Showing posts with label portugis. Show all posts
Showing posts with label portugis. Show all posts

Sunday, July 01, 2012

Melaka 19: Muzium Samudera

Tiba-tiba jadi sibuk. Ada projek duniawi. Lalu, tiba-tiba sahaja kisah Melaka terhenti. Hahahahaha

Ok, kembali fokus. Fokus cerita Melaka. Agak basi. Agak lama. Hahahaha

Pada hari pertama aku dan Pn. Nurul di Melaka, ini merupakan tempat pertama yang kami kunjungi. Tapi, malangnya, kerana kami keluar awal sangat, muzium ini tutup. Sekadar meninjau-ninjau di luar. Tatkala tinjauan di lakukan, semua orang yang lalu kawasan tu kehairanan melihat kami. Malah, pakcik tukang sapu itu pun tengok aku atas bawah. Barangkali, beliau hairan ada orang lain yang sama awal dengan beliau.

Aku terus lupakan sahaja niat untuk masuk muzium ini. Tapi, Pn. Nurul berguling banting ingin ke muzium ini. Katanya nak berdiri di anjungan kapal macam cerita Titanic. Akhirnya, aku mengalah. Lalu, kami kembali ke sini pada hari terakhir. 

Alangkan nak masuk jamban pun kena bayar, inikan pula masuk muzium.



Katanya, kapal ini merupakan model kapal Portugis, Flora de la Mar.


Binaan kapal ini sangat mengagumkan aku.






Seperti namanya, pamaren dalam muzium ini banyak berkaitan samudera. Juga, banyak juga maklumatnya yang sama seperti di muzium lain di Melaka.





Best juga pemandangan atas kapal ni. Boleh lihat seberang sana...



Sebetulnya, ada lagi bangunan muzium samudera di sebelah kapal ini. Tapi, kerana kesuntukan masa, kami berlalu pergi. Mungkin 12 tahun lagi kami akan datang lagi! Hahahahha

Friday, June 15, 2012

Melaka 10: Pintu Gerbang Santiago Kota A Famosa

Ini boleh dikatakan mercu tanda Melaka. Tak sah kalau ke Melaka jika tidak ke sini. Ia berada di bawah bukit St Paul.

Pintu gerbang Santiago merupakan salah satu dari empat pintu gerbang kota A Famosa. A fomosa ini dibina pada zaman Portugis, bagi mengekang asakan bertubi-tubi dari Sultan Mahmud, Johor, Aceh dan Belanda. Bagi memperkuatkan kota A Famosa, Portugis lahanat telah menggunakan batu dan bahan mentah dari runtuhan masjid, istana dan makam. Lebih keji, bila mana Portugis ketika itu menggunakan buruh paksa untuk meenyiapkan kota A Famosa.

Apabila Portugis tumbang di tangan Belanda pada 1641, Belanda telah memperkuatkan kota ini dan dicop lambang Syarikat Hidia Timur Belanda (VOC). Logo VOC ini masih boleh dilihat pada pintu gerbang Santiago ini.





Bila British datang, residen British pada masa itu cuba meletupkan kota A Famosa. Tapi atas halangan beberapa pegawai kanan British yang lain, kota itu tidak diletupkan. Tetapi, sudah terlambat. Kota A Famosa sudah musnah dan yang terselamat adalah apa yang kita tengok hari ini. British memang macam tu. Semua dia nak musnahkan.

Paling menarik kini, dalam pintu gerbang Santiago ini ada seorang pelukis. Lukisannya boleh tahan! Tapi, aku tidak berminat untuk memiliki lukisannya itu. Hahahaha.


Thursday, June 14, 2012

Melaka 9: St. Paul

Dari bangunan Stadthuys, ada laluan untuk ke Gereja St. Paul. Gereja zaman penjajahan ini terletak di atas bukit. Dari atas sini boleh dilihat dengan jelas Melaka, sungainya dan lautnya.

Aku tidak masuk ke dalam gereja ini. Mengikut pemahaman aku, ia makruh. Sekadar lalu sahaja untuk ke A Famosa.


Runtuhan gereja katholik tertua ini asal hanyalah sebuah chapel (gereja kecil) yang dibina pada tahun 1521 oleh seorang kapten Portugis Duarto Coelho, sebagai tanda kesyukuran kerana terselamat dari serangan musuh semasa berada di Laut China Selatan. Chapel ini ditahbiskan kepada Mary dan dinamakan "Nosa Senhora - The Lady On The Hill".

Bila Belanda datang, mereka mengubah gereja ini menjadi gereja protestan dan ditukar nama menjadi gereja St. Paul. Pada zaman Inggeris, ia dijadikan gudang peluru bagi menghalang serangan Jawa sekitar  1810-1811. Inggeris juga pernah pacak bendera mereka di sini. Ialah, tempat berbukit, jadi sesuai dipacak bendera bagi semua orang nampak yang Melaka adalah tanah jajahan Inggeris.

Pada bahagian luar St.Paul kini, terdapat orang menjual cenderamata. Juga, ada juga pertunjukan haiwan kecil-kecilan.


Aku dan Pn. Nurul berehat sebentar di bicu bukit St.Paul. Melepaskan lelah dan menikmati keindahan ciptaan Ilahi dari atas bukit.

Hilang lelah, kami turun. Melalui beberapa makam dan perkuburan Belanda untuk ke kota A Famosa.

Bersambung.... Melaka 10. Hahahahaha



Melaka 8: Kompleks Muzium Stadthuys

Aku peminat muzium. Pergi ke sini memang menjadi sangat mesti.

Kompleks Muzium Stadthuys. Asal bangunan Belanda. Terletak di Dutch Square dan sangat dekat dengan Menara Jam.

Bayaran masuk ke muzium ini hanya RM5. Dan kau boleh melawat lima muzium yang lain dalam kompleks muzium ini. Tapi, sebenarnya ada ruang untuk kau menyusup masuk ke dalam muzium ini tanpa dikenakan bayaran. Hahahahahaha. Longgar dia punya tahap keselamatan.




Seperti kelaziman muzium di Malaysia, dikelaskan pameran kepada beberapa galeri. Di Muzium Stadthuys ini ada beberapa galeri, antaranya















Bila melangkah lebih jauh, di tingkat atas, dipaparkan Melaka mengikut segmen atau garis masa pemerintah. Bermula dari Kesultanan Melayu hingga Jepun.







Ada satu galeri yang mencuri perhatian aku,




Rasa, macam nak pergi ke semua rumah di atas. Hahahaha. Rumah Melaka memang lawa beb.

Tidak ketinggalan antara pemimpin yang aku kagum


 Tun Ghafar Baba. Bekas Ketua Menteri Melaka dan juga bekas Timbalan Perdana Menteri.

Aku mengambil masa lebih satu jam di muzium ini. Malangnya, aku tak dapat muzium lain dalam kompleks muziun Stadthuys ini.







Kalau ikutkan hati, aku nak pusing kompleks muzium Stadthuys selama sehari. Akan tetapi, atas desekan Pn. Nurul yang kelenguhan, aku batalkan sahaja niat itu. Hahahaha.

Tapi, kelenguhan Pn. Nurul serta merta hilang apabila terlihat...

Dari dulu lagi Pn. Nurul kepingan ingin ke A. Famosa, itu pasal segala kelenguhan beliau hilang...