu Middelburg (Kubu Melaka)

 1508: Pelabuhan Melaka semasa pemerintahan Kesultanan Melayu

Pelabuhan Melaka zaman Portugis

1660: Pelabuhan Melaka

Pertahanan Melaka: Pertahanan Melaka berkait rapat dengan Kota Melaka. Kota Melaka dijadikan kompleks pentadbiran dan juga perdagangan dan pertahanan Melaka. Portugis telah mempertingkatkan keselamatan dan pertahanannya dengan membina lapan buah kubu pertahanan dan semasa Belanda pula, sebuah lagi kubu pertahanan dibinia iaitu Kubu Middleburg.

Pasukan tentera yang besar bilangannya ditempatkan di atas Kubu Middleburg bersama dengan alat senjata dan meriam. Terdapat juga sebuag turet atau menara tinjau. Turet merupakan sebahagian daripada sistem pertahanan Kota melaka yang terdapat di rangkaian tembok Kota Melaka.

Dengan itu, keselamatan Kota Melaka, pelabuhan Melaka, Sungai Melaka dan Bandar Melaka  dapat dipantau dengan mudah oleh pasukan tentera yang ditempatkan di atas Kubu Middleburg. Dengan sistem keselamatn yang amat kukuh yang dinina oleh belanda dari 1641 hingga 1784 setiap serangan dapat dipatahkan. Justeru, sistem pertahanan Belanda di Melaka amat kukuh dan berjaya mengawal sebarang percubaan untuk menawannya.

1563: Serangan tentera Aceh ke atas Kota Melaka (Portugis)

Kota Melaka (Portugis) diserang Aceh

Kota Melaka (Portugis) diserang oleh tentera Belanda. (Pada masa yang sama, tentera Johor menyerang dari darat)

Tentera Belanda mendarat di Melaka (Dipercayai pada tahun 1641, setelah berdekad lamanya cuba untuk menawan)

1744: Kota Melaka semasa pemerintahan Belanda.

 1508: Sebahagian dari Kota Melaka semasa pemerintahan Kesultanan Melayu


Banyak lagi kalau nak cerita mengenai Kota Melaka. Tapi, yang lainnya kau boleh tanya cikgu sejarah kau! Hahahahaha